Saturday, March 21, 2015

Malam Penghargaan 2015



Assalamualaikum.
Hai.




Aku bukanlah seorang yang jenis kedepan. Maksudnya, aku lebih suka untuk tidak menonjolkan diri aku.Kalau dari sekolah dulu pun, aku bukan jenis popular.Hanya kategori biasa². Tih tih tih tih tih.. Kalau dibuat pemilihan, maybe aku dipilih atas sebab manis sahaja. (wahh ngkauu..statement..hahaha..terbuntang biji mata korang baca kan)..ok ok..senang cerita, aku bukanlah seorang yang aktif dalam aktviti sosial.

Tapi aku suka terlibat dengan aktiviti yang mencabar kekuatan fizikal aku. Macam daki gunung ke. Eh tapi aku belum try parasailing, scuba diving..apa lagi ek.hehehe..ada tak yang tak guna ongkos? tih tih tih tih tih.. :P


Kat ofis, dulu. Awal² kemunculan, aku aktif juga dengan aktiviti sosial yang diadakan. Dulu masa sekolah liat nak masuk sukan. Kat ofis adalah juga main netball, badminton adalah sekali dua kali, futsal pun sama adalah sekali dua kali je. Je ok. hehehe..Tapi yang masih di hati netball lah.Itu ranking pertama untuk sukan dalam kehidupan aku.Itu pun malu² ayam je. Sebab game pun takde.hehehe



Menari? Rasanya dulu menari adalah zaman tadika. 






Ha kau..darah seni tu memang mengalir dan membuak² dalam diri aku...Tih tih tih tih tih..Tapi nak menyampai ke zaman sekolah ke zaman ofis..memang takde! Aku rasa zaman sekolah rendah dan menengah aku dulu hambar. Anti sosial rasanya ayat paling tepat.Paling manis pun buat perkara² nakal sajalah.tih tih tih tih..zaman diploma aku dah mula berjinak² nak bersosial.



Bila mula bekerja, orang kata budak² baru nak up..aku pun juin menari dalam aktiviti kelab kebudayaan dan sosial di ofis. Ok. Itu zaman yang dah lalu aku tinggalkan.Kalau join lagi maybe cikgu pun pening nak pilihkan baju sebab size dari tahun ke tahun semuanya makan kain.hehehe :P Cuma ada satu aktiviti sosial kat ofis yang belum luntur. Adik beradik kepada menyanyi. Kalau menyanyi² biasa dalam bilik air itu selalu.Sesi karoks bersama geng divas pun salah satu agenda wajib yang maybe 5-6 bulan sekali.Faktor umur memungkinkan ianya jadi penyebab semakin berkurangan aktiviti tersebut.Hahaha oppss~




Koir.

Dulu selalu tengok Cikgu Siti Hajar dalam tv.Tak sangka bila masuk je ofis, dapat belajar semua teknik² menyanyi dengan betul dengan beliau. Hampir 11 tahun bekerja selama itulah belajar dan belajar dengan cikgu.Ahli koir kat ofis aku ni ramai. Selama itu jugaklah ahli² bertukar. Ada yang pencen.Ada yang posting oversea.Ada yang berehat sementara.Ada yang cuti bersalin. Macam² lagilah.

13hb Mac baru² ni ofis aku buat dinner.Malam Penghargaan namo eh. So persembahan group koir menjadi salah satu agenda wajib dalam dinner. Maka berbondong²lah kami praktis dalam masa kurang 2 minggu sebelum tarikh kejadian.Memang stress.Ahli kurang.Ramai yang ada komitment.Komitmen dengan kerja.Keluarga.Keadaan sekeliling.Ada yang pasangan tak sihat sampai warded.Macam aku sendiri, tiba² anak demam panas.Huhuhu..Dah tentu aku pilih keluarga yang perlu diutamakan. Walau aku terpaksa menghampakan group koir yang lain. Tapi dorang pun paham.Alhamdulillah.Anak aku beransur pulih.Mr Ajib sendiri pun tak datang dinner sebab nak pantau kesihatan anak. Makanya ari kejadian aku tumpang balik dengan Sally.

Selama kitorang training, Cikgu Siti ada datang 2-3 kali rasanya.Tapi hari kejadian cikgu tak dapat datang sebab demam.Kesian cikgu.Nasib kitorang ada assistant cikgu yang kitorang sayang dan tak jemu² mengajar kitorang dari dulu hingga kini. Cikgu Shahrol.hehehe..Tahniah cikgu! sebab dapat anugerah the best conductor and friendly teacher malam tu.tih tih tih tih.. :P


sessi bergambar

Divas bersama Mizi

Cikgu Shahrol yang sentiasa menaikkan semangat kitorang masa atas stage.

SOPRANO / TENOR

sessi warming up.
bubbling..hissing..
:p



BASS / ALTO

Yeaaa..Tahniah Cikgu! :)
eh aku pun naik stage?
hahaha..tukang bagi scroll tu je kat minister :p

Persembahan time.
Ni je gambar aku ada.Yang lain² ada banyak kat fb kawan² :)

eh MC tu
korang kenal tak? hehehe
si noks wahida tu la.. :P




yeaaaaa..dah abis perfomed.





makan time!



Happy Reading :)



Wednesday, March 18, 2015

Sayang Kamu



Assalamualaikum Semua. Hai!



10 Mac 1983 adalah hari lahir suami tercinta.Maka 10hb bersamaan hari Selasa baru² ini adalah harijadi beliau yang ke sweet 32. Sweet angat..hahaha..Takde surprised atau party buih diadakan. Hanya sebiji kek Pistachio yang ada aiskrim vanilla kat dalam tanda kaseh sayang dari isteri terchenta yang jelita abak ang..Fuih..bila nak puji tu kene panjang sikit..tih tih tih tih tih tih :D


















Tetamu yang hadir: Photographer, Birthday Boy dan Aaron Ridzqy. 

Seribu rahmat ada tetamu.hihihihih.Memang bertiga saja.Kiranya macam private birthday party lah ni. Kebetulan ahli keluarga yang lain ada di hospital sebab suami birasku warded. Sehingga hari ini pun masih di hospital. Get well soon abg yem. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.Buat biras berasku ku, semoga kuat demi suami dan anak² mu.


Eh eh.balik pada tajuk. Untuk Suami ku yang tersayang tercinta dan ter segalanya. Happy Birthday. Semoga panjang umur dan murah rezeki serta diberkati Allah SWT ..amin ya rabbal alamin. 


Sayang kamu! miowww~~


tih tih tih tih tih...




Monday, March 16, 2015

Teh




Assalamualaikum Semua.



Aku bukanlah seorang penggemar teh.Pada pandangan aku,air teh akan menyebabkan aku angin dalam badan yang bukan calang² nya angin. Sampai kepala membawaknya.Tataulah..perasaan aku saja atau memang begitu sifatnya pada diri aku.Bukanlah tak penah minum teh.Kalau teh tarik tu aku suka.Tapi hadaplah kesan angin selepas tu.Kalau aku lupa daratan, aku akan togok teh tarik tu sambil buat² lupa...tih tih tih tih.. :P

Adalah sesekali aku google pasal penjagaan badan dan kesihatan diri (eh mcm bukan sesekali je)..tih tih tih..Teh juga memainkan peranan penting dalam kesihatan badan.Terutama nak melangsingkan badan.wow! mata terus mengeluarkan cahaya.hahaha..Teh Orang Kampung tu penah je aku minum dulu masa zaman anak dara.Fuh..hazabedah bila datang aura nak memberut tu..dasyat kau.Nak lagi bila saat tiba tu adalah ketika kau sedang berdiri dalam bas intrakota atau citylinear (flashback waktu dulu) yang sarat dengan manusia di mana destinasi yang kau nak tuju amatlah jauh lagi.perghhhhhhhhhh..meremang² bulu yang ada kat badan.

Bila sampai je destinasi, takde tempat lain yang kau tuju melainkan bilik tandas yang amatlah kau dambakan ketika itu...tih tih tih tih..itu zaman dulu lah..zaman aku layan teh orang kampung.Sekarang ini aku rasa, teh orang kampung dah tak lut kat badan aku.Apa punya badan dah.hehehehehe..So alternatifnye adalah..TEH HIJAU.

Aku jenis kalau nak mencuba sesuatu akan aku kaji dan study dulu.Aku puas hati baru aku cuba.Lepas godek itu ini tanye itu ini baca itu ini.Maka terbelilah dua benda ini.




Testimoni dari aku: Dedua ok.Sedaplah.Nak kata sedap sangat..sedap lagi teh tarik.hihihih..Alah..ibarat kau beli teh uncang biasa tapi takyah buh gula.Haa..gitulah..tih tih tih tih tih.. Begitulah kisah aku dan TEH. Takde lah apa sangat pun.Sekadar up entry yang semakin sendu.tih tih tih tih.




Tapi aku suka mengeTEH walau hakikatnya aku minum milo. tih tih tih tih :P











Happy Reading :)