Assalamualaikum semua dan Salam 23 Ramadhan :)
Seawal 6 pagi, saya call Mak saya dan ucapkan Selamat Hari Jadi..sambil nyanyi² lagu birthday version Aaron..
Saya : Aaron..cepat nyanyi lagu besday utk nanny..
Aaron: nannnyy..its today my special day..its today my special day
(sapa ngk BBTV pasti tau..tapi die nyanyi version die lah) hehehe
♫ it tutei mai spepel dey..it tutei mai spepel day♪
Untuk Mak..
Selamat Hari Jadi..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Diana sayang mak sampai akhir hayat ..(sob sob sob)
Pagi ni, saya agak gloomy..semuanya gara² semalam..takpela..nak buat mcm mana..saya redha..dah berapa kali terjadi pun saya pasrah..
Untuk anak mummy,
tak penah sesekali dalam diri mummy utk saja tinggalkan kamu,
tak pernah sesekali sekelumit dalam hati mummy utk biarkan kamu,
sebolehnya di mana saja mummy pasti akan bawa kamu,
mummy dan papa ingin kamu jadi lebih kuat,
mummy dan papa cuma mahu kamu jadi manusia yang berdikari,
sayang...
senyuman kamu buat mummy tabah,
cerianya kamu buat mummy bertambah kuat,
semoga mummy dapat bertahan dengan kudrat yang ada itu.
Semenjak saya berhijab, saya tak pernah post betul² gambar saya..Bukan apa, saya masih tercari² arah supaya tidak dikatakan riak atau apa saja. Saya masih dalam peringkat permulaan.Masih dalam fasa yang baru.Cuma saya boleh katakan saya sukakan fasa ini.
Walau agak gloomy pagi ini, bila lihat gambar di bawah..saya jadi ceria. nengoklah bos² saya dibelakang tu. Ok, kalau nak tau barisan tengah dan yang paling tengah adalah Director kami yang baru .Sporting kan? :)
Saya tengah duduk sambil makan.Tiba² ada seseorang (jantina dirahsiakan) datang kepada saya dan bertanya.
Jantina Rahsia: Cik ni, Alia ke?
Saya: Alia? eh bukanlah..awak salah orang agaknye.
Jantina Rahsia: Takkan saya salah.Hari² saya tengok.Dalam TV tu.Cerita Kasih Alia.Awak kan yang berlakon tu?
Saya: (Sambil terkebil² bijik mata) "ouh..hari ni pun aku dah miss cerita tu..Iftar ni punya pasal" saya cakap dalam hati.
(Sambil senyum meleret) Awak salah orang ni.Bukan saya.Saya bukan pelakon.
Jantina Rahsia: Ye ke.Maaf ye cik.saya ganggu cik tengah makan.(Sambil memohon maaf berulang kali dan berlalu pergi)
Motif?
Takde apa.Sebenarnya cerita di atas hanya rekaan semata.Nak bagi diri ini perasan sekejap.Sebab dah dua orang ckp empunya diri ini mcm Fida cerita Kasih Alia tuu. Fida mcm Siti Nurhaliza. ahh (terawang² an sebentar makkk)
Nak bagi u olls makan hati lagi...
(terutama geng² netballerzs)
saya sempat amik gambar dengan bekas pemain bola jaring negara dan sekarang beliau adalah model terkenal negara kita.
untuk geng² netballerzs,
terimalah~
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
***credit to cc deen***
Juliana aka Fida Kasih Alia with Fadzlun
walau saya pakai high heel,tetap tak dpt lawan tinggi dia.tapi dia sangat peramah dan tak sombong.saya suka.dan dia sangat cantik!
maknam..die dah bagi ilmu netball kat aku..awas ^_*
p/s: panjang ke entry kali ni?biasa je tak..untuk hilangkan perasaan yang masih diselubungi "gloomy" ini..
Madah Cik Sri Siantan / Mawar Berduri:
"Cuaca di luar seakan mengerti diri ini"
Happy Reading :)