Wednesday, December 28, 2011

"SangRatoo's Wordless Wednesday #13"







***pic amek kat google saja***

saya NGIDAM nak ke sini lagi!








p/s: mood nak menaip agak kurang kebelakangan ini..bukan kerana kekangan masa..bukan kerana kekangan kerja...cuma MALAS yang tak lekang² dari saya ni..heheh :)


Wednesday, December 21, 2011

"SangRatoo's Wordless Wednesday #12"

like father like son.
ewah²..kakiii..
sambil makan "podedo"..


Wednesday, December 14, 2011

"SangRatoo's Wordless Wednesday #11"



Friday, December 09, 2011

"Tibalah Masanya"

Assalamualaikum Semua dan Salam 13 Muharram :)

ok iklan sekejap:
Saya rasa sejak saya berblog ni baru saya hafal bulan² Islam..(Astagfirrullahalazim) :)
Zaman sekolah rendah agama dulu..berlawan² hafal bulan² Islam..dah besar ni banyak lupa..buat² lupa barangkali...insyaAllah akan saya ingat sampai bila²....

Kalau 3-4 bulan selepas tarikh dinner diumumkan..saya tak berapa teruja macam dua tahun lepas (2009 & 2010) sebab saya kira saya semacam tidak join utk dinner  tahun ini..yelah..mengenangkan anak saya yg tak pernah saya tinggal²kan dalam waktu yg terlalu lama..dia tak biasa..dan saya sendiri tidak bisa.. :)

Tapi, bila saya dah bergiat aktif semula koir di ofis, dan koir perlu performed utk dinner , automatically saya wajib hadir dinner tahun ini..ayoyoyoyo..saya mula menggelabah..membilang hari..ouh..apakah akan terjadi nanti?saya asik fikir anak saya yg tercari² "milonya" bila dah waktu...ouh ouh..no no..cuak saya dibuatnye...bila tinggal lagi sebulan, stress maken bertambah...dengan nak hafal lirik..dengan komitment dan pelbagai "perkara" lagi..aduh..tensi mak nokk.. :)

Ouh ouh no no...utk dinner kali ini juga, saya langsung tak fikirkan baju apa saya nak pakai..seronok tengok kawan² saya duk fikir baju apa nak beli..tema segala..saya kadang² curi masa jugak cari baju dan tema yg saya verangan nak pakai..tapi dalam mimpi sajalah..hahaha...takpela..saya tumpang happy utk kawan² saya..yang penting, dah dpt pergi dinner  sudah satu rahmat utk saya :) Mr. Ajib? kali ini Mr Ajib berkorban demi saya dan anak..dia akan ambil alih tugas jaga anak..kalau ikut program koir akan abis persembahan dalam pukul 9 malam..Dalam waktu itu juga saya minta Mr Ajib bertolak dari rumah bawa Aaron Ridzqy jemput saya..Jadi, lepas je menyanyi, kalau Mr Ajib dah sampai, saya akan terus pulang :)

Dugaan tetap ada..Allah mmg sentiasa menduga umatNya..Baru² ni pun hari Rabu, saya terpaksa ambil EL..anak saya kurang sihat..sakit perot..bila dah pandai ckp..die sebut "mommy..sakit perot..sakit perot..sambil tertonggeng²"..sudah tentu saya ni rasa susah hati..badan pula ada sedikit dedar...ouh oouh no no..hati makin hiba..persembahan makin dekat...lirik masih ada yang tak hafal..dan saya dpt information dari kawan², ada step menari utk lagu² ni..ouh ouh no no...saya banyak ketinggalan...saya mula fikir bukan².."NAK TARIK DIRI" ouh ouh no no...tapi selepas bincang dgn Mr Ajib, saya cancel..saya kene tabah..apa yg saya dah mulakan, saya kene teruskan..no matter what..kesian kawan² saya..nak² lagi kumpulan Alto semakin berkurangan jika saya tarik diri.. 

Alhamdulillah, dalam satu hari saya ambil EL, anak saya semakin  baik..maybe dia perlukan saya..dan saya mmg perlu luangkan masa utk dia kerana training koir agak lewat abisnya..Tapi saya tak pernah tunggu sampai tamat kelas..dan hari ni, tibalah masanya..tibalah saatnyaa..selalu saya fikir apa akan jadi kalau saya pulang lewat..menangis agaknye Aaron Ridzqy tercari² saya..siannyaa anak mommy...Anak mommy kene kuat ye sayang..

Malam ni,
penentunya...


tunggu ye kesinambungan cerita ini :)

♫Owimbowe..♪Owimbowe♪..Owimbowe..♫

Tuesday, December 06, 2011

"♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪"

Assalamualaikum Semua dan Salam 10 Muharram :)

Apa benda kat tajuk di atas tu?Kalau dulu zaman sekolah rendah, masa belajar kelas muzik, sambil pegang rekoder masing², cekgu muzik akan kata "ok semua..tengok taugeh² ni.."  hehehe...masuk sekolah menengah, er..tak ingat dah..ada ke kelas muzik? takde takde..hehehehe..terus lupa not not lagu masa belajar sekolah rendah dulu...rekoder pun ntah kemana...umm..GITULAH..melayu mudah lupa..

Menyanyi mmg minat saya...tapi takla sampai nak jadi penyanyi..hehe..sore saya biasa² je..kalau jadi artis..buat malu mak abah saya je..hehehe..tapi kalau ajak karoks..humphhh..saya antara kaki² nya..Masuk kerja, bila saya join koir di ofis, baru saya kenal 'taugeh²' di atas tu..hehehe..sebutannya adalah Krocet. Bukan teknik menjahit sulam krocet tu ye..Saya join koir ofis dari tahun 2005 tertubuhnya kumpulan ini..masa tu saya di zaman single mingle..

 2005

ok..cantek tak headgear kitorang..hehehe.... :)



2006 ada juga..tapi gambar koir mcm kurang..sebab masa tu sibuk sangat menari utk dinner..bajet retis sangat..tahun 2007 begitu juga..bajet retiss..gambar koir lebih kurang mcm menari juga sebab saya dan 4-5 orang kawan² menyanyi koir dengan baju menari..sebabnye..gap antara koir dgn menari dekat sangat..tak dan nak tukar baju..retis kan..hehehehe

2008




Masa ni..banyak gambar² koir..tapi saya publish satu cukupla ye..hehe..tahun itu juga antara tahun gemilang saya sebab naik pentas kali kedua amek anugerah khidmat cemerlang..ouh..hampir lupa..waktu itu saya tgh mengandung kali pertama..dan beberapa hari selepas dinner itu saya masuk ke wad utk "cuci"..kerana kandungan tidak membesar seperti sepatutnya :(

2009 saya sudah "berehat" dari segala aktiviti seni di ofis..baik menari atau koir..sebabnye saya tengah preggy kali kedua (Aaron Ridzqy dalam perot)..2010 juga begitu..kerana baby saya masih kecil waktu itu dan saya masih fully breast feading..rasa mcm tak sanggup nak tinggalkan anak walau hati meronta² nak menyanyi..(bajet retis sekali lagi)..hehehe

dan kini...2011

Koir kali ini, ia ibarat satu ujian utk saya..membahagikan masa sebagai isteri kepada seorang suami..sebagai emak kepada seorang anak...suami sudah tentu memahami..anak walau tidak faham...rasanya sudah cukup besar (sudah 2 tahun) untuk mommy nye tinggal²kan dalam waktu yg agak lewat lepas abis kerja..Pada mula saya ambil keputusan utk kembali dalam group ini memang agak sukar...Tapi setelah berbincang dari hati ke hati bersama suami, kerana minat saya..dan saya yakin boleh bahagikan masa.Alhamdulillah, suami dan anak cukup sporting dgn situasi mommynye.. saya ♥ suami dan anak! Saya berharap juga "keadaan keliling" memahami situasi saya..Tapi saya pasti tidak.....

 

Saya belum bersedia utk bercerita lebih lebar..cuma saya berharap, Jumaat ini segalanya berjalan seperti yang dirancang..Saya tak bisa berharap..kerana saya takut untuk berharap lebih tinggi..Walau badan saya disini, fikiran saya menerawang teringatkan pelbagai "perkara"...banyak benda yang saya perlu tempuh..banyak benda yang perlu saya ambil sebagai cabaran..yang saya boleh katakan.."Hidup ini bagaikan perjuangan..teruskan perjuangan selagi hayat di badan" sampai migrain dibuatnye..hehehe (eh boleh gelak lagi?) its theraphy ok :)

Ok, saya masih lupa² not lagu..(abislaa..Jumaat je nak perfomed)..takkan saya nak miming kan? hahaha..gile! sian kawan² ceh ceh ceh...Jadi, saya akan ambil ujian ini sebagai cabaran saya.InsyaAllah, saya dan rakan² akan perfomed sebaik mungkin..

Jumpa lagi :P






p/s: Kalau tiga tahun lebih boleh bertahan..takkan utk sehari tak boleh? :D

Friday, December 02, 2011

"Saya dilanda OMBAK"

Assalamualaikum Semua dan Salam 6 Muharram

Saat ini, emosi masih terganggu...
Saat ini, perasaan masih terusik...
Saat ini jua....hati bercelaru...

Aku tidak sekuat itu...
Aku tidak setabah itu..
Jika ombak persis itu datang....aku pasti lemah..

Tangisan ku berlarutan...
Hiba ku berpanjangan....
Aku masih tidak boleh melupakan...
Kerana aku terlalu merindui...

Bayu yang meniup dari kejauhan...
Terasa ketika rambut ku dibelai...
Buih buih di pasir bagai mengerti...
Betapa sukarnya rindu ini...
 
Deru angin...
Datanglah padaku..
Deru ombak...
Segeralah padaku...
Kerana aku terlalu merindui...
Ombak Rindu.
 
created by me 3.30pm
 
 
 
 
p/s: semuanya gara² Aaron Aziz dan Maya Karin dalam cerita ini..tskk tskk..betapa sukarnya menjadi seorang wanita yang tabah seperti Izzah (Maya Karin).

Thursday, December 01, 2011

"HPV"

Assalamualaikum Semua dan Salam 5 Muharram :)

Semalam saya dan dua orang kawan, ambil injection HPV untuk dos yang pertama.Ada tiga dos kesemuanya.Dos yang kedua selang sebulan iaitu 30hb Dis nanti..dan dos yang ketiga selang 5 bulan iaitu 30 May 2012.

Apa itu HPV?
Virus papiloma manusia (HPV) ialah sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum.Setengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu.HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser 'berisiko tinggi'.

Apakah hubungkait antara HPV dan Kanser Pangkal Rahim?
Kebanyakan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapan bulan.Jangkitan oleh  HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) perlu berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim.Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan.Tetapi dalam kes tertentu, jangkitan akan berterusan menyebabkan ia menular menjadi kanser pangkal rahim.Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun.Justeru langkah mendapatkan perlindungan daripada HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) adalah amat penting.

Bagaimana HPV disebarkan?
HPV ialah sejenis virus umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan, oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita, tanpa mengenal usia atau gaya hidup.Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan.Dianggarkan bahawa kira² empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka, walaupun jika mereka hanya ada seorang atau dua orang pasangan seks.

Adakah saya/anda masih menghadapi risiko jangkitan HPV jika sudah berkahwin?
Risiko jangkitan HPV bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita.Dianggarkan bahawa sehingga 80% daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka.

Adakah kondom mengurangkan risiko jangkitan HPV?
Kondom mengurangkan risiko tetapi tidak memberikan perlindungan sepenuhnya.Sepanjang hayat, setiap wanita menghadapi risiko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim.

Apakah Pap Smear?
Pap Smear ialah satu ujian yang pantas dan mudah untuk mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim.Biasanya sel diambil daripada pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan.

Bolehkah Kanser Pangkal Rahim dicegah?
Sehingga baru² ini, satu-satunya cara untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah menerusi ujian Pap Smear dari masa ke semasa untuk mengesan tanda awal penyakit.

Apakah Kanser Pangkal Rahim?
Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus), justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks.Serviks mengubungkan badan uterus kepada vagina (salur kelahiran).Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal.Kanser boleh merebak ke bahagian lain badan.



Tetapi tahukah saya/anda...Kanser pangkal rahim boleh dicegah.Kita semua boleh memainkan peranan membantu menyelamatkan wanita daripada kanser pangkal rahim.Vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV dan Kanser pangkal rahim boleh didapati sekarang.Berbincanglah dengan Doktor anda untuk melindungi diri anda dan orang yang tersayang.

LINDUNGI DUNIAMU
BANTU BASMI KANSER PANGKAL RAHIM

Sebuah pesanan kesihatan awam yang dibawakan kepada anda oleh:



Saya pernah menghadiri 'Talk' mengenai Kanser Pangkal Rahim ini di klinik ofis saya bekerja.Sesuatu yang mengejutkan kami ialah, wanita berisiko menghidap Kanser Pangkal Rahim adalah berpunca dari lelaki (pembawa).Dimana wanita sebagai (penghidap) kerana memiliki pangkal rahim.



Saya sudah.Anda bila lagi?

p/s: lenguh bahu selepas ambil injection semalam :)