Wednesday, December 28, 2011

"SangRatoo's Wordless Wednesday #13"







***pic amek kat google saja***

saya NGIDAM nak ke sini lagi!








p/s: mood nak menaip agak kurang kebelakangan ini..bukan kerana kekangan masa..bukan kerana kekangan kerja...cuma MALAS yang tak lekang² dari saya ni..heheh :)


Wednesday, December 21, 2011

"SangRatoo's Wordless Wednesday #12"

like father like son.
ewah²..kakiii..
sambil makan "podedo"..


Wednesday, December 14, 2011

"SangRatoo's Wordless Wednesday #11"



Friday, December 09, 2011

"Tibalah Masanya"

Assalamualaikum Semua dan Salam 13 Muharram :)

ok iklan sekejap:
Saya rasa sejak saya berblog ni baru saya hafal bulan² Islam..(Astagfirrullahalazim) :)
Zaman sekolah rendah agama dulu..berlawan² hafal bulan² Islam..dah besar ni banyak lupa..buat² lupa barangkali...insyaAllah akan saya ingat sampai bila²....

Kalau 3-4 bulan selepas tarikh dinner diumumkan..saya tak berapa teruja macam dua tahun lepas (2009 & 2010) sebab saya kira saya semacam tidak join utk dinner  tahun ini..yelah..mengenangkan anak saya yg tak pernah saya tinggal²kan dalam waktu yg terlalu lama..dia tak biasa..dan saya sendiri tidak bisa.. :)

Tapi, bila saya dah bergiat aktif semula koir di ofis, dan koir perlu performed utk dinner , automatically saya wajib hadir dinner tahun ini..ayoyoyoyo..saya mula menggelabah..membilang hari..ouh..apakah akan terjadi nanti?saya asik fikir anak saya yg tercari² "milonya" bila dah waktu...ouh ouh..no no..cuak saya dibuatnye...bila tinggal lagi sebulan, stress maken bertambah...dengan nak hafal lirik..dengan komitment dan pelbagai "perkara" lagi..aduh..tensi mak nokk.. :)

Ouh ouh no no...utk dinner kali ini juga, saya langsung tak fikirkan baju apa saya nak pakai..seronok tengok kawan² saya duk fikir baju apa nak beli..tema segala..saya kadang² curi masa jugak cari baju dan tema yg saya verangan nak pakai..tapi dalam mimpi sajalah..hahaha...takpela..saya tumpang happy utk kawan² saya..yang penting, dah dpt pergi dinner  sudah satu rahmat utk saya :) Mr. Ajib? kali ini Mr Ajib berkorban demi saya dan anak..dia akan ambil alih tugas jaga anak..kalau ikut program koir akan abis persembahan dalam pukul 9 malam..Dalam waktu itu juga saya minta Mr Ajib bertolak dari rumah bawa Aaron Ridzqy jemput saya..Jadi, lepas je menyanyi, kalau Mr Ajib dah sampai, saya akan terus pulang :)

Dugaan tetap ada..Allah mmg sentiasa menduga umatNya..Baru² ni pun hari Rabu, saya terpaksa ambil EL..anak saya kurang sihat..sakit perot..bila dah pandai ckp..die sebut "mommy..sakit perot..sakit perot..sambil tertonggeng²"..sudah tentu saya ni rasa susah hati..badan pula ada sedikit dedar...ouh oouh no no..hati makin hiba..persembahan makin dekat...lirik masih ada yang tak hafal..dan saya dpt information dari kawan², ada step menari utk lagu² ni..ouh ouh no no...saya banyak ketinggalan...saya mula fikir bukan².."NAK TARIK DIRI" ouh ouh no no...tapi selepas bincang dgn Mr Ajib, saya cancel..saya kene tabah..apa yg saya dah mulakan, saya kene teruskan..no matter what..kesian kawan² saya..nak² lagi kumpulan Alto semakin berkurangan jika saya tarik diri.. 

Alhamdulillah, dalam satu hari saya ambil EL, anak saya semakin  baik..maybe dia perlukan saya..dan saya mmg perlu luangkan masa utk dia kerana training koir agak lewat abisnya..Tapi saya tak pernah tunggu sampai tamat kelas..dan hari ni, tibalah masanya..tibalah saatnyaa..selalu saya fikir apa akan jadi kalau saya pulang lewat..menangis agaknye Aaron Ridzqy tercari² saya..siannyaa anak mommy...Anak mommy kene kuat ye sayang..

Malam ni,
penentunya...


tunggu ye kesinambungan cerita ini :)

♫Owimbowe..♪Owimbowe♪..Owimbowe..♫

Tuesday, December 06, 2011

"♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪"

Assalamualaikum Semua dan Salam 10 Muharram :)

Apa benda kat tajuk di atas tu?Kalau dulu zaman sekolah rendah, masa belajar kelas muzik, sambil pegang rekoder masing², cekgu muzik akan kata "ok semua..tengok taugeh² ni.."  hehehe...masuk sekolah menengah, er..tak ingat dah..ada ke kelas muzik? takde takde..hehehehe..terus lupa not not lagu masa belajar sekolah rendah dulu...rekoder pun ntah kemana...umm..GITULAH..melayu mudah lupa..

Menyanyi mmg minat saya...tapi takla sampai nak jadi penyanyi..hehe..sore saya biasa² je..kalau jadi artis..buat malu mak abah saya je..hehehe..tapi kalau ajak karoks..humphhh..saya antara kaki² nya..Masuk kerja, bila saya join koir di ofis, baru saya kenal 'taugeh²' di atas tu..hehehe..sebutannya adalah Krocet. Bukan teknik menjahit sulam krocet tu ye..Saya join koir ofis dari tahun 2005 tertubuhnya kumpulan ini..masa tu saya di zaman single mingle..

 2005

ok..cantek tak headgear kitorang..hehehe.... :)



2006 ada juga..tapi gambar koir mcm kurang..sebab masa tu sibuk sangat menari utk dinner..bajet retis sangat..tahun 2007 begitu juga..bajet retiss..gambar koir lebih kurang mcm menari juga sebab saya dan 4-5 orang kawan² menyanyi koir dengan baju menari..sebabnye..gap antara koir dgn menari dekat sangat..tak dan nak tukar baju..retis kan..hehehehe

2008




Masa ni..banyak gambar² koir..tapi saya publish satu cukupla ye..hehe..tahun itu juga antara tahun gemilang saya sebab naik pentas kali kedua amek anugerah khidmat cemerlang..ouh..hampir lupa..waktu itu saya tgh mengandung kali pertama..dan beberapa hari selepas dinner itu saya masuk ke wad utk "cuci"..kerana kandungan tidak membesar seperti sepatutnya :(

2009 saya sudah "berehat" dari segala aktiviti seni di ofis..baik menari atau koir..sebabnye saya tengah preggy kali kedua (Aaron Ridzqy dalam perot)..2010 juga begitu..kerana baby saya masih kecil waktu itu dan saya masih fully breast feading..rasa mcm tak sanggup nak tinggalkan anak walau hati meronta² nak menyanyi..(bajet retis sekali lagi)..hehehe

dan kini...2011

Koir kali ini, ia ibarat satu ujian utk saya..membahagikan masa sebagai isteri kepada seorang suami..sebagai emak kepada seorang anak...suami sudah tentu memahami..anak walau tidak faham...rasanya sudah cukup besar (sudah 2 tahun) untuk mommy nye tinggal²kan dalam waktu yg agak lewat lepas abis kerja..Pada mula saya ambil keputusan utk kembali dalam group ini memang agak sukar...Tapi setelah berbincang dari hati ke hati bersama suami, kerana minat saya..dan saya yakin boleh bahagikan masa.Alhamdulillah, suami dan anak cukup sporting dgn situasi mommynye.. saya ♥ suami dan anak! Saya berharap juga "keadaan keliling" memahami situasi saya..Tapi saya pasti tidak.....

 

Saya belum bersedia utk bercerita lebih lebar..cuma saya berharap, Jumaat ini segalanya berjalan seperti yang dirancang..Saya tak bisa berharap..kerana saya takut untuk berharap lebih tinggi..Walau badan saya disini, fikiran saya menerawang teringatkan pelbagai "perkara"...banyak benda yang saya perlu tempuh..banyak benda yang perlu saya ambil sebagai cabaran..yang saya boleh katakan.."Hidup ini bagaikan perjuangan..teruskan perjuangan selagi hayat di badan" sampai migrain dibuatnye..hehehe (eh boleh gelak lagi?) its theraphy ok :)

Ok, saya masih lupa² not lagu..(abislaa..Jumaat je nak perfomed)..takkan saya nak miming kan? hahaha..gile! sian kawan² ceh ceh ceh...Jadi, saya akan ambil ujian ini sebagai cabaran saya.InsyaAllah, saya dan rakan² akan perfomed sebaik mungkin..

Jumpa lagi :P






p/s: Kalau tiga tahun lebih boleh bertahan..takkan utk sehari tak boleh? :D

Friday, December 02, 2011

"Saya dilanda OMBAK"

Assalamualaikum Semua dan Salam 6 Muharram

Saat ini, emosi masih terganggu...
Saat ini, perasaan masih terusik...
Saat ini jua....hati bercelaru...

Aku tidak sekuat itu...
Aku tidak setabah itu..
Jika ombak persis itu datang....aku pasti lemah..

Tangisan ku berlarutan...
Hiba ku berpanjangan....
Aku masih tidak boleh melupakan...
Kerana aku terlalu merindui...

Bayu yang meniup dari kejauhan...
Terasa ketika rambut ku dibelai...
Buih buih di pasir bagai mengerti...
Betapa sukarnya rindu ini...
 
Deru angin...
Datanglah padaku..
Deru ombak...
Segeralah padaku...
Kerana aku terlalu merindui...
Ombak Rindu.
 
created by me 3.30pm
 
 
 
 
p/s: semuanya gara² Aaron Aziz dan Maya Karin dalam cerita ini..tskk tskk..betapa sukarnya menjadi seorang wanita yang tabah seperti Izzah (Maya Karin).

Thursday, December 01, 2011

"HPV"

Assalamualaikum Semua dan Salam 5 Muharram :)

Semalam saya dan dua orang kawan, ambil injection HPV untuk dos yang pertama.Ada tiga dos kesemuanya.Dos yang kedua selang sebulan iaitu 30hb Dis nanti..dan dos yang ketiga selang 5 bulan iaitu 30 May 2012.

Apa itu HPV?
Virus papiloma manusia (HPV) ialah sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum.Setengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu.HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser 'berisiko tinggi'.

Apakah hubungkait antara HPV dan Kanser Pangkal Rahim?
Kebanyakan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapan bulan.Jangkitan oleh  HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) perlu berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim.Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan.Tetapi dalam kes tertentu, jangkitan akan berterusan menyebabkan ia menular menjadi kanser pangkal rahim.Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun.Justeru langkah mendapatkan perlindungan daripada HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) adalah amat penting.

Bagaimana HPV disebarkan?
HPV ialah sejenis virus umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan, oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita, tanpa mengenal usia atau gaya hidup.Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan.Dianggarkan bahawa kira² empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka, walaupun jika mereka hanya ada seorang atau dua orang pasangan seks.

Adakah saya/anda masih menghadapi risiko jangkitan HPV jika sudah berkahwin?
Risiko jangkitan HPV bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita.Dianggarkan bahawa sehingga 80% daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka.

Adakah kondom mengurangkan risiko jangkitan HPV?
Kondom mengurangkan risiko tetapi tidak memberikan perlindungan sepenuhnya.Sepanjang hayat, setiap wanita menghadapi risiko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim.

Apakah Pap Smear?
Pap Smear ialah satu ujian yang pantas dan mudah untuk mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim.Biasanya sel diambil daripada pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan.

Bolehkah Kanser Pangkal Rahim dicegah?
Sehingga baru² ini, satu-satunya cara untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah menerusi ujian Pap Smear dari masa ke semasa untuk mengesan tanda awal penyakit.

Apakah Kanser Pangkal Rahim?
Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus), justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks.Serviks mengubungkan badan uterus kepada vagina (salur kelahiran).Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal.Kanser boleh merebak ke bahagian lain badan.



Tetapi tahukah saya/anda...Kanser pangkal rahim boleh dicegah.Kita semua boleh memainkan peranan membantu menyelamatkan wanita daripada kanser pangkal rahim.Vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV dan Kanser pangkal rahim boleh didapati sekarang.Berbincanglah dengan Doktor anda untuk melindungi diri anda dan orang yang tersayang.

LINDUNGI DUNIAMU
BANTU BASMI KANSER PANGKAL RAHIM

Sebuah pesanan kesihatan awam yang dibawakan kepada anda oleh:



Saya pernah menghadiri 'Talk' mengenai Kanser Pangkal Rahim ini di klinik ofis saya bekerja.Sesuatu yang mengejutkan kami ialah, wanita berisiko menghidap Kanser Pangkal Rahim adalah berpunca dari lelaki (pembawa).Dimana wanita sebagai (penghidap) kerana memiliki pangkal rahim.



Saya sudah.Anda bila lagi?

p/s: lenguh bahu selepas ambil injection semalam :)



Tuesday, November 29, 2011

"ZOO"

Assalamualaikum Semua dan Salam 3 Muharram :)

Saya dah lama tak ke zoo..Isnin baru ni, dapatlah saya jejakkan kaki ke situ setelah sekian lama..rasanya last dulu zaman sekolah rendah..masa zaman rombongan..kalau tak dpt pergi..harus hentak kaki dan muncung sedepa...

Akhirnya, setelah plan banyak kali, Isnin semalam, barulah dapat realisasikan rencana yang banyak kali tertangguh dan terpotong stim..hehehe..mmg susah nak himpunkan kami bertiga dgn suami dan anak masing²..ada je agenda yang perlu diuruskan..kalau sabar..dan ada sedikit usaha, sudah pasti berjaya...yea..kami berjaya..

Inilah dia..memperkenalkan watak² utama..


***The Best Biras Forever***
(InsyaAllah, kekal sampai akhir hayat)


Sebab apa saya kata begitu, so far saya mmg dah kenal rapat dengan yang tgh tu..kalau org yg kerja sebangunan mmg dah tau kami mmg rapat sebab dah bestren kan..tup tup..alih² die bertemu jodoh dgn abang ipar saya no.1 di hari perkahwinan saya..di mana abang ipar saya tukang amek gamba...dan dia pulak pengapit saya..(kau ngorat abang ipar aku nak gambar free kan? dasarrrr ) hahaha~

Yang belah kiri pulak..biras saya no. 2 Suhaizi nama diberi..kitorang panggil Izi je..kerja sebangunan dgn suami beliau iaitu abang ipar saya no 2 dan abang ipar saya no.1 tadi....hai..dah mcm berjanji pulak ye..semua tu ketentuan..hehehe

Kitorang suka plan keluar tiga family..selalunye banyak tak jadik..tapi semalam..jadi..heheh..Alhamdulillah..berbalik kepada cerita Zoo tadi..perasaan saya masa sampai ke entrance Zoo adalah berdebar²..teruja..rasa mcm nak terberak..termuntah..semua ada..orang offer sandwich pun tak lalu..saya duk terfikir..kalau lalu cage singa ke..harimau ke..tiba² minatang tu terlepas..kat mana saya nak lari?hahaha~ ridikles laa kau ni..hehehehe...

Ouh..semalam adalah hari ramai sedunia..ramainya manusiaa..Aaron Ridzqy mmg teruja..terlompat² sana sini..tak lalu nak kejar..tak lalu juga nak dukung..mmg itu saya beri pada Mr Ajib..saya ingat nak naik coo coo train..tapi ikut kata ramai nak jalan²..dapat menikmati pandangan..ok baiklah..lagipon  abang ipar saya no.1 die bawak kamera canggih..silah percaya..silalah booking dia utk gambar² event..sangat ohsem.. :D (aku tolong promote ni..)

Rasanya zaman kecik² dulu macam murah je entry..sekarang ini, dewasa saja sudah RM20 (with MyCard) itu pun tidak termasuk harga ke Taman Rama² dan Serangga..RM30..kanak² bawah 2 tahun adalah free..kami semua pilih pakej RM20 saja..itupun ada 2-3 tempat kami tak jejak..tak larat sudah..hampir 3 jam lebih kami berjalan..sampai melecet kaki saya walau pakai selipar Roxy saja (perlu ke aku nak mention brand selipar ni..ntah ori ke tidak?) hehehe.. :P kalau naik coo coo train, RM2 adult/child (sama je harga..rumusan:saya sanggup bayar coo coo train) hihihihi


***ni lah abang ipar saya no. 1 bersama biras no. 1 merangkap kawan..hye kakal***

***ni abang ipar saya no. 2 bersama biras saya no.2..hye akram n faris :)***

hehhe..anu..erm er..anu..ni lah saya bersama suami merangkap adik no. 4 kepada abang² ipar saya tadi..heheh.."hye aaron ridzqy..kan mummy dah ajar..senyumm bila nampak kamera..walau kamera tak amek muka kite..practise ok.."hehehe
ouh..abang ipar saya no. 3 tiada dlm gambar kerana..belum berkahwin dan berada di Penang ketika ini..anyone interested?nak jadik biras saya no. 3 mungkin?

Kebanyakkan binatang² ketika sampai..mcm pemalas je..hahaha~ maybe sebab pagi lagi..enjin belum panas..tapi cuaca sangatlah ok..pemandangan pun cantik² juga..tapi ada sedikit bau lah..hehehe..takkan nak expect bau perfumed kann..lepas tu contoh mcm singa ke harimau ke..mcm dah tua benar rupanya..heheh ..saya agak, singa ngan harimau yang saya nengok semalam, adalah sama masa zaman saya tadika dan sekolah rendah..boleh? :P

saya suka gambar kangaroo ni..mcm hidup..mcm die nak keluar lompat dari pc ni.. :)



jate: ling...kite nak ada berapa ekor anak lagi?
tino: tunggulah saya abis pantang dulu bang..penat ni..


ingat nak buat tajuk The Crazy Safari..cantek kan..siap ada batu caves belakang tu..hebak! hehehe

ouh hebak hebak..ni lagi hebak kawe ghoyak..tatau mana datang keberanian Mr Ajib nak bergambar dgn ular ni..sorry..saya dah duduk jauhh dari kawasan tu..anak saya Aaron Ridzqy pun duk belai²..yelah..die anak lelaki..patut beranilah mcm papa dia..kalau die ikut saya..hehe..nak buat mcm mana.. :P (alahh...pa tu takut sebenarnye..padahal ada je gambar berpeluh² tu kan..abang yem dah edit..)

ouh..jangan cabar saya..saya pun berani juga..naik atas binatang ni..naik kuda ke lembu ke apa ntah ni..hehehe..ok..kuda tipu..Aaron Ridzqy dah kepenatan..meroyan ajak balik..ehehe sory sayang..papa kamu cabar mummy..mummy kene balas cabaran itu..tu yg ajak kamu naik sekali..hahahaha~


Peace No War :) cubaan peace dari Aaron..hehe..Faris, Kakal, Aaron & Akram..
Kakal dah lebar dari abang Aaron..hehehe

time rehat..semua orang dah kepenatan..masa ni depan area yg saya kata The Crazy Safari tadi..mmg ada tempat duduk..boleh beli aiskrim keropok bagai..tapi kitorang dah beli siap² makanan kat luar..mahal derr..cuma beli aiskrim saja di situ..yela..it's very hot..kemaen Aaron Ridzqy..makan keropok bukan²..excused utk semalam saja ye..

oklah..dah nak balik..Aaron Ridzqy mcm nak berkawad pun ada..yela..mummy suka berkawad kat ofis ni..hehehe..apa² pun..sesibuk mana pun u olls..luangkanlah masa yg sedikit itu bersama keluarga..quality time itu penting ye u olls..jangan lupa ibu bapa..sayangi mereka..



p/s: sakit kaki semalam tak abis lagi..tsk tsk..

Friday, November 25, 2011

"Setiap Kali"

Assalamualaikum Semua dan Salam 29 Zulhijjah :)

Iklan sebentar :

Hari ni adalah hari Jumaat terakhir utk tahun ini..(saya petik dari blog kawan sebangunan)..Hari Ahad ni kita akan memasuki Tahun baru iaitu Awal Muharram..sama² lah kita memohon maaf dari semua orang..tak lupa juga memaafkan sesama insan..insyaAllah.Semoga perjalanan hidup kita lebih berkat.



***************

Setiap kali 25hb saya mesti teringat kali pertama saya bertudung..bukan tak penah pakai tudung sebelum² tarikh itu..tapi itulah hari pertama saya memakai hijab secara official nya..pernah juga insiden saya terlupa memakai hijab akibat kekalutan saya sendiri (gara² Aaron Ridzqy jatuh sampai koyak bibir dan kene jahit) .Al-maklum, waktu itu masih baru² lagi menjadi seorang wanita yang berhijab.. (sekarang ini pun saya masih belajar dan ingin menjadi muslimah sejati) ..


Setiap kali 25hb juga...saya mesti teringat kes saya menangis..hari kedua saya pakai hijab..saya mengadu dengan Mr Ajib di malam hari...tapi Mr Ajib duk gelakkan saya..dia kata kes saya itu perkara kecil saja..tak perlulah sampai menangis..hehehehe..saya mengadu kata stok tudung dah takde..apa nak pakai esok ni? sob sob sob..takkan ma nak bukak tudung plak (ishh..ni ayat pembuka kata ni sebenarnye..hehehe) Mr Ajib punya solution adalah "laa tudung mak kan banyak..pakai jelah" huh..takkan saya nak otter tudung mak dia pulak kann..dari size  XL ke size S..(cis..perasan mcm wajah kecik sangat)...hehehehe..Mr. Ajib keluarkan sejumlah wang dan kata "nah amek duit nii..jangan nangis..esok gi beli tudung" sambil kesat air mata saya..huhu..tsk tsk..sob sob..(tiba² waktu itu saya terbayang JALAN TAR..syurga tudung)..tengkiu pa..muahh


Setiap kali saya teringat²kan kejadian hari itu..buat apalaa saya nak menangis kan..heheh ..ye..saya bukanlah seorang yang merancang nak berhijab..mmg niat itu sudah ada tapi saya tatau itulah harinya waktunya utk saya bertudung..saya tak membeli stok tudung banyak² dan baru fikir hari apa nak pakai..mmg saya ada terniat begitu..tapi semuanya berlaku secara spontan..saya tatau kenapa 25hb Julai (Isnin) itu yang buat saya kuat utk berhijab..

Apa² pun..Alhamdulillah..saya bersyukur..semoga dalam pada kita berhijab...hati kita juga bersih... (InsyaAllah)



Friday, November 18, 2011

"Contest Candid Time"

Assalamualaikum Semua..

dan ini adalah entry kedua untuk hari ini..
saja nak join contest ini sebab hadiah agak menarikss juga..
tq to Mummy Ayish yang sudi tag.





Mari lihat syarat² peraduan:

#Wajib follow blog Munna supaya senang untuk mengetahui perkembangan contest ini (done!)

#Buat satu entry tentang contest ini bertajuk "Candid Time Contest" (done!)

#Letak banner dekat atas tu dalam entry yang korang buat (done!)

#Sertakan satu gambar CANDID korang tak kisah beramai² atau individu (done!)



menangis?meneran?bersin?hahaha

***CANDID KE GAMBAR NI?***




#Tag 2 orang dan wajib inform diorang tentang contest ini (done!)

dengan ini saya menge"tag"





senang bukan.....bagusssss..

Contest ini ditutup pada :

13.12.2011




T.A.M.A.T

apa² pun pada You olls yang berminat..mari klik link ini ye..

"Batal"

Assalamualaikum Semua dan Salam 22 Zulhijjah :)


(muka malu²)...er..er..kite nak cakap..ummm er... (kau ni mintak pelempang ke apa ni??)..emm..er..hehehe..malu plak..er..cemana eh..



(suasana kok sepi)





suara ala² penyampai mohor besar.."DENGAN INI SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA..DIET SAYA TELAH BATAL"..(dah batal lama dahhh ponnn)


hahaha...rasa lega lepas buat pengakuan berani ni..bukan apa..rasa mcm hipokrit je..(ayat takleh bla)..ok ok..saya cuma nak cakap..saya sedang mengalami proses tumbesaran badan..bukan baby² dan anak² kecil saja mengalami proses ini ye..orang dewasa boleh juga..hehehehe..


saya bukan apa, masa bulan puasa lepas mmg saya diet tak makan nasi.tapi takpelaa sebab bulan puasa mood tak makan tu mmg tak berapa mari.masuk raya? apakah saya boleh diet dgn segala lauk pauk itu?ok ok..saya bagi diri ini excused selama beberapa hari..kemudian saya sambung semula diet.. ok..nahh..manusia kan..memang suka berjanji saja (aku ada janji ke?)..tapi jarang sekali menepatinye..(eh ye ke?)...hehehehe...

sehinggalah ke hari ini, saya rasa diet yg saya amalkan tu batal jela nokk..sayang betul..tapi nak buat mcm mana...saya semacam tak boleh laa tak makan..aduhaiii..ok boleh kurangkan pengambilan menu makanan tu..tapi nanti saya cepat lapar semula..aduiii...umm tapi saya rasalahh..salah satu sebab besar..puncaa yang saya asik makan ni..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

"mommy..nak isap "milo"...bolehlaa..sekali je"
(ceh ceh..nak salahkan anak pulak ni)



hehehehe..takpela sayang..demi kamu..mommy redha..tapi takleh gak..nanti mommy tembun mcm nenek ngan makcik kamu..tanakla..hahaha (berani mati punya statement)..ampunnn..heheheh..jangan marah yeh pa..hehe..ma ikhlas ni.. :P uwekkk



S.E.K.I.A.N.

Thursday, November 17, 2011

"Surprised"

Assalamualaikum Semua...dan Salam 21 Zulhijjah :)

Ingat lagi entry saya mengenai Zentel? Yang saya ambil sebelum ini untuk anak saya tapi saya tukar fikiran.Saya yang makan sudahnya..sedap je rasa..rasa mcm Scott Emulsion perisa oren tu je..mmg jadi kebiasaan pada saya, kalau ada ubat² je saya akan rasa dulu bagi pihak anak..hehehe..konon² nak merasai apa yang anak rasa..tapi kalau bab injection tu takdelaaa kann..(gitulahhh kau..emak mithali kononnn nye..hehehe)

Hari nie, kehadiran geng divas tak mencukupi..Ada yang migrain..(gitulahhh...alasan kan)..ada yang mc..Tengahari tadi tak kemana² dgn baki geng divas..tinggal saya dengan sorang rakan lagi.Yang lain² plak ada yang ke kedai kek nak buat kek red velvet katanya.Saya doakan beliau jadi buat kek itu dan yang penting, sila bawak bagi kawan² rasa ye..hehehe..ada juga keluar dgn rakan² lain..reunion katanya..hehehe..

Lepas sesi makan, saya ngan rakan terus ke klinik.Ambil bekalan ubat² an..Saya plak ambil Zentel utk anak bujang saya.Disebabkan sudah genap 2 tahun, doc bagi dua botol..Satu botol 10ml sekali makan..selepas dua minggu makan satu botol lagi..baik paham..  :)



"Aaron Ridzqy..awas kamu!!"



"mommy got surprised for youuu..come to mommyyy"

***sila abaikan mulut itu***

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


hoh..Zentel? what the fish is that!

"Dont come any closer mommy.."

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



"or i shoot youuuuuuuuuuuuuu...trrr..trtttttt..tetttt..trtttt "






Sekian edisi merepek meraban :)


Wednesday, November 16, 2011

"Marah"

Assalamualaikum Semua dan Salam 20 Zulhijjah :)

Pernah rasa marah?Sebab apa marah?Apa kesan selepas marah itu?Lebih lega?Lebih puas hati?Puas hati dan lega itu lebih kepada diri sendiri..tapi kesan yang menerima amarah itu?Bagaimana?Sakitkah?Menangiskah?Pergaduhan berlaku?Bermusuh mungkin? ye..apa saja kemungkinan selepas marah itu lebih buruk kesannya dari yang baik..

Nampak serius je..takde apa..saya saja nak buat entry berkenaan marah...Mari baca lebih serius selepas ini..



***buat muka serius***



Mengawal dan Menguasai Sifat Marah

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


Cara-Cara Untuk Mengendalikan dan Menguasai Kekuatan Amarah.

             i. Merenung ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis Rasul.

 
Keutamaan menahan marah, bersikap sabar dan memaafkan orang lain adalah sifat peribadi orang-orang mukmin.

Rasulullah juga bersabda:
Tidak ada seorang hamba yang menahan amarahnya melainkan Allah akan memenuhi hatinya dengan keamanan dan keimanan.” (HR Abu Dawud)

 
Sabda baginda lagi:
Janganlah kamu marah, nescaya kamu akan masuk syurga.” (HR Thabrani)

ii. Mengingat kekuasaan Allah Ta’ala

Kekuasaan Allah ke atas diri kita adalah lebih besar daripada kekuasaan kita ke atas orang yang kita marah. Seandainya kita melepaskan rasa marah kepada orang berkenaan, kita tidak akan merasa aman dari murka Allah kepada kita pada hari kiamat. Ini bererti kita harus memaafkan orang lain agar kita mendapat keampunan dan kemaafan dari Allah.




            iii. Mengetahui bahawa menahan marah dan memaafkan bukan bererti lemah.

Menahan marah dan memaafkan orang lain bukan bererti suatu kelemahan dan kehinaan, bahkan merupakan suatu kekuatan dan kemuliaan, baik di mata Allah mahu pun di mata manusia yang berakal. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (Muttafaqun ‘Alaih)


iv. Mengingat Akibat Buruk Melepaskan Rasa Marah

           Memperingatkan diri akibat buruk permusuhan, dendam dan komplot jahat orang yang dimarahinya melakukan pembalasan dendam.

Jika seseorang tidak terpengaruh dengan balasan buruk di akhirat, maka ia perlu membayangkan bahawa bahaya di dunia akan dialaminya akibat melepaskan perasaan marah.




             v. Berlindung kepada Allah.

               Kita perlu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk kerana 

               amarah adalah bisikan syaitan.


             vi. Mengubah Posisi Badan


Nabi S.A.W. bersabda:
Apabila salah seorang kamu marah, sedangkan ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika dengan duduk marahnya belum reda, maka hendaklah berbaring.”


Pentingnya mengubah posisi badan kerana dalam keadaan berdiri seseorang itu lebih bersiap untuk melepaskan marahnya dan lebih mudah untuk melakukan tindakan pembalasan. Berbeza dengan posisi duduk dan berbaring yang relatih lebih jauh untuk melakukan semua itu.




              viii. Berwudhuk


Marah akan menaikkan suhu badan, sehingga darah ‘mendidih’ dan emosi memuncak. Maka dengan berwudhuk, air akan mampu menyejukkannya dan mengembalikannya kepada keadaan normal. Dalam sebuah khutbah, Rasulullah bersabda:
Ketahuilah bahawa marah adalah bara yang menyala-nyala dalam hati anak Adam.” (HR Ahmad)


Di samping itu oleh kerana marah datangnya dari syaitan dan syaitan diperbuat daripada api, maka airlah yang boleh memadamkannya.


Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya marah itu dari syaitan, sedang syaitan diciptakan dari api, dan yang dapat memadamkan api hanyalah air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk.” (HR Ahmad).




vii. Diam

Bila seseorang marah, berusahalah untuk tetap diam dan tidak berkata-kata. Ini adalah kerana apabila seseorang berkata-kata ketika sedang marah, maka hal itu akan lebih mempengaruhi emosinya dan emosi orang yang menjadi lawannya. Di samping itu ia boleh menimbulkan penyesalan ketika emosinya telah reda.

Rasul S.A.W. bersabda:
Apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia diam (beliau mengucapkannya tiga kali).” (HR Abu Dawud)


***saya ambil dari link ini amarah yang marah "  ***

 

pernah tak u olls marah anak? saya pernah marah anak..sebab die baling handphone saya sampai berderai....tskk tssk..kesan akibat marah?die menangis sampai merah² muka..

teringat kata² seorang pakar motivasi.."boleh marah anak..tujuan mengajar tidak mengapa..tapi jangan disebabkan barang , anak² terluka..kesian anak²..barang² pecah/rosak/patah boleh diganti..anak² tiada galang gantinya..tegurlah dengan sabar..marahlah dengan berhemah..."            

tskk tskk..sampai hari ni kalau teringat² mcm kesian...
(tapi budak² sekarang tak boleh bagi muka..hehehe)


-TAMAT-

Tuesday, November 15, 2011

"12 November 2009"

Assalamualaikum semua dan Salam 19 Zulhijjah :)


(kesinambungan entry sebelum ini)

Hampir jam 8 pagi, bukaan saya hanya 5cm..saya dah tak tahan..Mr Ajib pun dah disuruh tunggu di luar..Doc pakar dah mula pusing satu labour room..saya dengar misi² dan bidan berborak²...elok je turn saya doc² pakar dtg check..saya terus pegang lengan seorang doc "doc, please..do the operation"..dengan muka merah² tahan sakit saya boleh speaking gitu kan..doc pun kata..kalau boleh dia nak tunggu sampai pukul 9 pagi..saya kata saya dah tanak tunggu..doc pujuk kata ok..mereka akan siapkan bilik OT..kene tunggu doc bius semua dan bla bla bla masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

Lepas je doc² pakar tu semua keluar..saya terus disiapkan oleh misi²..ditukarkan baju lain, dipindahkan ke katil lain dan terus ditolak ke bilik OT..sempat saya kerling jam dinding..pukul 9.00 pagi saya ditolak ke bilik OT..sepanjang perjalanan nak ke bilik OT..saya telefon Mr Ajib kata "pa, ma nak kene operate ni..pa tunggu ma kat luar eh nanti"..saya sebak..Mr Ajib pun mcm sedih ..Die pujuk kata "takpela..janji ma dgn baby semua selamat..pa tunggu kat luar"...saya mmg sedih..saya ingat saya boleh bersalin normal..saya ingat saya boleh sambut baby dengan suami..sedih..tskk tskk..sob.. :(

Pelik juga..dalam pada sakit² tu..saya gagah boleh duduk atas katil semasa diberi penerangan oleh doc bius..perempuan..muda..pasti muda lagi dari saya..dan cantik..saya boleh angguk² lagi..saya boleh turunkan tandatangan lagi..mcm tak ingat yang diri ini sedang sakit..bilik OT mmglah sangat sejuk..sejukk..tak lama kemudian, datang doc² pakar yg melawat saya tadi dalam labour room termasuk doc lelaki yg saya pegang lengan tangannye..seorang misi suruh saya duduk dan pegang kedua² lutut..misi kata "puan..doc bius nak cucuk belakang eh..tahan sikit" saya redha sajalah apa saja perbuatan semua misi² dan doc²...

Ye..lepas cucuk bius..saya mmg tak rasa apa² dibahagian bawah..saya dibaringkan..tapi dari bahagian dada ke atas..saya rasa betapa sejukkkknyeee bilik OT tu..saya menggigil..sampai doc bius tu datang pada saya.."misi..misi amekkan kain tebal..puan ni menggigil.." doc bius tu baik..die teman saya sampai abis operation..sesekali die sapu² tangan saya yang sejuk..sebelum pembedahan dilakukan..bahagian dada saya ditutup dengan satu tirai..kemudian ditutup dengan lapisan kain..berlapis² kain ..tujuan, agar saya tak dptlah tengok perot saya kene belah kan..hehehe..mau mak fengsan kat situ nokk..heheheh..sesekali saya curi² pandang kat cermin lampu di atas..tapi blur..saya cuma nampak bayang² saja..

Ok..perot saya bergoyang²..mcm digoncang² isi dalam tu..tiba² saya dengar seorang doc sebut.."ok..that's her baby"...saat ini saya rasa perot saya bagai ditarik² isi dalamnye...saya rasa perot saya lapang..ringan..dan ketika ini jugalah saya dengar bunyi seakan ditepuk sebanyak 3 kali "pap..pap..pap"... dengan syukurnya tepat 10.26 pagi..ketika itu jugalah..anak yang saya kandung 9 bulan menangis..saya tercari² suara baby itu..saya masih belum dapat lihat wajah baby saya..sana sini saya dengar suara baby menangis "mana anak mummy..mummy nak cium"..saya sebak..Mr Ajib takde disisi..

Ketika itu..perut saya dijahit..saya mmg terasa seakan kosongnye perut saya..kemudian saya dengar suara baby menangis makin dekat...datang seorang misi dari arah kepala saya.."puan..ni anak puan..bayi apa puan?" ...saya lihat..baby saya menangiss..ala anak mummy..."baby boyyy" saya jawab pada misi..saya cium dia dua kali di pp..sian anak mummy..mummy tak boleh peluk lagi...nanti mummy peluk ye sayang..

Sebelum keluar dari bilik OT..saya dihantar ke satu sudut utk neutralkan suhu badan saya yg sejuk tadi..Kemudian, saya ditolak ke luar utk dihantar semula ke bilik saya..saya nampak Mr Ajib di muka pintu..saya menangis sebab sebak..sebak semuanya dah selamat..Mr Ajib kata "pa dah azankan baby"...saya sebakk lagi..terus Mr Ajib ikut tolakkan katil sampai ke bilik..elok saya sampai...keluarga semua dah ada..baby saya pun dah ada...Alhamdulillah....syukurrrr....

Itu pengalaman 2 tahun lepas..yg masih lekat dalam ingatan saya..rasa mcm semalam je lahirkan budak tecik tenot ni...

***saat dilahirkan***

***sehari selepas dilahirkan***

***masa dalam pantang***



***sebulan***


***Dua bulan***


***3 bulan***



***4 bulan***


***5 bulan***


***6 bulan***


***7 bulan***

***8 bulan***


***9 bulan***


***10 bulan***
(masa ni dah start susut badan)

***11 bulan***


***masa sambut besday yang pertama kali***


***masa sambut birthday yang ke-2 baru² ini 12 Nov,2011***

Buat Aaron Ridzqy, jagalah iman mu sayang..jagalah taqwa mu sayang..doakan mummy dan papa semoga mendapat keredhaan dunia akhirat..

Mummy dan Papa sentiasa doakan dirimu menjadi anak yg soleh..insyaAllah..
Mummy dan Papa always ♥ u..muah :)

Happy Birthday sayang mummy!



p/s: nanti saya review pasal birthday aaron..