Wednesday, April 29, 2015

Sharing is Caring : Adab-Adab Memasak



Assalamualaikum Semua dan Salam 10 Rejab :)


Adab² Memasak

Memasak ni sangat penting sahabat2. Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun ada sebut bab ini.
Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk para jemaah yang keluar di jalan AllahSaya nak kongsi adab2 memasak dari mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah menjaga adab masakan pada suami dan anak2

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10
ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ
Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96
ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ
Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa
yang di sisi Allah adalah kekal

4. Doa cuci beras
ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi
kami makanan yang lebih baik darinya

5. Doa letak beras dalam periuk
ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ
Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar

6. Doa letak air dalam beras
ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau sayur ke arah kanan dan lawan arah jarum jam
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ
Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71
ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa cuci sayur
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3




Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak. InsyaAllah .Sila amalkan untuk mendapatkn redha dan berkat dalam keluarga. InsyaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak






Friday, April 03, 2015

Avilion Water Chalet


Assalamualaikum.
Hai.





Lama sangat mengidam nak pegi tempat ni.Tatau nape.Selalu duk godek² kat henpon view website.Kadang² kat kat pc opis.Opsss :P tih tih tih tih tih..pastu selalu kira² duit..cukup tak nak bayo semalam rate kat situ.Garden Villa je dah berapa..apakan pula idaman beta si Water Challet tu. Nak ke Premium Water Chalet memang mimpi sahaja..pufffttttttt~~

Makanya, masa Matta Fair aritu, aku tak lepas peluang. Merasalah diri ini ke event yang julung² kalinya setahun 2 kali tu.Kalau aku kaya..semua percutian aku grab it.Tapi aku kan keje gomen..sesuka hati ko nak cuti banyak²..kelayakan 25 hari je noks..hehehe :P Sesampainya aku kat situ..memang booth Avilion je yang aku cari.Tak pandang lain dah.ok tipu.Pandang jugakla..tapi pandang sepi je :P Aku dah reccee awal no. booth avilion tu sebab senang aku nak cari kan.Takyahla nak bertawaf sangat satu Matta Fair tu.




Sebab apa aku pilih Ahad dan Isnin utk short vacay ni.Pertama-tama sekali harga adalah murah berbanding weekend.Dua hari satu malam cukuplah noks merasa kan.Kedua: Anniversary makkk hoccay..huhuhu..Alhamdulillah genap 7 tahun kami melayari bahtera merdeka ini.Semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat. hehehe..dah 7 tahun ngko..baru nak celeb² gitu.Sebelum² ni..wish² aje.dalam kereta ke..dalam rumah ke...kat henpon ke...kat wasap."Happy Anniversary Ma"..kata Mr Ajib...Kadang² tu berlumba² nak wish dulu.hahaha..choi sangatt..So sempena anniversary ke-7 ni, nak celebla sebab tu aku beria sangat nak ke Avilion Water Chalet ni.Eh korang² yang tatau jangan silap ok.Avilion ni ada dua. Dedua kat Port Dickson.Satu lagi Avilion Admiral Cove.Situ cantek² gak.Walau tak pernah pegi tapi ada jugak ushar kat website.Ada banyak kapal² layar mewah gitu.

Sampai booth Avilion aku terus buat full payment. Dan korang akan diberi resit bayaran yang merupakan voucher ada no. sekali. Pastu aku ingat aku boleh bersenang lenang macam tu je..hehe rupanya aku kene call Avilion KL Sales Office utk buat booking hari apa yang aku nak pegi tu.So, korang kene call jugak utk booking tu tau.Dorang akan minta no. dalam voucher tu dan bayar RM100 utk booking reservation di mana nanti korang akan dapt balik RM100 tu masa check out.fuhhh..Voucher yang korang bayar tu valid selama 9 bulan. In case korang dah buat booking tapi nak cancel kotla ada hal apa²..mestilah TIGA HARI sebelum dari tarikh korang arrival tu.Kalau tak..kira burn camtu je ok.So rugi..

Maka hari kejadian (29 - 30 Mac, 2015) berbondonglah kami 3 beranak dalam pukul 10 pagi dari Gombak menuju ke PD.Sampai PD Waterfront dalam kul 12.00tghari lebih.Makan Mekdi.Check-in pukul 3 petang.So kite jalan² dulu. Yang aku perhatikan kat PD Waterfront ni air laut die super cantik Subhanallah.Biru dan Hijau.




Jadi, harapannya begitulah juga nanti di Avilion Water Chalet.hihihihih..Lepak adalah dalam sejam lebih campur makan borak² cik cok cik cok dalam pukul 1.45 tghari bergerak ke Avilion. Dulu² kalau gi PD lalu je depan tu.Sebelah Avilion tu kalau korang perasan ada gerbang besar macam istana kepunyaan Zaitun tu. Alaaa..iklan Zaiiiitunnn zaaiiiitunnn..ubat gigi zaitun tu kan.. tih tih tih tih tih..


Ruang main lobby adalah sangat luas.Kebetulan aku sampai tu ada group buat kursus kot.So agak hingar bingar di situ.Tapi takpe..Aku ok je.Sebab mood bercuti kan.Jangan spoilkan dengan mende² yang takde kene mengena dengan diri kau. Kat kaunter aku sempat tanye sebabkan Voucher ni include 2 breakfast so macam mana dengan anak. That lady kata nanti masa nak breakfast esok pagi aku perlu bayar RM15++ kat kaunter cafe esok.Ok.Noted.Lepas setel di kaunter dah dapat kunci..so yeah..boleh check in.Bilik dah readyy..hehehe masa tu dalam pukul 2.00 petang rasanya. Rezeki dapat check in awal.



Sementara tunggu Mr Ajib park kereta, aku dan budak yang excited lebih dari maknya ni bergamba sakan dulu. Luar main lobby tu ada landscape cantek siap ada tempat orang main gamelan.Gamelan nya ada orang nye takde.tih tih tih tih..ada time dorang main.Pagi rasanya. Sebelah tu ada kolam ikan. Dari sini aku dah nampak Avilion ni lebih kepada nature.uihh..i like.


Dari main lobby ni kite akan jalan kat laluan ni utk ke bilik² yang kite bakal check in lah.Samaada ke Garden Villa , Water Chalet atau Premium Water Chalet.Turun lift boleh turun tangga pun boleh. So sebab kitorang manja di hari anniversary..hehehe kite guna lift ek. Belah kanan tu. Tapi dah turun lift pun still kene jalan kaki juga ke bilik².Takpe..excercise. hohohoh :P

Ouh ye.No.Bilik adalah Goa 506.


Tadaaaa..hehehe..bilik water chalet ni aku bayar dengan harga promo RM360 utk weekdays punya harga.Kalau harga biasa adalah RM590 kalau tak silap.huhuh..sebab tu sanggup gi Matta Fair sebab nak bayar sendiri harga biasa macam tak mampu je..uhuk..sob sob sedih.Masa booking aku tak request nak view ngadap laut ke apa ke sebab macam malas nak request bagai² cuma aku mintak katil King size jelah. So itu pun ok.


 Moh kite masuk dalam......




Dah komot sikit katil tu sebab Aaron dah kuak lentang.Sampai hati mak dia kalih dia suh berdiri belakang sebab nak amik gambar..hihihih..Kalau ikut gambar dalam website ada macam kain ala² kelambu kat tiang² katil tu. Tapi takpe.Jangan spoilkan mood kita dengan benda remeh temeh.Macam kitorang yang 3 beranak ni memang luas sangatlah tido memasing.Katil ni size king. Yang tepi tingkap tu adalah pangkin day bed size queen. Seronok kan.Kalau datang ramai² pun sangat selesa.Takdelah berebut takde tilam.hihihi..Ouh ye..ada selimut extra dalam almari.Boleh pakai tido utk katil pangkin day bed tu.  :)






Ini view dari beranda bilik kitorang.Bagi aku ok saja.Sebab aku sendiri pun taknak bilik yang jauh sangat ke tengah.Jauh ok kalau korang nak ke cafe ke..nak ke pool ke.Kiranya bilik yang aku dapat ni memang sedang elok.Air laut waktu tu tak berapa cantik.Hahaha..macam berlumpur je aku nengok.Tapi takdela bau yang kurang menyenangkan.Mungkin sebab view kat Avilion  dan bilik yang super cantik menutup kekurangan di situ.


Dua beranak ni sedang berborak pasal air laut.Pasal ikan.Pasal jaws.Pasal jellyfish.Pasal coral.Semua yang ada dalam laut.Pasal mermaid pun ada ok.Mr Ajib melayan anak sementara aku sebuk petik gambo. hehehe..pakai henpon je pun :P


Ini view berdepan dengan katil king tadi.Perabot kebanyakkan memang berasaskan kayu.Sebab itu memang motif Fish Village kat Avilion nih.



Sebelah katil king ni ada tingkap dimana korang boleh mengintai siapa yang mandi kat dalam bilik air..hihihihih..


Ni view dari tingkap bilik tadi.hehehe..ada shower..ada tab mandi.Pintu lagi satu tu adalah bilik memberut.Semua dalam keadaan bersih ok.Tip Top!


Ni yang korang boleh tengok air laut tu.Air surut lagi time tu.Nampak dasar yang berlumpur.hehehe so its ocay.No nemo no jelly fish not even mermaid.

Sementara dua beranak tu berborak lagi pasal hidupan laut moh kite masuk bilik air....


Nampak dramatik tak bila pintu bilik air sengaja dibiarkan berkuak sedikit.hehehehe.. 



Tu lah tingkap dari pintu bilik tadi.Memang boleh ngintai orang mandi ye tak.Tak semua oranglah buat camtu..hehehe bergantung pada niat korang :P







Kebersihan memang no satu. Berpadanlah dengan nama ye tak. hihihih..ok. dah abis review pasal bilik and toilet. Masa untuk bermalas-malasan atas katil yang empuk.Redup je dalam bilik sebab tutup tingkap pakai bidai tu. Mata pun layu² je..hihi Tapi aku tak tidolah. Dua beranak tu lah.Aku tak abis² lagi petik gambo.


Pangkin day bed ni memang kepunyaan dia seorang lah.Dah besar pun botol susu lagi..hehehehe..




Lagi satu nak inform..kalau nak solah ada disediakan surau.In case korang tak bawak telekung ke kan. Tapi kalau nak solah dalam bilik pun boleh.Arah kiblat pun ada. Cumanya kene bawak siap² telekung dan sejadah tu.Sebab tiada peralatan solah disediakan.

Aku mula call room service nak dapatkan iron and iron board.Tu semua upon to request tau.So tak sampai 5 minit pintu diketuk. Ouh yeh..iron dah sampai.Mari mula menggosok baju² tudung dan yang seangkatannya. Tak lama kemudian bilik telefon bunyik.Terkejut aku.Sebab takde pun aku kenal sapa² dalam Avilion ni.haih~ rupanya² room service call tanye "Puan, dah dapat iron yang puan request tadi?" wuuuu..menariks..service tip top.

Setel menggosok, aku cuba lelapkan mata.Haih takleh plak.So layan TV.hehehe.Dua beranak tadi memang tengah syiok beradu.Biarkan.Bagi tenaga dorang isi penuh.Dalam pukul 5 petang baru kitorang siap² nak round² kat dalam Avilion tu.

So, lets jom!.......................

Eh korang jangan bowrink ek..takmo takmo takmo..hehehe


Jom jalan²





Sebabkan kitorang sampai dah petang, so pet farm ni dah ditutup.Tapi boleh je tengok dari luar gini.




Ni area Garden Villa.Cantek² jugak view kat sini.So refreshing :)



Nampak sangat tukang ambik gambar sambil landing.Kaki tu..kaki..hehehehe


Kitorang jalan sampai ke Riau Beach. Kat Avilion ni ada dua beach.Satu lagi Tumasek Beach. Korang boleh jugak check in kat sini. Rasanya ni murah sikit kot compared Garden Chalet, Water Chalet and Premium Water Chalet.




Rasa² nak buat wedding ala² baywatch..boleh buat kat sini.Ada disediakan perkhidmatan perkahwinan. Sementara Mr Ajib dan Aaron berjalan² kat pantai, mak nye petik gambo lagi dan lagi..hahaha.Aku ni suka duduk tepi pantai tapi tanak berjemur.Nanti golap. Camne tu? tih tih tih tih tih..



bajet je kan..hohohohoh..
dah diam! :P


Kitorang kejap je kat sini.Feeling² je.Pastu gegas nak ke steam and sauna.Aku tanak lepaskan peluang yang ada. Sebab tutup pukul 7 petang. So semua beg² aku Mr Ajib pegang. Mr Ajib plak melayan Aaron mandi kolam. Aku siap pesan. "Pa, amik gambar pool dan anak mandi tau.Bukan gambar orang perempuan mandi" hahaha..






Sebabkan aku tak bawak henpon, tak dapatla amik gambar dalam bilik sauna and steam tu.Mau meruap pulak henpon aku kan. Tapi aku tak lama dalam bilik tu.Tak tahan.Bukan tak tahan apa, ramai pulak orangnye.Aku nak berborak sangat pun rasa macam awkward. Ramai minah salleh dalam tu.Choiii..Tapi diorang ok je.Maybe aku yang rendah diri.Eh silap.Pemalu lah :D tih tih tih tih tih..

Dalam 30 minit je kot aku dalam tu, pastu dah siap mandi tuka baju, aku tengok anak bujang aku makin galak mandi kolam.Ingatkan dah abis. Pastu tiba² awan berarak mendung.Aku bisik kat Mr Ajib, "nak ujan ni pa, gelap semacam je ni " daun² pun jatuh berguguran.Angin bertiup kencang. Apa lagi, semua mak bapak riuh mengutip anak² yang dalam kolam. Aku sebuk kemas baju² Mr Ajib duk la panggil Aaron. Memang angin bertiup kencang masa tu.Macam ribut aku rasa. Elok kitorang lintas dari cafe nak menuju ke bilik..hujan dah.hehehehe..Aku anggap itu hujan rahmat sebabnya cuaca memang panas berdeting kan.


Hujan itu rahmat. Lebat masa ni.

Lepas maghrib kitorang siap² nak cari makanan kat luar.Lapaq sunggohlah.Perut duk bunyik kriuk kriuk..hohohoho :P


ni laluan nak ke main lobby.


view dari atas.


Sebabkan penat swimming tadi, Aaron Ridzqy makan abis nasi putih sepinggan tu.Kebetulan sup ayam tu sedap betul.Nasi goreng kampung tu Mr Ajib punya.Sebab dia sedang makan aku punya.Menu aku western.Ayam Grill apa ntah namanya.Not bad jugak.Alhamdulillah.Selesai makan kitorang pun pusing² kat PD Waterfront.Sekejap je pun sebab Aaron Ridzqy merengek nak tido. pfttt!~

Sampai je main lobby sempat aku snap 2 gambar pemandangan waktu malam.



Semua staff² kat Avilion ni memang peramah. Senyum tak lekang dari bibir diorang.Wah gitu. Berpadanlah dengan harga yang kita bayar terutama lagi harga bukan promo betul tak? :) Sampai je bilik mata ni memang dikatup².Layu je. Memang lena betul tidur.



Good Morning!...





Pagi² bangun laju² dengan harapan dapat lihat air biru hijau yang mengasyikkan.hahaha..ok tettttttttttttt..memang tak ye.Masih dengan air laut berlumpur macam semalam sampai. Tapi takpe..ini pun dah bersyukur dapat jejak ke Avilion ni ye tak. So mari kita breakfast.Ada beberapa perkara yang nak dibuat sebelum kita check out.Breakfast pukul 7.30 pagi sampai pukul 10.00 pagi ye.

Sampai je kaunter cafe, aku bagi voucher meal kat sorang staff dan aku tanye kat mana nak bayar meal untuk anak. Staff tu cakap "ouh ni umur berapa?" Aku jawab "tahun ni masuk 6 tahun". Staff tu cakap "ouh tak perlu bayar Puan.Boleh masuk Puan" sambil senyum meleret kat aku.Aku macam confused kejap.Semalam kat kaunter registration kata kene bayar RM15++ so aku macam..ouh takpela..dah rezeki agaknya.Tapi budak pun bukan makan banyak sangat pun kan..hehehe....







Ni view dalam cafe. Mengadap child pool.Bagi aku yang bukanlah seorang manusia pemakan, menu kat dalam Avilion ni sudah cukup untuk kitorang anak beranak isi perut. Kebanyakkan review yang aku baca dari blog² dan internet kata menu kat Avilion ni tak berapa menarik dan tak variety. Bagi aku sudah cukup menarik dan jadiklah buat mengalas perut.Masing² punya pandangan ye tak.Takpe, jangan jadikan ia sebagai satu modal untuk spoilkan mood bercuti kita.Hidupkan ini perlu diteruskan. Yeah... :)

Sebelum nak mandi pool, aku ajak Mr Ajib jalan² ke arah Tumasek Beach. Nature Walk gitu.Tapi udara pagi kat situ sangat segar.Bau daun.Bau bunga.Bau pokok.Eh ke aku sorang je bau macam tu..hehehehe..


Pemandangan biasa kat Avilion Water Chalet.Peacock ni memang dibiarkan lepas begitu sahaja.




Kat Avilion Water Chalet ni ada 3 pool. Satu lagi pool untuk yang menginap di Premium Water Chalet. Tak nampak pulak masa jalan² dalam tu.Maybe ada dekat area Avi Spa.




Sebabkan hari tu hari Isnin, takde sapa lah nak bersukan sangat..hehehe..


Aku memang ketinggalan kat belakang sebab sebuk petik gambar.Aaron Ridzqy jenuhla jerit panggil mami mami..cepatla mami ni..hohohohoho  Sabarlah sayang oiii :)



Haa..ni lah dia Tumasek Beach. Lain benar nampaknya dari dalam laman web. Review yang aku baca dalam blog² katanya under renovation. Tapi yang aku tengok takde pulak kerja² nak renovate. Mr Ajib sempat tanye guard yang jaga kat Tumaseh Beach tu.Katanya belah Tumasek Beach ni dah ada orang beli. Itu jawabnya.



Takpe..kite jalan² lagi. Ada bird cage kat sini.Syok betul pagi² jalan dengar burung² berkicauan.hehehehe..cliche sangat ayat tu :P



Haa...sebelum nak mandi pool, ni lah dia steam and sauna room tu. Masa tu pagi belum bukak lagi.Sebabkan aku nak tumpang shi shi aku masuk dan amik gambar.hehehe aritu kan tak sempat. Tapi sebelum korang nak guna facilities ni kene register dulu ok. Kaunter tu betul² kat belakang bilik steam & sauna ni.Nanti dorang akan bagi sekali bath towel.





ni bilik steam. masa aku sampai bilik ni ada 2-3 orang chinese girl.Tapi duduk masing² lah.Maybe nak feeling sesorang sendiri.






haaa..ni la bilik sauna tu. huh..bayangkan seat yang atas tu ada 4 minah salleh agak berumur jugak..hahaha..pastu seat bawah tu ada sorang lagi minah salleh sedara mara deme jugak.Aku sorang² duduk tepi sini. cuma senyum senyum je. masa korang masuk sini , orang jaga kaunter advise untuk bukak baju dan pakaian dalam sekali.tapi sebab aku orang melayu timur penuh adab sopan, aku pakai bath towel yang dorang bagi..tapi kat dalam ada la bra n sepentot tu.malu mak..hahaha..



Masa aku masuk bilik sauna ni, benda ni dah menyala² macam bara lah.Arang kot.Takla aku jengah sangat sebab bilik tu dah berkuap. Aku rasa tak sampai 30 minit kot aku dalam bilik tu. Terus kuar dan minum air.



Water Filter pun disediakan.Minum lah air sepuas² nya. Lepas tu aku terus keluar.Aku tak bercadang nak mandi dalam tu. Sebab aku nak merayap ke bilik gym pulak. hihihih :P






Sebelum nak masuk ke bilik gym, korang akan jumpa meja pingpong dan meja karom tu. Dalam bilik ni air cond sejuk betul.Nyaman je duduk dalam bilik nih.. tih tih tih tih..



Rules & Regulations



Aku bukanlah nak bergym sangat.hohoho..nak petik gambo je lebih. :P





Dari kejauhan aku dah dengar suara anakanda beta.Marilah kita layan pool pula.Nak swim kat Chochin Pool (Adult Pool) tak kesampaian sebab tak reti berenang. Kite layan kat Child pool pun ok. tih tih tih tih tih.. :P









Child Pool ni luas dan besar. Betul² mengadap Cafe. Kalau malu nak swim depan orang makan²..boleh swim kat belah sana yang tersorok sikit..hihih..tapi ok je kot. Dalam pukul 9.45 pagi kitorang masuk bilik nak siap². Ada agenda lain pulak nak dibuatnye.


Mandi buih!





Moh kita ke Pet Farm :)






Comel dan jinak² binatang tu semua. Jenis tak takut orang.Tapi sebab aku yang penakut amik gambar dari luar cage je..hohohohoh..

Dalam pukul 11 pagi, kitorang runner ke Kids Kabin. Apa ada kat situ ek...Jom kita terjah.



Kat dalam Kids Cabin ni korang kene bayar ikut pada aktiviti dalam gambar atas. So Aaron pilih utk main Sand Art. Sand Art ni plak ada dua jenis.Size biasa RM10 dan kalau besar sikit RM15. Sebab pukul 12 tghari nak check out aku pilihkan yang size biasa utk Aaron. Sementara Mr Ajib layan, aku petik gambo kat dalam² tu.Luas dan tenang je. Yelah hari Isnin tak ramai yang datang bercuti hari tu. Kalau weekend ni mau meriah jadinya..hohohohoh











Cantekkan view dalam Kids Kabin ni.Bersih je. hahaha..yela tak ramai anak² masa ni...




Time utk check out.huhuhu..sedihnye...sob sob sob (lap hingus) hohohoh..Jangan lupa mintak balik RM100 yang kite bayar untuk booking reservation tu ek :)





Bersebelahan Avilion Water Chalet ni adalah kawasan parking di dalam Rumah Zaitun tu. Rumah tu dah jadi rumah tinggal.Nampak scary jugak malam².Sayang betul kawasan dia luas.Rumah pun besar.Tak sempat pulak aku nak google pasal apa rumah tu jadi macam tu. So, takpe.Nanti aku google ok.




So ini sajalah short vacay aka anniversary untuk kami 3 beranak.Alhamdulillah.Jadikla ye tak.hihihi..Sebelum balik ke KL..kitorang lunch nasi ayam kat area situ pastu jalan² sampai ke Grand Lexis.Saja ushar.Tih tih tih tih tih..Bulan 9 nanti ada Matta Fair lagi.  :P~


Iklan sekejap.....

















Semoga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat.
amin ya rabbal alamin.








H a p p y R e a d i n g :)