Wednesday, March 30, 2011

"Petang Ahad di Jejesko Wangsa Maju"

Assalamualaikum semua..

Sabtu lepas, seperti yang dijanji² kan dengan Mr Ajib..(saya berjanji nak belikan hadiah besday 10 Mac lepas) kami bertiga termasuk hero tecik ke Jaya Jusco Wangsa Maju..actually, hari tu dari cheras..so, lepas kenyang² dari rumah mak (konon save budgetlaa dah makan dari rumah) kami terus ke destinasi..

Sampai² je , nasib kami baik dapat parking depan² pintu masuk..(lega)..saya dah tak perlu jalan jauh sambil mendukung beras kampit 10 kg lebih ni..hehehe..(alasan yg sebenarnye adalah..saya dah dobok dah tak larat nak jalan jejauh..lepas tu ada hati pakai kasut tinggi cam cantek je)..hehehe

ok..Aaron bila suruh berjalan..mmglaa tak mau lepas..asik nak berdukung je..tapi sekali letak..naaaaa..agaknye kalau saya lepas pandang 1 saat saja..saya tak nampak dia dah..phewww..sekali lalu jeee..mencicit saya kejar die kesana kemari (maybe die rasa bebas agaknye kat situ)..sementara Mr Ajib tgh pilih² baju..ok kantoi..hadiah berupa baju lengan panjang berkolar ..(panjangnye..type ayat baju kerja sudahla kan)..ehehhehe..4 helai ye saudara saudari sekalian..tapi sebabkan sale..dptla beliau 4 helai..sebab saya kesiankan beliau, baju dia banyak benar belang²..tu kerja saya jugakla..tu yg saya ckp, lepas ni beli baju colour plain la pa..belang² mata ma ngk pa..hehehe...

pastu..jenjalan kat MPH..mcm biasa..kami suami isteri peminat setia novelis Ramlee Awang Murshid..nak tgkla kalau ada cerita baru kuar..tapi hampa..so, belek² buku yg patut..mcm biasa..Aaron berlari² dalam tu seolah² MPH tu Mr Ajib yg punya..hehe..

walau dah makan kat rumah...tapi mesti nak makan kat luar rumah..kenapa? sebab inilah budaya Malaysia sekarang..heheheeh..fast food..duit pun abis dengan se"fast" nyeee..tapi kami order yg ringan² saja..saya mmg dah kenyang betul (ok tgh berdiet)..ringan² pun Mr Ajib order set burger juga..saya cuma order set nugget dan share dengan hero tecik..sesekali die akan ckp "dapp nyerr..dap nyerr"..hehehe..kelakar..

pastu..agenda yg dinanti²kan..kalau ikutkan tempat..anak lebih suka..tapi sebab saya yg plan dari awal..saya yg over..hehe..tempat mainan kanak²...yippieeee (sian..kecik² tak merasa..harap dapat ke funfair je tu pun boleh bilang dgn jari berapa kali pegi..budak² zaman sekarang advanced)..Aaron mmg seronok sampai tanak balik..saya lagi bertambah seronok..semua tmpt mainan tu ada tulis "for kids only" tapi saya bantai duduk sekali..kalau jadik apa² kat Aaron cemana?(alasan..padahal bukan leh jatuh pun)..ok..so what? hehehe


Saya, Aaron Ridzqy adalah pemandu anda hari ini.

Sila duduk dengan tenang dan nikmati pemandangan di sekitar anda.

masa ni saya mula duduk dibelakang hero tecik..saya ckp pada die..
mami: aaron..bawak mami jalan² ye sayang..
Aaron: (pandang depan sambil jawab) okk

kemudian saya ckp lagi
mami: Aaron nak bawak mami gi mana ni?
Aaron: (dalam bahasa baby dia yg saya tak paham lepas tu jawab) ok (sambil pandang sekerin tu)


saya ckp lagi
mami: Aaron , mummy hot la..takde air cond ke?
masa ni saya dah gelak²
Aaron: (dalam bahasa baby dia..sambil jawab) ok dan (jari jemari terus tekan² punat tu)


Aaron..jom balik..

nanak! sambil paling muka..woo..eksen ye..tinggal baru tau

muka sedih ajak balik..hehe..suhla papa beli keta besar letak depan umah..
depan umah papa kan ada padang besar..keta kebal pun leh lalu..hehehe

saya dan Mr Ajib..pura² cakap nak balik..cakap "byee aaron..byee"
die wat dekkk je..

sampaila Mr Ajib tarik dia..hehehe..

pastu pujuk naik lagi satu kereta..die tak puas hati..nak nangis..
rupa²nya..dia tak puas seronok naik kereta yg sebelum tu..heheh..
takde takde..jangan manja sangat..jom balik...
byeeeeeeeeeeeeeeee..

Tuesday, March 29, 2011

"♥♥Happy Anniversary♥♥"

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini tarikh saya dan Mr Ajib bersatu menjadi sepasang suami isteri..Alhamdulillah syukur..dengan izin Allah, kami bahagia hingga ke saat ini dan semoga kekal ke akhir hayat..Dalam tempoh ini, macam² dugaan yang kami tempuh..semuanya adalah asam garam berumah tangga..

Utk Pa:

pa adalahh sahabat ma, yg sentiasa mendengar keluh kesah ma, tempat mengadu...pa adalah suami ma, tempat bermanja dan berteduh kasih..pa adalah pelindung ma dari segala ancaman dan ma rasa aman jika pa ada disisi..pa adalah pembimbing utk ma dan anak² kita..pa juga ibarat imam, ketua keluarga dalam keluarga kita....terima kasih pa..kerana menjadi segala² nya dalam hidup ma.. i ♥ u very strong (dalam hati ada taman~)
 dengan sekali lafaz..saya sah menjadi seorang isteri :)


saya tersenyum gumbira..hehehe



accehh



p/s: bila ngk² balik gambar..rasa mcm sayu je hati..kejap je masa berlalu.. (dan yang penting..cemana saya nak kurus balik cam dulu nih)...heheheh

Friday, March 25, 2011

"Kajian Kenapa Perlu Solat Awal Waktu"

Assalamualaikum semua..

Saya dapat tajuk ini dari email di ofis..Jadi saya panjangkan utk semua para pembaca mendalaminya..
Bersempena hari Jumaat yang mulia ini..saya post satu tajuk yang baik utk semua muslimin dan muslimah semua..semoga menjadi panduan dalam kehidupan kita bersama.insyaAllah :)

klik sini utk lebih lanjut --> kajian kenapa perlu solat awal waktu

Kita baru je meninggalkan bulan Rejab, bulan di mana satu peristiwa penting telah berlaku kepada Rasulullah – Israk Mikraj. Salah satu rahmat yang kita semua perolehi dalam peristiwa itu adalah kewajiban solat 5 waktu (yang asalnya 50 waktu, namun 5 waktu itu bersamaan pahala 50 waktu asal yang diwajibkan ke atas kita).


Semalam aku ada terima mesej dari seorang sahabat menceritakan tentang kajian kenapa perlu solat awal waktu. Mari kita luangkan masa sama2 untuk mendalami penemuan daripada kajian tersebut. Semoga memberi manafaat kepada aku & pembaca yang lainnya.


Solat


Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.

 
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

 
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

p/s: Jom solat :)

Thursday, March 24, 2011

"Wajah Pengarang Jantung Hati Saya"

Assalamualaikum...

orang kata..kalau nak sejukkan hati..lihat wajah insan² yang tersayang ketika mereka tidur..bila lihat wajah mereka sedang tidur..akan terbit perasaan betapa sayangnye kita pada mereka..betapa kasihnya kita pada mereka..(kalau takde...hehehe..anda kena berbuat sesuatu..maybe masa tu tgh marah ke kat pasangan masing² atau ada sesuatu yang berlaku disekeliling anda)..hehehe...

kalau macam saya..atau anda terutama ibu² ni..kalau lihat anak sedang tidur..ummmm..sayangnyeee kita pada mereka..kalau siangnye ada marah mereka..atau ada pukul mereka..waktu mereka tidur itulah..kita akan rasa menyesal (saya takde pukul lagi..marah² manja tu adalaa..hehehe)..

orang tua² pun ada kata..utk elakkan mata dari melihat perkara kejahatan..selalu² lah melihat wajah ibu dan bapa.. (ummm..saya yang duduk dekat pun..jarang jumpa mak abah) tapi saya selalu telefon Pn Jamaliah dan tanya khabar En Jamian sekali..ngk gambar je ok kot..hehehe..tapi pokok pangkal hati..baik niat kita..baiklah jadinya :)



***Pn.Jamaliah merangkul tangan En.Jamian***
hikhikhik

 ♫ Ayah dan Ibu....♪ Ayah dan Ibuuuuuu...♫ Itulahhhh...permulaann kamiiiii ♪
(sob sob..sedih kalau dengar lagu ni...huhu~)
Diana ♥♥♥ Mak & Abah


**gambar raya tahun 2007 kat kampung belah mak***


adik beradik saya..saya anak sulung..bawah saya satu²nya adik perempuan..nama dia Noorhaslinda..nanti saya akan ceritakan kisah adik perempuan saya bila tiba masanya nanti..ketiga, keempat dan kelima adik² lelaki saya..Mohd Amirul Hakim, Mohd Khairul Haikal dan Mohd Azrul Azmi (kecik² mereka..sayala yg jaga..walau dah besar² ni takmo dengar kata hikhikhik..saya tetap ♥♥♥ mereka semua)..


 ***Mr. Ajib***

saya sayangkan suami saya..hikhikhik..(tetiba shy pulak..mcm buat press conference) hikhikhik..walau kadang² perangai dia buat saya sedih dan marah..(geram + mcm nak tumbuk bertubi²)..tak baik..tak baik..durhaka nanti..tapi dia pandai amik hati saya semula (walau masa tu saya dah pujuk diri saya sendiri..lambat sangat..sendiri merajuk sendiri pujuk) hehehehe..tapi saya tetap sayangkan suami saya..dia..suami saya dunia dan akhirat..insyaAllah amin :) i ♥♥♥ u pa


***Aaron Ridzqy***

 
ouhhhh aiyakk..ini budak kilicik..sulahh pandaii nye pun membelontakkk..sulah pandai memukul-mukul..sulahh pandai nyee memarahii orang besaa dalii diaa sendili...sulah pandaii segale galenyerrrr..saya kadang² sulah tidak dapat mengawal pelasaan ini..hali hali seperti mahu menggigit ini budak kilicik kerana geram yang teramat amatttnyerrrr punnn.. hehehe..tapi apa pun peel budak tecik ini..mummy always ♥♥♥ you baby :)
 
ok..hari ni..saya OK dari semalam..kan ada ada pepatah mengatakan "hari ini adalah lebih baik dari hari semalam" so, mari semua kita senyummmmmmm....(♪ tak perlu kata apa²)

Wednesday, March 23, 2011

"Saya Stress???"

Assalamualaikum...

(seboleh²nye..saya memohon maaf..sebab saya tatau apa yg bakal saya typekan disini..mungkin membuat sesapa tersentuh hati atau apa saja..kerana saya sedang beremosi..saya cuma insan biasa..manusia yg lemah)

bila penat² atau tension di ofis..sudah tentu saya mahukan ketenangan bila balik di rumah..tak kisahlaa rumah mana pun..cuma ruang privasi saya tiada...tiada langsung...saya mulai buhsan tentang itu..kadang² saya menangis...saya cuba utk fikir positif..tapi semakin positif yg saya fikirkan..makin banyak negatif yg timbul..tataulaa kenapa..(dalam badan ada setan kot - ok senyum kambing)..

saya nak..bila balik rumah cuma ada saya, suami dan anak..saya tak perlukan orang lain! sampai ke situ fikiran saya..(saya dah kritikal)..bukan bukan..bukan saya tak perlukan orang lain..cuma..sesekali saya nak ruang privasi saya tidak bercampur dgn orang lain..itu saja..sesekali..

selalu saya fikirkan apa yg sebenarnye saya mahukan..kadang² sampai blank..tak bersyukurkah saya dengan apa yg ada ni..? bukan bukan..tidak sesekali..cuma sesekali manusia tak pernah puas..saya lemah tentang itu..tiada kekuatan langsung..

kalau saya di ofis..tension..atau banyak kerja sekalipun..Alhamdulillah..saya boleh laksanakan kerja saya..saya boleh bahagikan masa antara peribadi dan kerja..berilah apa saja..saya boleh buat..sebab saya tanamkan dalam diri saya utk menjadi pekerja yg baik..(merambu ramba pun..banyak cakap ke..janji keje betul dan siap...tangan dan mulut sama jalan..) kalau saya takde kat ofis 1-2 hari pun saya sudah siapkan kerja awal²..tapi tak kirala jika saya mc atau el tiba² atas urusan kecemasan.(cuma manusia kadang² ada sifat tak puas hati cari kesalahan orang lain..boleh blah la kau!)

saat ini..saya terfikir..adakah saya seorang yg stress??stress kah saya? setau saya..saya masih boleh mengawal emosi..(buat masa ini) insyaAllah..harap saya boleh cool..walau saya tau saya bukan Mat Kool..(ok tak lawak ye)..

cuma saya harap..saya dapat pegang kata² ini :

"kadang²..sesuatu yang kita sukai itu adalah perkara yang buruk utk kita..dan kadang²..sesuatu yang kita benci itu adalah perkara yang baik utk kita.."

insyaAllah..saya cuba kuatkan hati..fikirkan yang positif disebalik negatif itu.. (boleh ke aku?ngeee)

Thursday, March 17, 2011

"Additional Picture"

Assalamualaikum &  Selamat Pagi U Olls...

Ni tambahan gambar dari course yg saya hadiri tu..gambar² ini adalah masa hari Pertama Course..(ada pulak pic)..hehehehe

sementara peserta² wanita tengah belajar asas make-up..peserta² lelaki plak..tgh belajar cara² penjagaan muka..hehehe..mmg kelakar saya ngk..sebab tak penah ngk pon Mr Ajib nak cuci muka beria mcm ni..setakat pakai facial foam tu jela..tapi ni siap kene tepek dgn Mask (ok mereka tak dibenarkan berckp selama 15-.30 minit) mmg kejungla mulut..pastu tepek plak dgn moisturizer & toner..

mmg nampak "tersiksa"..sebab..Mr Ajib bukan lelaki jenis metroseksual..yg mementingkan penjagaan kulit..asal bersih sudah..asal tak bertaik mata sudah..asal bulu hidung tak terkeluar sudah..hehehe...


***muka mcm kene paksa kan***


***wah..ensemnye kamu²***


peserta wanita² plak..lepas abis session melukis muka sendiri..kami diajar sessi pemakaian tudung secara international..maknanya..cara pemakaian tudung ni tahap international lah..sesuai utk meeting²/seminar² yg melibatkan orang² luar..kemudian, kami kene balik pada group masing² carik sorang model dan reka satu pemakaian tudung tahap international ..katanya...  *__^

***credit to Noor for this picture***

jadik..dalam group saya..model lain takde..mmg sayalah jawabnye..sebab saya sorang yg free hair dlm group tu..abis saya diotter oleh Shima, Noor, Mariam & Azian..kak Ishah ngan kak Maz perati saja..masa ni..peserta lelaki dah takde..sessi dorang tamat sudah..

***ngeee..senyum feeling cantek..cantek ke?***

ok..group saya menang masa ni...bila saya ngk balik..masa 1st day course je saya pakai baju semegah sikit..masuk hari kedua (gambar² di entry sebelum ni)..cam amah je..saya tak sihatla..batuk² (alasan) hahahaa~ terbalik kan..orang hari pertama macam biasa²..hari kedua course baru improve..saya buat abis boreh yo..hehehhehe..

baiklah..."masa" dah "time"..megi ku suda kembang..hehehe :)


Tuesday, March 15, 2011

"Social Etiquette & Personal Grooming"

Assalamualaikum...

Gobek² pc..saya terjumpa gambar² ni..lama dah simpan..tapi nak post dlm ni saya tunggu mood..akhirnya sampai juga..Alhamdulillah...Ni gambar² selama saya menghadiri course dua hari..di ofis saja..ok laa tu kan..hehehe..overall saya boleh katakan course kali ini..pengisiannya sangat² terisi..maknanya..tak boring dan sangat best..penuh dengan aktiviti, kerjasama sesama rakan office yg sangat sporting..dan yg penting..speaker tu sangat friendly..    ^        *

ok..kalau tajuk di atas..tak sah kalau tak belajar bab dining etiquette kan..rasanya semua orang dah belajar bab ni..kalau tak teror pun..at least basic dah ada..kalau pergi hotel..kite tak perlu risau atau hafal apa yg perlu dan tak perlu ada atas meja tu (kalau tau pun lagi bagus, info yg berguna utk diri sendiri juga)..sebab yg sediakan semua peralatan adalah orang hotel..

macam² lagi bab yang kami semua dapat...jenis colour (warm, cool & neutral)..yin & yang..postur badan..ok kalau kite nak tau kaki kita panjang atau pendek..atau badan kita panjang atau pendek..contoh saya sendiri..
ukuran ketinggian adalah 154cm (comelnye aku?)..kemudian..dari paras punggung ke bawah hingga kaki adalah 76cm..so, 154cm-76cm= 78cm (balance ni adalah ukuran utk dari paras punggung ke atas hingga kepala..kalau beza adalah kurang 2cm..maknanya..body anda adalah balance dan ideal..(ok..puji diri sendiri)..Alhamdulillah syukur..jika kiraan anda lebih dari 2cm..jangan runsing..bersyukurlah..sekurang²nya..anda masih manusia yang normal..cukup sifat..tak gitu :)

ada banyak lagi bab yang saya nak share..tapi tak kesampaian pulak..hehehehe..kalau setakat nak bagitau pasal cara² makeup..korang smer advanced..kalau nak bagitau pasal fesyen pun..korang pun tau..macam saya bagitau tadi..kalau dah tau basic pun dah kira orait :)

kebanyakkan gambar adalah masa hari kedua..tatau kenapa hari pertama takde gambar..maybe over excited..so, layan.. :)


***diekjas sikit utk tujuan keselamatan***
hehehe


***suasana dalam course..ada 4 group kesemuanya***


saya mmg pantang nampak kamera..sampai jurukamera ofis pun give up ngk saya.."abang mal..ni baru jue sorang tau..geng divas tak cukup lagi nih" hehehe.. ok..yang lain² semua menyeringai..tapi tatau apa mariam buat..amek feel kot sebab masa ni kitorang smer kene "catwalk" miowwww~

eh ..eh..lupa saya nak inform..kebetulan Mr Ajib pun masuk course yg sama..yelah..kami husband & wife yg keje satu ofis..tapi lain² division..lain² floor..gi keje balik keje sama..tapi sampai ofis..die dengan hal beliau..saya dgn hal saya..kami jarang lunch bersama kecuali ada hal tertentu saja..terpulanglah pada persepsi masing²..asalkan tidak membawa imej yg buruk..bagi saya..anda membawa imej suami/isteri di pejabat..buruk saya..buruklah Mr Ajib (mintak simpang)..


***ok standby..letak buku atas kepala..Mary dah tak sabar kt blkg tu..grr grrr***


***aceh ceh..ceh..steady..steady***


***ok buku "menteng" lagi..kene amek plak benda kat bawah tu..***


***ok pas..tapi nak jadik model catwalk tak layakla..hehehe***


***masa ni tgh kusyuk dengar pasal dining etiquette..yela bajet lepas ni Mr Ajib ajak lunch kat hotel :) ***


***Mr Ajib dengan member,  Azhar..(sila betulkan postur dulu ye)***
gambar standard URTV / Mangga

***saya dengan Shima yang kontroversi..ko tak salah shima, org lain pun tak salah..yg salah adalah perkataan "kontroversi"..ko kan Shima Cute (tagline shima masa course)..hehehe***


***peserta wanita ***
bersama
Ms Hanim (Professional Grooming Consultant) & Ms Nicole (Business Development Consultant)
this two ladies dari Chapter One Asia Sdn Bhd :)

***peserta jejaka² dan teruna²***
perasan tak gambar² kebanyakkannya saya blurkan..tujuan adalah untuk keselamatan.
hahahaha..nampak selamat supaya tak nampak gemok "itu utk saya" hehehehe~

buhbyeeee



Friday, March 11, 2011

"We Both ♥ You"

Assalamualaikum...

Semalam (10 Mac) harijadi Mr Ajib..yang ke sweet 28..(ada sweet ke?) ngee..selalunye..kalau Mr Ajib kerja...saya akan beli bunga dan wat delivery..tapi disebabkan beliau cuti ada appointment dgn doc gigi lepas tu ada agenda dengan abang² beliau..macam save pula duit bunga tu..hehehe ^___* (apa orang lelaki takleh dpt bunga ke?)...saja² je..utk menyemarakkan lagi rasa kasih dan sayang itu..bukan orang lain pun.. :)

Petang, lepas saya training netball (wahhh..maen netball..ye ye..saya skrg sedang aktif kembali bersukan..badan dah gediut gediut nih)..Mr Ajib amik saya..kami celebrate di rumah saja..bersama anak dan ahli keluarga lain..menu cuma biasa² je..ada Ayam Blackpepper yang saya beli kat Tesco nun..(tq maknam sebab bawak aku..lepas tu kau pau aku air Each-A- Cup kan!), Kek HepiBesday yang ditaja oleh Abg Ipar dan Biras (Wardah)..tq tq..Sate ditaja oleh mak mertua..dan lain² makanan malam macam biasala..

Untuk pa:

Happy Birthday pa..semoga panjang umur dan murah rezeki, sentiasa dilindungi Allah S.W.T..terima kasih sebab menerima ma seadanya..terima kasih sebab menjadi suami yang baik..bertanggungjawab..sabar dengan karenah ma (hehehe)..Terima kasih juga kerana menjadi bapa yang  baik utk anak kita berdua..ma doakan supaya pa sentiasa menjadi insan yang berguna..anak yg soleh, suami yg penyayang dan bapa yg baik..tiada ucapan yg lebih indah ma dapat berikan..cuma cukup ma katakan.."Pa adalah perkara yang paling terbaik dalam hidup ma.." i ♥ u very strong!

***masa ni ceria sebab nyanyi lagu besday dgn petikan gitar..
tq abg ipar suami biras (wardah)***


Monday, March 07, 2011

"Perit"

Assalamualaikum semua...

Saya tak keje harini..saya mengalami batuk2 yang sangat hebat..tekak saya perit..rasa pahit maung..tapi makan ok lagi (pelik plak) ngeee~ ^__^

Disebabkan batuk yang saya alami dari semalam ini akan menganggu tahap kecergasan saya..dan tidak mahu orang lain turut terlibat dalam kebatukkan (betul ke?) ini...saya decide tidak pergi ke ofis..jap2 lagi saya akan ke klinik..tak larat dah kite..sampai sakit dada kite..kite dah bagi dah (eh..apa saya type ni) hikhikhik...

baby saya pulak..dah baik demam..kini ceri beri melanda..tapi Alhamdulillah..hari ni die dah ok..cuma saya nak monitor saja..macam saya dgn monitor (pc) ni la..takleh berenggang..terima kasih kepada abang iparku..kerana memberi keijinan pada adik iparmu ini utk memakai laptop dan berukben mu ini...heheheh...

salam cuti rehat :)

p/s: huh..teringat pasal berukben..dapat surat dari pejabat lawyer ke atau agen yg dilantik utk bayar bil..ahhh...kalau ingat saya bayarla..ngeee~

Friday, March 04, 2011

"Disamping Menuntut Kehendak Hati dalam masa yang sama Menuntut Tanggungjawab Sebagai Ibu"

ngaaaaaaaaaa~ (sambil nganga mulut luas²...) apa kes?panjang benar kan tajuk entry kali ini..ye panjang panjang (sambil angguk 2-3 kali)..sebab..ada kene mengena dengan entry saya yg sebelum ni..ala..yg saya kata down sebab perkara bodo tu..(senyum leper).. :P

dari tarikh pengumuman mengatakan Family Day ofis saya telah ditetapkan...saya mmg mengelenyor nak pegi..nak nak lagi..kawan² semua pergi kan..tentulah seronok..dan bertambah seronok..saya ada anak..tahun² sudah..saya bersama Mr Ajib..tahun pertama sebagai pasangan bercinta-cintun..tahun kedua..sebagai tunangan..jadi tahun ni..seronokla..sebagai suami isteri merangkap papa dan mummy..

mula² tu..mmg saya n Mr Ajib plan takmo pegi disebabkan kekangan masa dan hal keluarga saya..jadi kami decide..takyah pegila..ntah macam mana..hal keluarga saya pun setle..jadi bertambah la balik gelenyor saya nak pegi family day..pujuk punya pujuk..bagi punya bagi..Mr Ajib pun kata OK..hikhikh tak ke teman gelenyor..ok.. ^___*

sampaila hari Rabu..3 hari sebelum family day (sabtu)..dugaan pun mendatang...balik kerja tu..hero tecik saya demam panas..saya MULAI susah hati..dalam masa yang sama..saya duk fikir "mcm mana nak pegi family day ni".."ala takpe...jumaat ok kot ni"...saya fikir positif..cuba dan cuba..walau saya tau sekelumit hati saya dapat merasakan..anak saya bukan selalu kene demam..tapi sekali kene..ummm berhari²..makan hari..

Khamis..saya decide tak pegi keje..dengan harapan utk jaga anak saya..siang die ok..bila petang suhu mula naik..sampai 38-39oC..sian baby saya..lepas tu die jenis nak bergantung je dengan "milo" ..lepas sumbat ubat montot..baby saya ok semula..Jumaat...saya pergi kerja..tapi hati tak tenteram..sesekali telefon MekTeh bertanya khabar baby saya..sesekali meragam katanya..nak dukung saja..ummm saya faham..saya tau..mmg itu keadaan dia..

di ofis..saya susah hati..dalam masa yg sama fikir hal family day tu..saya nak pegii sangatt..bukan saja sebab nak pegi ada kawan²..saya nak pegi sebab nak merasa bawak anak saya..nak rasa bercuti-cuti dengan anak dan suami (lain kali kan ada)..tapi saya pujuk diri sendiri..lain kali masih ada waktu..fikirkan tentang anak..saya mula down..saya marah diri sendiri.."dah tau anak demam..tapi hati masih nak ke family day".."bodo betul aku ni..mcm tak boleh pegi lain kali"...keadaannya di sini ialah...walau saya berharap anak saya cepat baik..supaya saya dapat bawak die pegi ke family day..tapi saya tau ianya mustahil..semakin saya pujuk diri..semakin saya marah diri saya sendiri..semakin lebat air mata..

tak tak..saya bukan marah anak saya demam..bukan saya marah anak saya penyebab saya tak dpt ke family day..saya marah diri saya sebab nak melawan perasaan keinginan saya tu..saya menangis..malam sabtu tu..saya menangis sepuas²nya..sampai bengkak mata..dalam masa yang sama..saya pujuk diri saya dengan lihat anak saya yang sedang tidur..masa ni baby saya masih dedar lagi.."sian anak mummy..anak mummy demam pun..hati mummy nak ke sana lagi..sorry sayang..mummy jahatkan"... saya muhasabah diri..saya teringat kata² Doc Wati yang pesan pada biras saya (wardah).."JANGAN FRUST JAGA ANAK".. saya ulang perkataan tu dalam hati saya..berkali² saya ingat perkataan tu..

Mr Ajib pujuk saya..ye saya tau..kalau die tak ckp pon saya tau..saya kene lebihkan anak..antara hal family day dan anak..anak yang utama..masa ni Allah bagi ujian pada saya..sebab Allah Maha Mengetahui..Allah datangkan ujian ini pada saya utk lihat sejauh mana kasih sayang saya pada keluarga..

Allah itu Maha Mengetahui..Allah itu Maha Mengasihi..Sabtu yang tenang..Alhamdulillah..baby saya pulih dari demam..ceria saja..gelak²..siap berlari²..rupa²nya..gigi taring nak tumbuh..saya dah perasan sebelum² ni..tapi tak sangka pula di waktu² begini..saya senyum..walau sekelumit hati masih ada baki sedih..tapi saya redha..sudah cukup gembira lihat baby saya senyum..walau baby saya dah baik..kami decide utk tidak pegi juga..

yang buat saya rasa macam bodo itu ialah..saya bukak beg sandang yang selalu saya bawak ke ofis..baju family day masih ada dalam tu..ada dua helai utk saya dan suami..ada lagi sehelai baju baby saya yang saya order online dengan kawan² saya..kononnya nak pakai masa family day lah..ummm..bila nengok je baju² tu semua..teruss saya menangis selebat²nyer...macam kene tinggal pakwe..sampai baby saya dtg kat saya "ami...ami"..saya terus peluk die dan gelak..tapi air mata tetap maintain lebat..Mr Ajib pun pujuk "sudahla ma..menangis mcm kene tinggal pakwe je..pa kan ada sini"..mata saya tak usah ckp..macam mata ikan puyu..dah bengkak²..hehehe..

lepas semua keadaan dah kembali ok..saya pun dah ok..Mr Ajib buatla bahan kat saya..die memang jenis suka mengusik orang..mmg rasa macam nak menampar je..(durhaka pulak..tak baik tak baik)....ngeee~ tu yang bila saya duduk sorang²..bila saya ingat² balik..mmg membazir je menangis sebab perkara² macam tu..kalau menangis sebab anak tak sihat..kan lagi haru..jadi saya bersyukur anak saya sihat..

 bila masuk ofis..kawan² duk heboh cerita pasal family day..mmg hati saya sayu..sebab tak dpt join..nak nak lagi tgk gambar dorang yg kemaen mengelenyor...tapi perasaan tu..makin hari ke hari..dapat saya lawan..kini saya seperti sediakala...saya tak ke family day..saya ok!  :) ngeee~

p/s: pa..pa dah janji kat ma kan..haa janji tau..jangan janji tinggal janji..ni bukan KRU .. :P

p/s: hari ni harijadi adik perempuan saya..Happy Birthday Noorhaslinda (lendot)..ngeee~

p/s: hujung minggu ini akan dihabiskan masa bersama keluarga di Cheras..yea!

Thursday, March 03, 2011

"Tgh Cari Mood"

Hadoihhh~

Saya tgh mencari mood..dari minggu sudah..tak datang²mood tu..ni barula ada sikit..baru ada kerajinan..2-3 menjak ni..saya semacam down..tapi ni dah ok dah...nanti saya cerita sebab apa..

Bila ingat² balik..semacam nak gelak (okeh..mmg boleh digelakkan) sebab benda bodo mcm tu saya nak down..benda bodo ke?tak tak..tak bodo..saya mmg kepingin sangat..tapi saya frust..tapi dalam masa yg sama..ujian mendatang...saya kene tabah..saya kene lawan..akhirnya saya berjaya..walau beribu² air mata dibazirkan (hahaha~) tengkiu pa..kerana menceriakan ma..walau lepas tu die buat bahan pada saya (cehh)....Mr Ajib kata..saya boleh jadik pelakon air mata..ganti pelakon dedulu tu..Neng Yatimah..heeii...die ingat maen² ke..saya mmg pelakonlaaaa..jadik ibu kambing..(korang ada?) mbekkkk~ ^__*

okla..saya akan melawat (B.W) blog kawan² smer ye..insyaAllah..

Assalamualaikum :)