Tuesday, June 28, 2011

"Dua Malam"

Assalamualaikum semua...

Malam tadi, Aaron buat saya tersentuh hati lagi..kiranya, malam tadi adalah malam ke dua dia buat begitu..malam semalam dia tidur dalam keadaan resah. sekejap golek ke sana..sekejap golek himpit saya..saya tepuk² utk tenangkan dia..tapi tak sampai seminit die bergolek² lagi..sempat saya kerling jam di dinding sudah 2.30 pagi..

Saya bagi dia "milo"..selalu die tak pernah tolak..tapi waktu itu die seperti tak selesa..dalam keadaan mamai dia terjaga..yang buat saya betul² meruntun hati..dia bersuara "mummy..sakit peruttt..." saya mcm nak tergelak..dalam usia hampir 1thn 8bulan dia dah pandai ckp sebulat² tanpa pelat sikitpun..tapi dalam waktu yg sama saya tersentuh hati..sakit betul ke?perut masuk angin ke? saya tanye semula "sakit mana?tunjuk mummy"....dalam keadaan mamai jugak..dia pegang perot..umm betullah tu..

saya pujuk dia..saya pegang perut die..mmg agak kembung sikit waktu tu..dan saya gunakan jari utk cek sama ada berbunyi seakan² kembung tu..dia mula merengek.."mummy..mummy..sakittt"...yela sayang..mummy tau..kalau dulu setiap kali die menangis, saya pun nangis jugak sebab dia tak boleh cakap apa kesakitan yg dia alami..kali ini, saya ikut menangis jugak sebab seolah² rasa apa yg die cakapkan..ouh anak mummy..muah..sayang nye mummy pada kamu..lepas bubuh minyak di perot, betis dan tapak kaki..saya tepuk² dia sambil nyanyi² kecil..utk bagi dia tenang dan lena..tiba² angin kus kus pun berbunyik.."prottt"...dia terjaga balik.. "mummy..aaron beyak"..saya senyum ..sebab dia dah pandai pulak bagitau..heheh...haihla anak mummy sorang ni..lepas cuci..saya tidokan dia semula..

dan malam tadi, kejadian yg sama berulang kembali cuma waktu berlainan pukul 12.45 mlm...tapi kali ini lebih hebat dari semalamnya..die menangis..saya pun ikut menangis...sampai Mr Ajib ckp, "ma ni..mcm mana adik nak berenti menangis, tengok ma menangis sekali"..saya buat tak peduli kata Mr Ajib..saya bubuh minyak seperti selalu..mmg perut die kembung lagi..risau saya..makan apa siang tadi?di luar kemampuan mummy sayang..mummy tatau apa yang kamu buat siang hari..kalau mummy tak kerja, mummy sanggup duduk rumah dan besarkan kamu..bukan mummy kata papa tak mampu menanggung kita anak beranak, cuma mummy perlu bantu papa utk kita bertiga selesa...

Alhamdulillah, lepas bubuh minyak..dan pujuk kamu dengan urutan...diiringi dendangan album mummy yang entah keberapa kalinya..baru kamu lena..aduhai sayang..baru anak seorang..hehehe..baru je mummy nak terlena, tiba² dengar satu bunyian.."prottttt..." kali ini agak panjang dan saya hampir tergelak..saya bangun dan lihat Aaron dah terjaga..saya tanya "aaron kentut eh?"..dia jawab "aaron kentut..".. kemudian saya pujuk dia tidur..saya fikir angin jahat tu dah keluar..rupanya saya silap..ada yg lebih jahat nak keluar.."mummy..aaron beyak".. laaa berak lagi sayang? saya cek mmg betul..ouh sungguh jahat angin nii..lepas cuci..saya borak² dengan dia sebab dia dah tak boleh tido..die ajak saya borak.."mummy..lizard gerak"..ok ok..saya angguk.."mummy..adik tatal".. haa yela sayang adik tatal (masa tu ada frame gambar dia ngan adik kakal di dinding)..agak lama juga nak pujuk dia supaya lena..yang pasti hampir jam 3 pagi baru dia lena..

Pagi ni, dia kesiangan..maklumla..malam tadi berjaga...Alhamdulillah..perut die ok..tak kembung..lega saya.Macam biasa, bangun pagi² saya akan beri dia minum air masak sikit dan saya akan bukak tv channel 618 BBTV..dah tentu rancangan favourite Aaron adalah "where is grandpa"...Tghari tadi pun saya sempat call NekTeh tanye khabar..NekTeh kata die ok..perut tak kembung..ouh sejuk perut saya mendengarnya...dalam otak saya, terfikir² nak buat cara macam Aaron baby dulu..tuam perut.tuam peha.tuam kaki..sebelum masuk tido..nengoklah macam mana..harap dia ok saja..

Apa² pun..pada semua yang ada anak..pastikan ada bekalan minyak YU YEE CAP LIMAU di rumah ye :)

***ok fine tanak pandang kamera***


***sessi mencemar duli di Sepang***


Monday, June 27, 2011

" Meh Usha"

Assalamualaikum U Olls...

Saja nak kalih pandangan u olls supaya ngk kat blog ni..saya dah cuba..mana tau u olls nak cuba.

Happy Reading :)

(tgh cari mood nak update..hari ni BW saja )

Friday, June 24, 2011

"Kadang²....

Salam Jumaat...


Entry kali ini saya guna perkataan "aku"..Aku tatau apa yg aku rasa ni..pernah atau tidak ada dalam diri korang...

Pernah ke satu ketika korang/aku ada rasa mcm nak insaf?insaf dari perbuatan yang lalu/lampau?rasa tanak ulangi kesilapan yang selalu korang/aku buat?apa yang korang/aku rasa ketika waktu itu?menangis sepuas² hati tanda korang/aku insaf?baru ingat nak solat lima waktu yang selama ni korang/aku jarang² buat atau langsung tak buat?

Aku rasa jawapan itu semua ada pada diri masing²...pada aku..kadang² sampai ketika..aku rasa kecil sangat diri ni..ya Allah..betapa banyaknya dosa...kadang² kita/aku dah set dalam otak.."mulai hari ni..aku tanak mengumpatlah..tanak ckp pasal oranglahh.." tiba² satu ketika/keadaan..kawan² kau boleh plak cerita pasal itu ini dan kau berada di situ..atau pada satu ketika/keadaan kau bukak satu website ruangan gossip dan kau pulak boleh panjangkan cerita tersebut pada orang lain?

Kadang² kita/aku dah set dalam diri.. "aku nak jadik seorang yg baik..tanak tinggal solat".. tapi dek kerana sibuk kejarkan hal dunia..terus terlupa malah buat² lupa tentang perkara wajib itu..mmg perkara dosa pahala sapalah kita/aku sebagai manusia utk tentukan..kadang² kita/aku rasa nak pakai tudung sebab dah rasa sampai waktunye utk pakai tudung..nak² lagi ngk fesyen tudung cantik² sangat malah model yang pakai pun cantik² belaka..tapi kita/aku boleh kata balik pada diri sendiri "tak jadikla..belum sampai seru..nanti²lah.."   manusia..masih lengah² lagi walau perasaan ingin berubah itu sudah ada..

kalau nak dibincangkan, pasti berjela dan pasti ada perdebatan..aku tanak mcm tu..sebab aku rasa aku masih kurang ilmu utk berdebat dengan orang yang banyak ilmu..walau kecik² mak bapak aku anta aku gi sekolah agama..sudah khatam bagai, tapi kenapa aku tak praktikkan? malas/leceh?

Kadang² kita/aku dan pasang niat nak jadi isteri atau suami yang patuh pada pasangan masing².. "nak cakap lembut² lah dgn suami/isteri"...tapi disebabkan satu hal terus berkasar..terus gaduh..terus ilang niat nak jadik suami/isteri yang patuh....manusia..setiap perkara menuju kebaikan, pasti ada perkara yang menduga sama ada tabah/sabar/kuat menghadapinya..

Kadang² kita/aku rasa nak berubah/insaf..tapi kita/aku takut nak berubah dek kerana padangan orang sekeliling.."bolehke dorang terima perubahan aku ni?takpe ke aku mcm ni?"...bila fikir itu ini..terus tak jadi..hanya kerana orang sekeliling..malu mungkin...

Kadang² kita/aku rasa kuat utk menghadapi sesuatu perkara/dugaan..kita/aku nak jadi manusia yang tabah..kita/aku nak lawan perasaan negatif itu..tapi semakin kita ingin merasai kekuatan itu..semakin juga kita lemah menghadapinya.. "manusia..selalu tewas dengan bisikan syaitannirrojim..

Aku selalu terfikir, kadang² sampai menangis..maybe apa yang aku idamkan tak dapat² atau segala perkara/dugaan yang terjadi dek kerana perbuatan aku yang lalu.. manusia..setiap perkara yang terjadi adalah kerana perbuatan yang lalu...




"manusia yang mendapat hidayah namun jika memalingkan muka, mungkin tiada lagi hidayah utknya..."

Assalamualaikum :)

Friday, June 17, 2011

"Suka Suki"


 wah..syoknyer... :)


***dalam lift***

***bayar..bayar***




***ngk cite nihh***



yeaaa...
cite ni mmg sgt besh..dan sedih.. :)

ENJOY UR WEEKEND

ASSALAMUALAIKUM


"9 Fadhilat Mengasihi Anak²"

Assalamualaikum semua :)

***sumber yang saya dpt dari email***

Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..

Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..


9 Fadhilat Mengasihi Anak²

 
1.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

5.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

6.Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8.Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”


***sekadar gambar hiasan***

Thursday, June 16, 2011

"Al-Kisah Nora Elena"

***sumber dari http://www.ohbulan.com/***

Nowa
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya



TV3
Sri Pentas
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.

Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.

Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!
iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.

Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.

Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..

Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.

Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.

Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati..
“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”

“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.
Sekian,

“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.

p/s: saya mmg banyak terlepas ngk siri Nora Elena ni..tapi sesekali ngk..kadang² hati tercuit jugak..romantik betul si Seth Tan (cam setan pun ada)...ibarat..u jump i jump..tapiii..ada ke lelaki yg sebegitu rupa kat dunia ni? haii..teringat kat Mr Ajib yang jauh di Sarawak nun..sambil makan mee kolok.. "pa..jangan lupa kaen batek sarawak ma ye..kaler turqoise tau..pastu jangan lupa kek lapes sekali"..sob sob sob..

Wednesday, June 15, 2011

"Kisah Hati"

Hatiku hatimu

Menjadi satu cinta

Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir



Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama

Nanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya



Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama

Nanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu



Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini



Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya



Monday, June 13, 2011

"Saja Flashback"

Assalamualaikum semua...

Tataulaa nape..hari ni mcm nak flashback..masa ke sabah dulu..hikhikhik (gataii)..baru takat pegi sabah dah mengelenyor kan..yela..masa mula² sampai di Sabah tahun 2006..kami pergi ramai2 sebab ada ekpedisi ke gunung kinabalu anjuran ofis saya..masa tu saya ngan Mr Ajib..tgh hangat bercinta.. (ptuihhh).. tahun 2008 saya pergi berdua je ngan Mr Ajib..sebab hanimun..kami pergi tmpt yg sama masa bercintun dulu..(cehh porahh)..

jom layan picas!

Tahun 2006


saya menyeringai di suku hampir ke puncak Gunung Kinabalu..
mmglaa sijil penyertaan tu dpt..tapi saya bengang kat Mr Ajib sebab die dpt sijil sampai ke puncak..tak adil!
sebab dialah punca saya turun sama² ke hostel.."yang..b rasa sesakla..jom turun bawah"
itu dialog die dgn saya masa kami semua tgh dlm perjalanan ke puncak gunung..sebab cinta punya pasal..saya pun ikut die turun..cehh! lepas tu..boleh plak die dpt sijil sebab dorang salah print nama..

pesan utk adik² semua..jangan ikutkan hati masa bercinta ye..kelak tak dpt naik ke puncak gunung kinabalu berserta sijil..(ada kene mengena ke?) ngeee~

hye Ja..ni sama² dalam bot otw ke Pulau Manukan..

kami ramai² di pintu gerbang Pulau Manukan..hehehe..

cantek chalet ni..tapi makan ratus² malah sehingga beriban satu malam..tak mampu kite..amek gambar jela hai..

ni kat hot spring..hehehe..hye kancing kirappp~ (yg buat peace tu)

Tahun 2008


manisnye hanimun..hehe..
kalau tahun 2006..kami dpt amek gambar kat gunung kinabalu..masa ni pulak kat Sabah Park..dapat amek background je..tapi sebab dah lewat sikit..Gunung Kinabalu dah kene tutup dengan awan..kabus bahh..


kali ni kat bot..kami berdua..gagah Mr Ajib nak amek shoot yg menarik sebab bot ni laju gilos!


haa..dah sampai kat Pulau Manukan..punyalah setting kamera pinjam tu letak atas tiang² utk amek gambar..sampai lupa nak letak tepi tikar tu..haih~ spoil betul..


heheh..masa ni ada org amekkan..sebab takde plak tiang atau pokok nak letakkan kamera tu..hehehe..


ok..kalau tahun 2006..kami amek gambar berdua kat bawah chalet je..tapi time ni..kami amek kat atas sikit..chalet yang sama! sebab..boleh letak kamera kat satu sudut tepi tangga tu..sian kami..takde org nak amekkan gambo..heheheh

MOTIF?

takde apa pon..saja je..mcm kat tajuk entry..saja flashback...manalaa tau..kot² ada rezeki saya dgn Mr Ajib nak ke sabah lagi..yg bestnye..ada budak tecik yg terselit antara kami..hehehe..

Aaron Ridzqy nak ikut mummy ngan papa gi Sabah? :)

Thursday, June 09, 2011

"Ni Entry Bergambar"

Assalamualaikum...

Jom cuci mata :)






































































yang ada tulis DBKK tu saya tak pasti apa..yg pasti ni mmg berada di bandar KK.. u olls bolehlaa jengah² di sini juga http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/my/utama/ ..sebab kalau klik kat picture tu takleh nak link terus website nye ..happy viewing :)

p/s: setakat ni saya penah stay kat hostel apa nama lupa dah tahun 2006 masa naik gunung kinabalu dan promenade hotel tahun 2009 masa hanimun..  :)