Wednesday, January 11, 2012

"Ouh, Itu Puncanya"

Assalamualaikum Semua dan Salam 17 Safar :)

Semalam ada dua kejadian menimpa saya.Saya mulakan dengan kejadian pertama di waktu pagi.Saya ke klinik di ofis kerana saya sakit gusi.Dinding gusi saya yang berhampiran gigi bongsu belah kiri sakit yang amat sangat.Semacam ada ulser.Kebetulan doc favourite saya takde.Selalu saya akan cancel kalau ada doctor ganti..Tapi saya gagah juga jumpa sebab dah tak tahan.

Doc tu sgt muda.Cantek + cute.Selepas cek semua doc bagi saya ubat tahan sakit (Tramadol), antibiotik (Primzole),ubat gargle dan ubat spray (kedua² Difflm).Balik di meja kerja, saya terus makan ubat² tersebut.

Saya sambung dengan kejadian kedua.

Tengahari.Saya dan kawan² mulakan agenda dengan kelas memandu.Ye, saya antara dua orang di antara geng² Divas yang ada lesen tapi simpan dalam purse saja.hehehe.Jadi bermulalah kelas memandu saya semalam.Ya Allah, mcm nak pitam.Perjalanan tak jauh hanya ke segambut saja.Makan di situ.Sebab saya belum berani.Alhamdulillah, kami selamat sampai.

Waktu makan, saya tak berapa selesa.Maybe asyik terfikirkan nak memandu pulang selepas itu.Saya pening².Mual².Saya paksa diri ini makan juga.Saya makin gemuruh.Sampai sejuk² tangan.Dari mula bawa kereta di ofis sampailah di kedai makan.Bersambung dari kedai makan hinggalah ke ofis.Masih pening².Alhamdulillah, kami selamat sampai di ofis.Walau diusik kawan² beberapa kali dan dipuji juga..saya tatau kenapa masih mual² dan pening."Ada isi kot" kata kawan² saya...gitulahh korang~

Kemuncaknya..sampai di meja kerja..saya masih pening..saya cuba lelapkan mata, tapi tak boleh.Ouh hampir lupa.Saya kene makan ubat.Tapi entah kenapa hati tak teringin nak makan ubat tahan sakit tu.Saya cuma makan ubat antibiotik.Saya tak sedap hati.Kenapa masih berdebar².Kelas memandu dah abis.heheh..dan masih pening²..Saya call Mr Ajib.Temankan saya ke klinik nak cek blood pressure.

Sampai di klinik, doc pun terkejut.Dia fikir saya sakit lagi pasal gusi.Saya kata kali ni bukan doc.Saya nak cek bp saja.Ok.Bp saya normal.Malu juga.Saya ingatkan pening² pasal low bp (sebab saya mmg kurang darah) atau naik sebab keturunan saya ada yg darah tinggi (mak saya).Tapi pelik juga sebab normal.

Petang nak balik rumah, saya sempat muntah di toilet.Tapi sebab Mr Ajib dah tunggu di lobi, saya tahan.Kalau ada yang jumpa saya balik semalam, mesti terkejut.Tak semenggah.Inner tudung saya tanggal.Bayangkan pakai tudung syria tanpa inner.Getah rambut pun saya cabut sebab saya fikir saya pening sebab ikat rambut ketat sangat.Atas motor, saya hampir nak pitam sebab pening lagi.Sempat Mr Ajib jerit atas motor "sabar ma..sikit lagi nak sampai ni" sambil genggam erat tangan saya..tiba² feeling cerita hindustan :)
Sampai saja di rumah, tak ingat anak yang nak "milo" terus saya muntah.Habis segala RM5.70 yang saya makan tengahari tadi.Anak saya kata "kenapa mummy..kenapa mummy muntah nasi dgn sayur?" hehe..bila ingat² nak tergelak.Tapi situasi waktu itu, saya tak gelak pon.Sebab saya lemah.Muntah saja.Kecohla seantero rumah dan kawasan sewaktunya, "mummy ada isi niii..mengandung kot..gi ceklaa kat klinik"..ye..aku mengandung..mengandungi lemak tepu :P

Tak daya saya nak menafikan sebab letih muntah..Tapi saya gagahkan diri "milo" kan si kecik itu dahulu..Kemudian, saya mandi.Saya rasa lega.Saya rehatkan diri dengan berbaring.Jam hampir masuk maghrib.Lepas solat, saya gagahkan diri lagi bagi anak makan.Sebab saya fikir, lepas bagi die makan, die akan main² kejap.Jadi, saya boleh tidur waktu itu.Hampir jam 9 malam, baru saya terjaga dikejutkan si hero tecit tenot sebab nak "milo".Dan saya rasa lega amat sangat..tak pening dah.Mr Ajib remindkan saya makan ubat sebelum tidur.Hati saya masih tak sedap nak makan ubat tahan sakit.Jadi saya cuma makan antibiotik saja.

Pagi ni, saya rasa fresh.Tak pening² dah.Lepas breakfast saya makan ubat antibiotik dan ubat tahan sakit.Dalam pukul 10 pagi, saya mulai rasa mcm semalam.Pening².Berdebar².Tatau kenapa.Saya mula rasa tak sedap hati.Macam nak cek bp lagi dgn doctor.Tapi takut termalu sendiri kalau bp tu normal.Tapi ahh pedulikla.Saya mesti tau sebab apa saya jadi begini.Nak kata datang bulan, belum lagi.Saya dah bagitau kawan² saya tak join sebarang agenda arini.Saya tak larat.Sebab pening².Masuk tengahari, saya terus beli makanan dulu.Kemudian ke klinik.Nasib baik doctor favourite saya ada.

BP saya normal.Cuma doctor kata heart bit saya agak laju.Saya gemuruh doctor kata.Saya pun cakap saya tatau kenapa saya gemuruh.Nak kata saya bawa kereta takde pulak.Bunyi kelakar tapi saya tak segan nak bercerita dgn doctor favourite saya ni kisah semalam dari amek ubat sakit gusi sampai kelas memandu sehinggalah saya muntah di rumah.Doctor cek mata saya.Pucat.Saya perlukan penjelasan kenapa saya pening..ehheheh..Setelah disemak dan ditelaah akhirnya doctor saya kata ini punca ubat tahan sakit yang saya dapat semalam.Ubat Tramadol.Ubat ni boleh buat saya berdebar² dan gemuruh.Ubat ni boleh buat pening² dan tidur.Saya kata patutla.Cuma saya tak boleh tidur.Bila nak terlelap je saya akan pening.

Doctor bagitau, bila semalam yg saya rasa ok waktu malam adalah disebabkan saya tak makan ubat ni.Patutla begitu.Dan tengahari ni, saya pening semula adalah kerana saya makan ubat ni pagi tadi.Yes! Dah jumpa punca.Doctor kata lagi ubat ni salah satu yang antara kuat dosnya.So, ini salah satu effect selepas makan.Pening, mual² dan gemuruh.Saya ckp, saya tanaklah makan ubat ni doctor.Menakutkan saya je.hehehe..Doctor pun suggest saya stop dan teruskan antibiotik.Sebagai ganti ubat tahan sakit, doctor suggestkan saya pakai ubat spray Difflm tu.Maximum 20 kali sehari.Doc ganti semalam tak bagitau pun.Atau saya yang tak tanye.hehe..Saya cuma spray dua kali sehari .Doctor pesan, nak hilangkan ubat tramadol tu dalam badan, minumlah air banyak².Baik! saya akan ikut!tq doctor.I ♥ you! muah 800 juta kali.

Doctor cek semula bp saya.Bp normal dan heart bit pun kembali normal.Maybe sebab saya dah tau punca.Saya dah tak gemuruh.Alhamdulillah syukur.Ouh Ubat Tramadol.I hate you! Tapi saya tak serik jumpa doc ganti semalam.Sebab die cantik + cute.Cuma maybe saya akan jadi lebih doctor dari dia..hehehe (perahsantannn)

p/s: Kelas memandu akan bersambung esok lusa.Hari ni rehat.


Monday, January 09, 2012

"Kisah Adik"

Assalamualaikum Semua dan Salam 15 Safar :)

Hari ni adalah hari Isnin.Hari jatuhnya hukum kes Anwar dan Saiful.Keputusan pun telah dibuat.Apa pun keputusan, saya tak ambil peduli.Sebab saya bukan seorang pemikir politik taksub atau sewaktu dengannya.Yang saya ambil peduli adalah keselamatan dan keamanan.Dengarnya, ada 2 org awam tercedera akibat letupan. Ye..dari ofis saya yg bersebelahan saja dengan mahkamah, ada 3 bunyi letupan kedengaran.Saya tak pasti bunyi bom atau bunyi gas pemedih mata.Yang pasti, saya nampak asap² mcm dlm TV tu..Takut juga bila nampak benda² mcm tu LIVE depan mata walau dari kejauhan.Cuma buat saya terfikir, kenapalah manusia jadi begitu?

Ini juga kisah seorang manusia.Kisah adik bongsu lelaki saya yang ingin saya tekankan di sini.Seorang lepasan SPM.Dari raut wajah yang chinese look seperti seorang pendiam.Tapi suka memberontak.Paling manja dengan saya masa die baby dan kanak² riang ria.Yelah, sebab saya yg tukarkan kain lampin die bagai dari kecik kan.Sekarang tidaklah.Mana macho nak manja² dgn kakak.Suka buat keputusan tanpa rujuk dgn orang yg lebih berpengalaman.Tapi mudah rapat dgn kanak².Contoh:satu²nya anak buah beliau Aaron Ridzqy  :) Juga ringan tulang.Rajin kemas rumah.Contoh:bangun tidur kemas katil (satu contoh yang baik kan)..hehe

Pernah sekali satu situasi mak saya ckp, "adik kau ni nanti dah besar kawen..nak cari rumah sebelah rumah mak ni arr..senang katanya, nak makan kat rumah mak..amik lauk pauk sekali katanya"..haii..saya pun tanye die depan².."bini kau mana?tak masak ke?" dengan selamba die jawab "bini saya model la..kene jaga badan..kuku semua"...haiii..taste tinggi..tak agak²..saya cakap "belum tentu ada model nak kau..perasan"...heheheheh...

Baru² ni, saya balik cheras.Kalau ikut dari plan, minggu tu tak kemana.Tapi disebabkan satu kejadian, saya balik juga.Adik bongsu saya kemalangan.Dia baru lepas isi minyak motor.Baru je nak keluar simpang di Damai Perdana, tiba² ada satu kereta (tak ingat pulak nak tanye die kereta apa) meluru dari arah mana ntah langgar dari tepi.Adik saya kata, die terseret juga.Tapi kereta tu sempat tekan brek.Alhamdulillah adik saya selamat cuma cedera sikit.Abah saya kata, kalau kereta tu tak tekan brek, maybe adik saya takde lagi..tsk tsk :((

Owner punya kereta mengaku salah sebab tak perasankan adik saya yang nak keluar simpang dari stesen minyak tu,sebab banyak pokok² tepi jalan yang menghalang pandangan.Dia sempat tekan brek cuma yelah..adik saya terseret seketika.Motor tak rosak banyak cuma patah side mirror.Kebetulan ada bengkel motor berdekatan, orang sekeliling tolong angkatkan motor adik saya dan owner kereta bayar utk kerosakan motor tu.Adik saya pula dibawa owner terus ke klinik di Taman Taming Jaya.Owner juga bayar bil ubat²an.Lepas tu owner bawa semula adik saya ke bengkel motor.Dan adik saya sendiri pulang ke rumah.Saya mmg sebak dan haru part tu.Yelah, sakit² bawak motor sendiri.Tapi nak buat mcm mana, adik saya tak bawa handphone.Dan nasib baik juga, rumah dekat!

Saya yg dapat berita tu malam sabtu, terus balik keesokannya.Sampai sana, sedih ngk adik yg saya jaga dari kecik cedera mcm tu.Ingat² balik bila mak cakap "ala takde apa..takyahlaa risau..bukan patah riuk pun..takyahla balik"...tetap buat saya risau selagi tak nengok dengan biji mata sendiri.


ni bahagian leher..kene 10 jahitan

ni plak bahagian bahu..kene 5 jahitan.



Oh saya memang ngeri.Tapi pengalaman melihat anak saya Aaron Ridzqy dijahit secara LIVE depan biji mata sendiri dulu, buat saya berani sikit utk nengok kecederaan yang adik saya alami.Yang paling saya ngeri adalah dibahagian leher.Panjang betul ke bawah.Silap² boleh kena urat leher.. gulp!..

Saya cakap dengan adik saya, takyahlaa keluar kalau takde apa² buat sementara ni.Duduk jela rumah dulu temankan mak..Yelah nak isi minyak kan..Benda nak jadi.Kita tatau dan tak boleh nak agak.Saya cakap lagi, semua kejadian ni ada musababnya.Mak cerita pada saya, hari sebelum (jumaat) dia ada ckp dgn mak nak cari kerja.Mak pesan, janganla dulu.Baru lesen L (sebab tengah belajar bawak kereta dgn moto).Kalau apa² kan ke susah.Abah dahla polis kan. Yelah, budak zaman sekarang bukan nak dengar sangat ckp org tua.

Esoknya (hari kejadian), dia nak isi minyak lepas tu nak cari kerja dgn kawan dia tanpa pengetahuan mak. Sudahnya, inilah musibah.Saya pesan pada adik saya.Lain kali dengar cakap mak abah.Bukan susah.Dengar dan ikut.Tak keluar duit pon.Kalau saya dah start membebel, mmg susahlah.Silalah percaya.Adik beradik saya saja yang tau.Walau mcm mana panjang pun bebel saya, walau mcm mana pun marah saya, saya tetap sayang mereka.Dan saya tau, apa² pun dorang tetap rujuk dgn saya.Cuma yelah, kadang² dorang tak buat mcm tu..sebab malas dgr saya bebel..hehe..

Jadi, kisah ini ada tauladan.Setiap kejadian yang berlaku, pasti ada sebab.Namun, jika sabar pasti ada hikmah dari Nya.Peringatan juga kepada anda dan saya sendiri.Sayangilah ibu bapa.Dengarlah nasihat ibu bapa.Kerana kita pun bakal jadi ibu bapa.Kalau anak kita tak dengar kata, mmg sakit hati.Jangan marah mereka.Sebab, kita dulu pun mungkin tak dengar ckp ibu bapa kita.Jadi tegurlah secara berhemah.InsyaAllah.Anak² pasti mendengar.

Assalamualaikum :)

p/s: Ada petua kata Baca Surah Al-Ikhlas atau Surah Taha.Hembus di umbun² anak kala mereka tidur.Dan niatlah yang baik².Surah Luqman pun ada juga.






Thursday, January 05, 2012

"Superwoman"

Assalamualaikum Semua dan Salam 5 Safar :)


Goodbye 2011.Welcome 2012 (Tagline basi bila tahun baru menjelma) hehehe..
Alhamdulillah, syukur.Kita semua masih bernafas di muka bumi Allah ini.Semoga kedatangan tahun baru ini lebih memberi keberkatan dan seribu rahmat utk kita semua. :)

Bagi saya, tirai tahun baru saya dibuka dengan diberikan sedikit cabaran dan dugaan.Mungkin ingin menduga tahap kekuatan saya..Beberapa hari sebelum tahun baru menjelma, satu²nya hero tecik tenot saya tu mengalami ceri beri yang tidak kesudahan.Asalnya sudah 4 hari tidak membuang.Masuk hari 5 barulah saya boleh menarik nafas lega bila hero tecik tenot saya dah memberut tu..Yelah, mana taknya..dalam 4 hari tu jugalah die mengadu sakit perut..susah hati dibuatnya..Itupun setelah ke klinik dan dimasukkan ubat cecair barulah die membuang..Doc kata, perut dia masuk angin juga..umm..aku ada makan apa² yg berangin ke? rasa mcm takde ^_^

Masuk hari ke 6..masih memberut.. tapi dah tahap ceri beri..sampaila hari ke 8..uih..susah hati kita..walau hero tecik tenot kita tu aktif je..cuma sesekali die mengadu sakit perut..tak keruan jugak hati mak ini...pegi klinik lain dan diberi ubat angin utk legakan perut yg kembung..ouh ya..minyak yu yee cap limau pun kita dah sapu bagai nak rak..mmg asik buang angin saja..nak kata makan tak tentu hala..tidak jugak..tapi tiba² saya terfikir..mungkinkah susu yang aku minum itu buat punca jadinya hero tecik tenot saya ceri beri..ye ye..saya fikir itu mungkin puncanya..Saya minum susu NesVita yang utk kurangkan kolestrol tu.Bajet nak kurus..Rupanya saya tak perasan ada tulis di tepi "tidak sesuai utk ibu mengandung dan menyusukan"..pangg..rasa mcm nak lepuk dahi sendiri..ouh sayang mummy..sorry..mummy mmg salah...itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang wanita bernama emak..saya wajib membayar kesalahan saya itu dgn menjaga sepenuhnya anak saya tanpa sebarang keluhan!atau menjadi tembun sepanjang masa..ouh no.. tsk tsk..soryyy..mummy salah :(

Saya pun stop minum susu tu..malah saya dah beri pon pada kawan saya.Sejak dari itu..hero tecik tenot saya pun dah ok.Sistem pembuangan beliau pun dah semakin baik.Malah baik dari sebelumnya..heheheh..Tahun baru saya di rumah saja.Bersama suami dan anak.Sempat saya balik ke rumah mak saya di cheras.Saja bercuti² an..heheh..Tiba² suami saya pulak mengalami demam yg tak kebah²..Asalnya pening² saja..melarat pulak sampai demam..lepas tu selsema..jenis yg tak boleh bangun..aduh..hati ini sudah gundah gulana..lagi dua hari nak bekerja.. tula..sapa suh tak berani bawak kereta..padan muka aku.. :P  Keesokan harinya, Mr Ajib naik demam lagi.Pening² katanya.Punca sebab selsema tu..

Berbekalkan ubat² an yang ada dlm peti ais, Mr Ajib menahan degil tak mau ke klinik.Dah saya bebel pun tak jalan juga.Katanya baiklah nanti.Sampailah hari Selasa, Mr Ajib tak boleh bangun.Demam panas sangat.Saya cuak jugak.Peluh nya tidak.Tapak kaki dan tangan sejuk.Saya lapkan badan dengan tuala basah.Agak² dah boleh bangun, Mr Ajib ke klinik dengan ayahnya.Saya? terpaksala amik EL.ye..ye..cuti pertama tahun baru sudah saya leburkan..begitu juga dengan hari kedua..tsk tsk..heheh..

Apa² pun situasinya, sayalah Superwoman di antara kedua² lelaki yang saya sayang banget ni.Memang tidur malam saya tidak berapa lena sejak 3-4 hari yang lalu ini.Kerana menjaga suami yang demam.Juga kerana tugas saya sebagai emak menyusukan anak.Dulu saya pernah mengeluh.Sakit badanla.Lenguhla.Saya selalu kata "sebab menyusula ni"..rupa²nya saya tak tahu setiap kesakitan atau ketidaklenaan saya di waktu malam..ada pahala disebaliknya.

Sumber ini saya dapat dari seorang kawan saya di ofis.Seorang mama to be .Saya dpt hard copy.Beliau pun dapat dari kawan².Ada 9 point semuanya.Tapi yang buat saya paling tertarik adalah no. 8 dan no.9.Orang kata sharing is caring.Pada semua wanita, tak kira dah berkahwin atau belum, sudah menjadi seorang ibu atau tidak.. anda wajib baca!

No. 8: Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

No.9: Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Hebatkan.Percaturan yang Allah sudah berikan pada kita manusia.Cuma kita manusia saja yang tidak tahu bersyukur.Malah selalu mengeluh. tsk tsk..sedih bila teringatkan yang diri sendiri penah mengeluh letih jaga anak..tsk tsk.. Apa² pun..semoga amal ibadah kita diterima Allah.

Kita wanita adalah superwoman. 


p/s: lenguh lengan.injek HPV dos kedua (ni mengeluh ke apa ni?) hehehe



Wednesday, December 28, 2011

"SangRatoo's Wordless Wednesday #13"







***pic amek kat google saja***

saya NGIDAM nak ke sini lagi!








p/s: mood nak menaip agak kurang kebelakangan ini..bukan kerana kekangan masa..bukan kerana kekangan kerja...cuma MALAS yang tak lekang² dari saya ni..heheh :)


Wednesday, December 21, 2011

"SangRatoo's Wordless Wednesday #12"

like father like son.
ewah²..kakiii..
sambil makan "podedo"..


Wednesday, December 14, 2011

"SangRatoo's Wordless Wednesday #11"



Friday, December 09, 2011

"Tibalah Masanya"

Assalamualaikum Semua dan Salam 13 Muharram :)

ok iklan sekejap:
Saya rasa sejak saya berblog ni baru saya hafal bulan² Islam..(Astagfirrullahalazim) :)
Zaman sekolah rendah agama dulu..berlawan² hafal bulan² Islam..dah besar ni banyak lupa..buat² lupa barangkali...insyaAllah akan saya ingat sampai bila²....

Kalau 3-4 bulan selepas tarikh dinner diumumkan..saya tak berapa teruja macam dua tahun lepas (2009 & 2010) sebab saya kira saya semacam tidak join utk dinner  tahun ini..yelah..mengenangkan anak saya yg tak pernah saya tinggal²kan dalam waktu yg terlalu lama..dia tak biasa..dan saya sendiri tidak bisa.. :)

Tapi, bila saya dah bergiat aktif semula koir di ofis, dan koir perlu performed utk dinner , automatically saya wajib hadir dinner tahun ini..ayoyoyoyo..saya mula menggelabah..membilang hari..ouh..apakah akan terjadi nanti?saya asik fikir anak saya yg tercari² "milonya" bila dah waktu...ouh ouh..no no..cuak saya dibuatnye...bila tinggal lagi sebulan, stress maken bertambah...dengan nak hafal lirik..dengan komitment dan pelbagai "perkara" lagi..aduh..tensi mak nokk.. :)

Ouh ouh no no...utk dinner kali ini juga, saya langsung tak fikirkan baju apa saya nak pakai..seronok tengok kawan² saya duk fikir baju apa nak beli..tema segala..saya kadang² curi masa jugak cari baju dan tema yg saya verangan nak pakai..tapi dalam mimpi sajalah..hahaha...takpela..saya tumpang happy utk kawan² saya..yang penting, dah dpt pergi dinner  sudah satu rahmat utk saya :) Mr. Ajib? kali ini Mr Ajib berkorban demi saya dan anak..dia akan ambil alih tugas jaga anak..kalau ikut program koir akan abis persembahan dalam pukul 9 malam..Dalam waktu itu juga saya minta Mr Ajib bertolak dari rumah bawa Aaron Ridzqy jemput saya..Jadi, lepas je menyanyi, kalau Mr Ajib dah sampai, saya akan terus pulang :)

Dugaan tetap ada..Allah mmg sentiasa menduga umatNya..Baru² ni pun hari Rabu, saya terpaksa ambil EL..anak saya kurang sihat..sakit perot..bila dah pandai ckp..die sebut "mommy..sakit perot..sakit perot..sambil tertonggeng²"..sudah tentu saya ni rasa susah hati..badan pula ada sedikit dedar...ouh oouh no no..hati makin hiba..persembahan makin dekat...lirik masih ada yang tak hafal..dan saya dpt information dari kawan², ada step menari utk lagu² ni..ouh ouh no no...saya banyak ketinggalan...saya mula fikir bukan².."NAK TARIK DIRI" ouh ouh no no...tapi selepas bincang dgn Mr Ajib, saya cancel..saya kene tabah..apa yg saya dah mulakan, saya kene teruskan..no matter what..kesian kawan² saya..nak² lagi kumpulan Alto semakin berkurangan jika saya tarik diri.. 

Alhamdulillah, dalam satu hari saya ambil EL, anak saya semakin  baik..maybe dia perlukan saya..dan saya mmg perlu luangkan masa utk dia kerana training koir agak lewat abisnya..Tapi saya tak pernah tunggu sampai tamat kelas..dan hari ni, tibalah masanya..tibalah saatnyaa..selalu saya fikir apa akan jadi kalau saya pulang lewat..menangis agaknye Aaron Ridzqy tercari² saya..siannyaa anak mommy...Anak mommy kene kuat ye sayang..

Malam ni,
penentunya...


tunggu ye kesinambungan cerita ini :)

♫Owimbowe..♪Owimbowe♪..Owimbowe..♫

Tuesday, December 06, 2011

"♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪"

Assalamualaikum Semua dan Salam 10 Muharram :)

Apa benda kat tajuk di atas tu?Kalau dulu zaman sekolah rendah, masa belajar kelas muzik, sambil pegang rekoder masing², cekgu muzik akan kata "ok semua..tengok taugeh² ni.."  hehehe...masuk sekolah menengah, er..tak ingat dah..ada ke kelas muzik? takde takde..hehehehe..terus lupa not not lagu masa belajar sekolah rendah dulu...rekoder pun ntah kemana...umm..GITULAH..melayu mudah lupa..

Menyanyi mmg minat saya...tapi takla sampai nak jadi penyanyi..hehe..sore saya biasa² je..kalau jadi artis..buat malu mak abah saya je..hehehe..tapi kalau ajak karoks..humphhh..saya antara kaki² nya..Masuk kerja, bila saya join koir di ofis, baru saya kenal 'taugeh²' di atas tu..hehehe..sebutannya adalah Krocet. Bukan teknik menjahit sulam krocet tu ye..Saya join koir ofis dari tahun 2005 tertubuhnya kumpulan ini..masa tu saya di zaman single mingle..

 2005

ok..cantek tak headgear kitorang..hehehe.... :)



2006 ada juga..tapi gambar koir mcm kurang..sebab masa tu sibuk sangat menari utk dinner..bajet retis sangat..tahun 2007 begitu juga..bajet retiss..gambar koir lebih kurang mcm menari juga sebab saya dan 4-5 orang kawan² menyanyi koir dengan baju menari..sebabnye..gap antara koir dgn menari dekat sangat..tak dan nak tukar baju..retis kan..hehehehe

2008




Masa ni..banyak gambar² koir..tapi saya publish satu cukupla ye..hehe..tahun itu juga antara tahun gemilang saya sebab naik pentas kali kedua amek anugerah khidmat cemerlang..ouh..hampir lupa..waktu itu saya tgh mengandung kali pertama..dan beberapa hari selepas dinner itu saya masuk ke wad utk "cuci"..kerana kandungan tidak membesar seperti sepatutnya :(

2009 saya sudah "berehat" dari segala aktiviti seni di ofis..baik menari atau koir..sebabnye saya tengah preggy kali kedua (Aaron Ridzqy dalam perot)..2010 juga begitu..kerana baby saya masih kecil waktu itu dan saya masih fully breast feading..rasa mcm tak sanggup nak tinggalkan anak walau hati meronta² nak menyanyi..(bajet retis sekali lagi)..hehehe

dan kini...2011

Koir kali ini, ia ibarat satu ujian utk saya..membahagikan masa sebagai isteri kepada seorang suami..sebagai emak kepada seorang anak...suami sudah tentu memahami..anak walau tidak faham...rasanya sudah cukup besar (sudah 2 tahun) untuk mommy nye tinggal²kan dalam waktu yg agak lewat lepas abis kerja..Pada mula saya ambil keputusan utk kembali dalam group ini memang agak sukar...Tapi setelah berbincang dari hati ke hati bersama suami, kerana minat saya..dan saya yakin boleh bahagikan masa.Alhamdulillah, suami dan anak cukup sporting dgn situasi mommynye.. saya ♥ suami dan anak! Saya berharap juga "keadaan keliling" memahami situasi saya..Tapi saya pasti tidak.....

 

Saya belum bersedia utk bercerita lebih lebar..cuma saya berharap, Jumaat ini segalanya berjalan seperti yang dirancang..Saya tak bisa berharap..kerana saya takut untuk berharap lebih tinggi..Walau badan saya disini, fikiran saya menerawang teringatkan pelbagai "perkara"...banyak benda yang saya perlu tempuh..banyak benda yang perlu saya ambil sebagai cabaran..yang saya boleh katakan.."Hidup ini bagaikan perjuangan..teruskan perjuangan selagi hayat di badan" sampai migrain dibuatnye..hehehe (eh boleh gelak lagi?) its theraphy ok :)

Ok, saya masih lupa² not lagu..(abislaa..Jumaat je nak perfomed)..takkan saya nak miming kan? hahaha..gile! sian kawan² ceh ceh ceh...Jadi, saya akan ambil ujian ini sebagai cabaran saya.InsyaAllah, saya dan rakan² akan perfomed sebaik mungkin..

Jumpa lagi :P






p/s: Kalau tiga tahun lebih boleh bertahan..takkan utk sehari tak boleh? :D

Friday, December 02, 2011

"Saya dilanda OMBAK"

Assalamualaikum Semua dan Salam 6 Muharram

Saat ini, emosi masih terganggu...
Saat ini, perasaan masih terusik...
Saat ini jua....hati bercelaru...

Aku tidak sekuat itu...
Aku tidak setabah itu..
Jika ombak persis itu datang....aku pasti lemah..

Tangisan ku berlarutan...
Hiba ku berpanjangan....
Aku masih tidak boleh melupakan...
Kerana aku terlalu merindui...

Bayu yang meniup dari kejauhan...
Terasa ketika rambut ku dibelai...
Buih buih di pasir bagai mengerti...
Betapa sukarnya rindu ini...
 
Deru angin...
Datanglah padaku..
Deru ombak...
Segeralah padaku...
Kerana aku terlalu merindui...
Ombak Rindu.
 
created by me 3.30pm
 
 
 
 
p/s: semuanya gara² Aaron Aziz dan Maya Karin dalam cerita ini..tskk tskk..betapa sukarnya menjadi seorang wanita yang tabah seperti Izzah (Maya Karin).

Thursday, December 01, 2011

"HPV"

Assalamualaikum Semua dan Salam 5 Muharram :)

Semalam saya dan dua orang kawan, ambil injection HPV untuk dos yang pertama.Ada tiga dos kesemuanya.Dos yang kedua selang sebulan iaitu 30hb Dis nanti..dan dos yang ketiga selang 5 bulan iaitu 30 May 2012.

Apa itu HPV?
Virus papiloma manusia (HPV) ialah sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum.Setengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu.HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser 'berisiko tinggi'.

Apakah hubungkait antara HPV dan Kanser Pangkal Rahim?
Kebanyakan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapan bulan.Jangkitan oleh  HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) perlu berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim.Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan.Tetapi dalam kes tertentu, jangkitan akan berterusan menyebabkan ia menular menjadi kanser pangkal rahim.Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun.Justeru langkah mendapatkan perlindungan daripada HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) adalah amat penting.

Bagaimana HPV disebarkan?
HPV ialah sejenis virus umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan, oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita, tanpa mengenal usia atau gaya hidup.Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan.Dianggarkan bahawa kira² empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka, walaupun jika mereka hanya ada seorang atau dua orang pasangan seks.

Adakah saya/anda masih menghadapi risiko jangkitan HPV jika sudah berkahwin?
Risiko jangkitan HPV bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita.Dianggarkan bahawa sehingga 80% daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka.

Adakah kondom mengurangkan risiko jangkitan HPV?
Kondom mengurangkan risiko tetapi tidak memberikan perlindungan sepenuhnya.Sepanjang hayat, setiap wanita menghadapi risiko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim.

Apakah Pap Smear?
Pap Smear ialah satu ujian yang pantas dan mudah untuk mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim.Biasanya sel diambil daripada pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan.

Bolehkah Kanser Pangkal Rahim dicegah?
Sehingga baru² ini, satu-satunya cara untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah menerusi ujian Pap Smear dari masa ke semasa untuk mengesan tanda awal penyakit.

Apakah Kanser Pangkal Rahim?
Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus), justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks.Serviks mengubungkan badan uterus kepada vagina (salur kelahiran).Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal.Kanser boleh merebak ke bahagian lain badan.



Tetapi tahukah saya/anda...Kanser pangkal rahim boleh dicegah.Kita semua boleh memainkan peranan membantu menyelamatkan wanita daripada kanser pangkal rahim.Vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV dan Kanser pangkal rahim boleh didapati sekarang.Berbincanglah dengan Doktor anda untuk melindungi diri anda dan orang yang tersayang.

LINDUNGI DUNIAMU
BANTU BASMI KANSER PANGKAL RAHIM

Sebuah pesanan kesihatan awam yang dibawakan kepada anda oleh:



Saya pernah menghadiri 'Talk' mengenai Kanser Pangkal Rahim ini di klinik ofis saya bekerja.Sesuatu yang mengejutkan kami ialah, wanita berisiko menghidap Kanser Pangkal Rahim adalah berpunca dari lelaki (pembawa).Dimana wanita sebagai (penghidap) kerana memiliki pangkal rahim.



Saya sudah.Anda bila lagi?

p/s: lenguh bahu selepas ambil injection semalam :)