Wednesday, January 21, 2015

Sharing is Caring : Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia Ialah Kerana Adanya Mazmummah Di Dalam Hati


Assalamualaikum Semua dan Salam 25 Rabiulawal :)


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di HATI ialah :


1. Pemarah

 Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan HATI tentunya tidak tenang.

2. Pendendam

 Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki

 Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil

 Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkalarezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak

 Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tidak habis juga.. lagipun orang yang tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar

 Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego

 Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin... pasal semua org ada egonya sendiri.. cuma tinggi ataupun rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak

 Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada.

9. Cinta dunia

 Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

**Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi danakhirat dibawa mati.

Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.




Sumber: by Asrol Sahabat Hati  (http://diasahabatku.blogspot.com)




Friday, January 09, 2015

Sharing Is Caring : 7 Makanan Kurangkan Kolestrol





Assalamualaikum Semua dan Salam 18 Rabiulawal :)





Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

1. Buah kering
- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

2. Epal
- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak

3. Ikan Tuna
- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL

4. Kacang tanah
- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung

5. Buah Mangga
- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi

6. Kismis
- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus

7. Jambu batu
- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan




sumber: infokesihatan4u.blogspot.com





Sunday, December 28, 2014

"Vendeur Festival 3.0"




Assalamualaikum Semua dan Salam 29 Safar :)


STICKY POST 



Scroll ke bawah untuk entry baru :)
Tiada bayaran untuk iklan ini :)
Saja suka² :)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

sebab?
Vendeur Festival kembali bergegar di MATRADE!


yeaaaa..hihihihi


Sumber: Instagram VF



Sumber: Instagram VF



Sumber: Instagram VF



Sumber: Instagram VF



Sumber: Instagram VF



Sumber: Instagram VF



Sumber: Instagram VF



Sumber: Instagram VF



Sumber: Instagram VF






So, Lets Jom!!!


Kalau naik bas boleh ikut cara ni :)


http://sangratoo.blogspot.com/2014/07/cara-mudah-nak-ke-matrade.html

Tapi ikut pengalaman sebelum ni, macam tak nampak bas yang masuk ke dalam ofis sebab MACET terok! Maybe bas stop kat luar saja.So, rancang²lah waktu perjalanan anda.Naik moto paling epik! hehehehe.




*Surau Awam - Tingkat 4 West Wing

*ATM Machine -Maybank Bertempat di West Wing GroundFloor 
                        (Satu²nya yang ada dalam bangunan MATRADE) *_^

*Cafe/Tempat Makan - GroundFloor East Wing Traders Cafe 
                                   Satu lagi di Tingkat 4 East Wing (Tak sure dibuka atau tidak masa hari kejadian.
                                                  
*Klinik - Tingkat 4 East Wing (Tak sure dibuka atau tidak masa hari kejadian)

*CoopMart - Bertempat di West Wing GroundFloor (berhampiran ATM Machine Maybank).




SELAMAT SOPIM :p







Tuesday, December 23, 2014

"Photobook"




Assalamualaikum Semua dan Salam 1 Rabiul Awal :)





Hari tu Photobook Worldwide hanta mende ni kat aku.Aku macam surprised.Wah...apa bende ni? surprised nye.hepi hepi hepi..hohohohoh~

Ok.ayat macam taknak kalah je kan.Memangla Photobook hantar kat kau kalau dah ko yang oder kan..ehehehe..Benda ni dari hujung tahun sudah belinya.Tapi tersentak dari lamunan bila tengok tarikh nak redeem voucher hampir menjelang tiba.Vah vah vah..sebelum expired mehla kita redeem cecepat.

Tapi nak redeem benda alah ni bukan senang.Dengan sifat M yang memang menjalar kat tubuh badan aku ni..amik masa berbulan malah hampir makan tahun jugak nak siapkan.hohohohoh..


Vah vah vah..inilah rupa isi dalamnya.Macam album lah.Kira kalau anak² kita nengok..eh kite masuk majalah ke mami?hohohoho..Nak pilih dan upload gambar itulah yang amik masa lama.Sebab kau kene buat online.Setiap detik mengadap komputer.Tapi aku kan rajin.So inilah hasil last minit sebelum expired..hohohoh..kira okla tu.

Aku beli benda ni kat Groupon.Aku benornya tak pandai bende² ghoper ini.Groupon ke makpon ke ahpon ke tapi tula..terjebak dengan biras aku tula..hahaha (saja salahkan kau lah tu)..Tapi bila dah siap..vah vah vah..manyiak syok woo.Bila dah ada kat tangan jadi addict plak.Tapi kite tunggu ada free lah ye.Yang ni aku beli tak ingat berapa tapi harga asalnya adalah RM79 satu. Size photobook adalah 6 x  6.Lebih kurang besar cd tu.Ada 40 page.Nak puas hati ko letaklah satu gambar satu page.


Album Langkawi 2014.
Aku suka susun ikut peristiwa.Dari mula till the end.Gituww..hahaha

Ni page pertama.
Terpulang ikut kreativiti korang nak letak gambar cemana.

macam aku ckp sblm ni..nak puas hati letak gambar satu page.

ha mcm ni la puas hati kan. aku pakai kamera henpon je u olls..hahaha

puas herotkan jari nak bagi nampak runcing :D tih tih tih tih

wow!
ada WINTER SONATA.
hohohoho

sapa ni tiru WINTER SONATA i ni?
eh mak abah rupanya..hahaha.romantik angatt..anjer angat...

Ok ni wajib! Gamba tuan punya kene beso ek!
padahal nak tunjuk gambar Gunung Mat ChinChang belakang nun..hewhewhew

Terbang la burung terbang
Terbang lah tinggi-tinggi
ewahh :D

Gambar untuk last page :)

Syok okeh! hahaha..Yang tak syok bila ko nak kumpul dan pilih gambar.Rasa macam tamak haloba dan pelahap sebab kalau boleh kau nak masukkan semua gambar² tu.hehehehe..dan paling mencabar bila dh siap pilih ko nak upload kan pulak gambar tu dalam komputer secara online.Malas betul mak! hohohoh..





Album Sarawak 2012

Aku memang takkan pernah lupa Pisang Cheese kat RJ Ayam Bakar sebab tu aku abadikan di dalam photobook ini..hehehehe..pestaim makan masa tuu.sekarang berlambak weh jual kat Gombak nun..kedekut tak kedekut je deme buh cheese.nyampah!

orang masukkan gambar muka dalam album.
Aku masukkan gambar makanan dalam album.
So what?

Happy Reading :*


Friday, December 19, 2014

"Kisah Arjuna Beta lagi"




Assalamualaikum Semua dan Salam 26 Safar :)



Kan aku dah kata.Mood aku boleh berubah².Sekejap kedaung.Sekejap ke laut.Sekejapan jadi beginilah.Bertalu² entry mengharapkan uwang rincihan dari Nuffnang masuk bagaikan beribu² lemon..hehehehe..

Fuhhh..kalau nak ceritakan perihal emosi aku tatkala menaip ni..malas nak dihuraikan.Bersimpul² abak ang.Takde kene mengena dengan emosi malas menaip blog.Ini lebih pada emosi dalaman yang tidak stabil 2-3 hari ini.Tapi biasalah aku..rupa ada manis..hati banyiak kiciwa..huhuh..sob sob..udah udah ye..kita takyah wat pekasam..sebab bila simpan nanti hati jadi jeruk..no good utk kesihatan..so moh le kita gumbirakan hati sendiri dengan berblog..hehehe

Aritu school taska beliau ada buat pemeriksaan gigi.Kira macam salah satu aktiviti untuk program cuti sekolah di taska beliau lah.Aku macam..ehh..nak bagi keizinan ke tidak ni masa dapat borang tu..hehe..almaklomla..gigi aku sendiri pun rasanya dah bertahun doktor tak cek.Inikan pula nak cek gigi anak bujang tu..hahaha..Plak tu, masa pemeriksaan dijalankan nanti, parents tak dibenarkan ada. So mcm...alaaa..nak tengok..hahaha ngader² je ek..Tapi takpe..aku bagi jugakla..biarla doktor tu cek gigi anak aku tu dari jadi macam mak pak nya tak bercek gigi..6 bulan sekali kan kita patut buat pemeriksaan gigi? er betul tak? pfftt~

Sampaila hari kejadian, masa nak anta Aaron Ridzqy gi sekul aku pesan siap² kata, "Aaron nanti duduk diam² tau.Dengar apa kata doktor atau nurse ckp.Kalau doc kata bukak mulut atau nganga..buat tau".  Dia macam biasalah..budak zaman sekarang kan "Aaron taula mami"  pfftttt~ huh...On the way dah nak sampai taska, tiba² dia ckp "Mami, doc gigi tu nama dia Ravi kan?"  Aku macam.."eh..ye ke..mana Aaron tau..teacher tak bagitau mami pun nama doc tu apa?"  Dengan selamba je dia ckp... "mami ni..kan ada dalam upin ipin..doc gigi dia nama Ravi"  So aku pun..ouh ok..ye kan aje..Mak Pak yang tengok upin ipin taula apa yang anak aku cakapkan tu..hahaha terus aku terbayang Dr Ravi dalam cite tu "bulat bulat bulat bulat bulatttt"..hihihih

Petang macam tu aku dapat personal wasap dari teacher dia.Bagi gambar masa dia tengah cek gigi.hahaha..aku rasa sayu plak.Sebab pemeriksaan gigi pertama dia, aku sebagai ibu yang melahirkan tiada di sisi...aaaaaaaaaa.. ngader sangat..mihmihmihmih..


Kalau nengok cara menganga tu..mmg betul ikut pesan mami!
hewhewhew :*

Keesokkan harinya, pihak taska ada menghantar gambar² semasa pemeriksaan gigi pada wakil ibu bapa.So dapatlah tengok gamba dorang ramai²..so cute semua anak²..mesti berdebar semua kan.hahaha..










hihihih..seronok ek semuanya.Dengan teacher² pun seronok.Nampak muka Aaron secoet je.Dia memang tak suka sangat enterframe.Berlawanan betul dengan mak nye..ok.. blerghh....hohohhoho





Kalau dalam cerita Upin Ipin..Dr Ravi pegang gigi besa tu sambil gosokkan cara gigi yang betul.Dia akan cakap "bulat bulat bulat bulat bulat bulat bulat bulaattt"..hihihihihih...


So, kesimpulannya memang takde Dr Ravi dalam episod pemeriksaan gigi kat school taska beliau ek . hahaha..




S E K I A N


Happy Reading :*



* hati meronta²..KL Fes kat PWTC memanggil².Tapi bila terkenangkan Vendeur Festival minggu depan..hahahah







Tuesday, December 16, 2014

"Kisah Arjuna Beta"



Assalamualaikum Semua dan Salam 23 Safar :)

Ada masa mood aku memang totally kedaung.Malas.Malas.Malas.Nampak tak ada 3 M kat situ..hahaha..itu sebab aku buh tiga je..kalau tak boleh penuh entry ni dengan perkataan keramat tu..tapi dalam malas aku bukak juga blog cumanya nak cari idea untuk up entry tu sajalah.

Lama tak cerita pasal bujang seorang ni.Aritu 12hb November genap beliau 5 tahun.huhuh..hujung² tahun barula genap umurnye..Planning nak buat maciam-maciam..nak gempak²..tapi ukur poket sendiri jela kan.Janji ada.Takde pun takpe kan.Tapi bebudak sekarang ni pandailah mintak maciam-maciam..Nak begitu..nak begini.Aku rasa dulu nak mintak mak abah aku duit beli belon seketul pun rasa bergetar hujung bibir.hahaha tak berani beb.Penyudahnya memang tak mintakla.Ko simpanla duit belanja sekolah tu..kumpul la sampai berapa target ko nak beli barang.Sebab tu generasi zaman² kita ni dulu..dikatakan lebih berdikari.Generasi anak² kita ni..semua manja abak ang! Nak apa je dapat.Tak semualah..mana² yang dirasakan boleh la.Tapi still lah bagi aku..budak² la ni senang je dapat..huhuhu..time kita² dulu...payah nye haih..agree? 

Berbalik cerita bujang sorang ni. Hari kejadian aku cuma buat goodies bag dalam 60 pack utk school taska beliau.Kek sebiji.Pastu aku oder nasi goreng biasa untuk anak² makan kat school taska tu la.Kul 4.30 petang camtulah majlis bermula.Aku tunjuk muka kejap je kat taska tu.Rasa sesuap nasi goreng.Amik sedas 2-3 gambar.Pastu naik balik opis.hihihi..Biar teacher² handle anak² semua tu kan.

Yang best, gambar sambut besday kat school taska banyak yang takde. frust! (sambil ketap bibior)..huhuh...teringat masa time amik tu, batery nyawa² ikan.Agaknya aku tak save masa amik tu.huh.Dahla anak² siap senyum masa tu.Rasa nak nanges plak bila teringat. Kalau boleh putar masa, aku nak amik balik gambar² tu siap selfie dengan anak²..huhuh..mami sorry ye Aaron..huhuh..

Kek masa kat school taska :)




Balik keje, another celebration kat rumah gombak plak.Waahh..satu hari sampai 2 kek lagi.Maciam-maciam.Sambut gitu² je.Dengan cousin² dia.Budak² jela meriah.Kita dah besar² ni meriah biasa² aje kan.Gambar? Ada tapi dalam henpon orang lain.hihihi..

Selang sehari besday beliau 13hb Nov tu adalah besday Tok Ann.Sebabkan jatuh hari biasa kita drag dan celeb hari sabtu nya kat Cheras.Pun buat makan² biasa aje.Sesama family.Lebih ukhuwah..still ada kek jugak.Wahh..masuk 3 kek dah ni.Tapi kek ketiga share ler deme bertiga.Aaron, Tok Ann and Pak Ngah yang besday on 24 Nov.kira sambut in advance lah..hehehe


with Pak Ngah nye yang ke 34 :)

with Tok Ann yang ke sweet 55 :P


OK.Sambung esok² lah yek.

Bye!
Happy Reading :)






Friday, November 21, 2014

"Keberkatan Rezeki"



Assalamualaikum Semua dan Salam 28 Muharram. 





SUMBER: GOOGLE






Renung-renungkan.
dan Selamat Beramal.










Friday, November 07, 2014

"Kurma, Kismis & Madu"



Assalamualaikum Semua dan Salam 14 Muharram :)



Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. “

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN:

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.Puan²/Ibu² janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan²/ibu² buat, makanan-makanan manis yang lain puan²/ibu² jauhkanlah.Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah berkata: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah berkata: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.



2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali berkata: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali berkata: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.



3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali, beliau berkata: “Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq, beliau berkata: “Rasul SAW sangat menyenangi madu”.
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq, beliau berkata: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.



Credit to: 
http://badrulhisham.net
cahayapurnama.com
biroagamakerohanian.blogspot.com




Friday, October 31, 2014

"3 Hari"




Assalamualaikum Semua dan Salam 7 Muharram :)


RENUNGAN PAGI JUMAAT : ... HANYA ADA TIGA HARI DALAM HIDUP INI ... 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah .. 

Yang Pertama : HARI KELMARIN...
Kita tak bisa mengubah apapun yang telah terjadi ...
Kita tak bisa menarik perkataan yang telah terucap ....

Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan
mengulangi kegembiraan yang kamu rasakan kelmarin ...
Biarkan hari kelmarin lewat ..;
LEPASKAN saja....

Yang kedua : HARI ESOK ...
Hingga mentari terbit esok hari, ..
Kita tak tahu apa yang akan terjadi ...
Kita belum bisa melakukan apa-apa untuk esok hari ...
Kita tak mungkin tahu .., sedih atau ceria di esok hari ...
Karena Esok hari belumlah tiba ..;
BIARKAN saja ...

Yang tersisa kini hanyalah : HARI INI ...
Pintu masa lalu telah tertutup ...
Pintu masa depan pun belum tiba ...
Pusatkan saja diri kita untuk hari ini ...
Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal untuk hari ini ...,
Bila kita mampu melupakan hari kelmarin ...
Dan melepaskan ketakutan akan esok hari ...

Hiduplah HARI INI ...
Kerana, masa lalu .. dan masa depan .. hanyalah permainan fikiran yang rumit ....
Hiduplah dengan apa yang ada ...

Kerana yang ada hanyalah hari ini ...
Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat ..,

Meski mereka berlaku buruk kepada kita ...
Sayangilah seseorang sepenuh hati hari ini ..,
kerana mungkin esok cerita sudah berganti ....
Ingatlah bahwa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain ...
bukan kerana siapa mereka ..., tetapi kerana siapakah diri kita sendiri ....

Jadi, jangan biarkan masa lalu mengekang kita ...
Atau masa depan membuat kita bingung ....
Apapun juga yang patut kita buat ..,
buatlah dengan segenap hati dan Sepenuh jiwa raga ..

Berterima kasihlah pada orang yang telah melukai hati kita ..,
kerana dia telah membuat hati kita menjadi kuat ....
Berterima kasilah pada orang yang telah membohongi kita ..,
kerana dia membuat hidup kita semakin bijaksana ...

Berterima kasihlah pada orang yang membenci kita ..,
kerana dia yang mengasah ketegaran kita ...
Berterima kasihlah pada orang yang telah menyayangi kita ..,
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidup kita ...

Dan jangan lupa berterima kasihlah selalu kepada Sang Pencipta ..,
kerana itulah KUNCI KEBERKAHAN dalam hidup kita ...

Dari Seorang Sahabat Untuk Sahabat ..... 


credit: biroagamakerohanian.blogspot.com



Saturday, October 25, 2014

"Drama sangat"




Assalamualaikum Semua dan Salam 3 Muharram :)

Aku ni jarang layan drama² sangat.Bila dah terlayan satu drama, aku akan terjebak.Tak boleh tidak.Kalau tertinggal satu episod, gigih tanye orang² yang dah tengok.Pastu yang menyampah nye kalau dah terjebak cerita dalam drama ni, siap feel sekali. hohohoh..


Lepas abis cerita Rindu Awak 200% , aku macam sombong dan tak layan sangat cerita ni.hahaha..sebab mood zill faezrul tu masih membara dalam diri..hohohoh..tapi lama² makin layan plak cerita Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni.Mula² tak jugak sebab tengok si fahrin ahmad ni macam..umm bowrinkla.. hahah sorry abg luq..pastu ngk si Sara Ali ni..adoiii..senyumla sikit awak..Tapi bila part dorang dah berbaik² gi honeymoon kat Sabah tu..alahai..sweet pulak ek..Pastu aku geram ngk si Zita tu (Tasha Shila)..ieee..geram!!..pastu Sarah (Ika Nabila)..ieeee gerammnyeeeee..sebuk nak henyeh2..hahaha..emosi plak aku..cite ni nak abis dah..kelmarin nye episod buat aku geram sebab dorang nikah jugak sebabnye kene tangkap basah kat hotel.Huh! tatau sapa punya keje..Zita atau Sarah sendiri.So, tunggu hari isnin ok..hahaha..


Malam² sekarang aku layan drama jugak.Haa tu yang malas tu..Bila dah ikut satu cerita..terpaksa follow episod yang lain²..hehe terpaksa ek..choii sangat.Kasih Berbisik ni aku tak salahkan perempuan.Perempuan selalu jadi mangsa.Huh! Kesian tau.Kesian bini pertama.Kesian bini kedua.Sebab masing² tatau dorang dah dimadukan.Yang paling kesian bila dah ada anak..huhuhuh.. Rasanya nanti bini indonesia si remy ni Sulastri mati lemas kot ke camne aku ngk iklan dia aritu sebab kene serang dengan bekas kekasih dia lakonan keith foo..pastu remy terpaksa bawak anak dia ke singapore duduk dengan bini pertama.Memang meletopla kan..tiba² laki dia bawak balik anak..umur dah 5 tahun..huhuhuh..sedihnye kene tipu dengan cara macam tu kan.. :(


AMARAN: siapa ada darah tinggi janganlah tengok cerita ni..hahahaha.

Selamat Pengantin Madu.Ikutkan aku tak minat sangat pelakon² dia.Macam Fasha Sandha okla..Memang dia berkaliber dan sangat menjiwai watak.Tapi tak sangka dalam cerita ni..Eina Azman yang penuh kontroversi dulu dan Aiman Hakim Redza ni betul² best berlakon dalam cerita ni.hoiii..memang aku geramla dengan si Masmira (Eina Azman)..orang dah bagi betis..ko nak peha ek..iee geram betol.Watak Hana (Fasha) sangat baik dan tabah sangat.huhuhu..Kuat betul Hana.humm..kalau aku..aku ganyang dulu si Mas tu..hahaha..Tapi rasanya watak Kak Diha (Kuza) paling baik.Sebab dia tak api² kan Hana.Mungkin sebab dia taknak Hana terima nasib macam dia dulu.huhuhuh..episod malam kelmarin rasa menyampah giler sebab Zul (Aiman) dah maafkan si Mas..uwekk..menyampah..hahaha..



Oklah.Sekian review tak berbayar dari saya yang emos! hihihi...


                                                         Selamat Beristirehat :)