Thursday, September 27, 2012

"Back!"

Assalamualaikum Semua dan Salam 11 Zulkaedah :)

Semua sehat?Alhamdulillah..saya baru je sembuh dari demam+selsema..tinggal batuk² je yg berbaki..hohoh..biasalaa tiga penyakit tu kan adik beradik..takpela...semua penyakit tu ada sebabnya..moga² dapat menghapus dosa² kecil walau cuma tertusuk ibu jari.. insyaAllah :)

Saya akan ambil masa lebih sedikit..utk BW semua rumah..harap dpt bersabar ye..hohoh..enjin belom paneh lagi :P


pisss yooo!

daaaaaa :P

Monday, September 10, 2012

"Doa"

Assalamualaikum Semua dan Salam 23 Syawal.

Masih mood raya?hehehe..kat office saya hari ni ada open house..turn seksyen husband saya..hohoh..seksyen saya pula hari khamis..hari rabu dan jumaat pun ada open house utk seksyen yg berlainan...esok pula saya ada tugas..pun ada makan free juga..makanya..seminggu ini duit boleh simpan sementara tunggu gaji 25hb..Alhamdulillah syukurr :)

Rabu lepas..waktu lunch saya dan seorang kawan ke Tesco Selayang.Saya teman kawan saya nak beli barang.Dah beli barang semua..kami terus ke food court.Tak sangka berjumpa dengan seorang kawan satu ofis yg sedang cuti sakit.Jadi, kami pun makanla sama² dan berborak panjang walau masa agak mencemburui..Kalau ikutkan saya nak post entry ni rabu lepas lagi..tapi asikla tertangguh²..tskk..Sakit yang kawan saya alami agak kronik juga.Tak berani saya nak huraikan penyakit tersebut di sini kerana takut tersalah info.

Apa² pun...saya doakan kawan saya cepat sembuh..Dan hari ni..adalah hari dia akan menjalani operation tersebut.Harap kawan saya dan baby dalam kandungan selamat menjalani operation tu ye..Dia ada ckp..harap baby takde apa² akibat kesan dari operation yang dia akan hadapi ni..dan doakan lah die cepat baik..




*saya*zaza*maknam*

so, utk semua kawan² yang sama office..dan juga utk para pembaca yg lain, kita doakan Zaza dan baby nye selamat menjalani operation tu ye..insyaAllah.


Tuesday, September 04, 2012

"I ♥ Malaysia"

Assalamualaikum Semua dan Salam 17 Syawal :)

U olls masih mood raya? saya biasa² je ...adala sikit²..jemputan open house sana sini ..yg mana dapat datang , saya datanglah..mana yang tak dapat tu..maaf dipinta..ewahhh :)

Saya nak update pasal raya..mood belum mari..gambar² pon banyak..dalam hp..dalam kamera..dalam thumbdrive..dalam pc..semua ada..cuma mood lom mari..nak tempek gambar pon malas..hohohohoh ~


meh layan gambar bawah ni :)


Aaron Ridzqy (baju putih) bersama sepupu sepapat. Abang Akram (baju kotak²)..Abang Ayish (baju biru) dan the one and only Arief Haikal atau Kakal (baju grey)

Lihatlah anak² di atas..mereka tak mengerti erti kemerdekaan..tapi sekurang²nya mereka tau melaungkan kata² kemerdekaan..itu sebenarnya belum cukup..tugas kita mendidik anak² agar mengetahui erti kemerdekaan sebenarnya..bukan sekadar melaungkan kata² merdeka semata²...

Mereka happy kan..gembira di dalam negara yang aman damai..bayangkan kegembiraan mereka itu diragut oleh kemusnahan oleh peperangan seperti di sesetengah negara Islam yang lain?dapatkah anak² di atas melaungkan kata² merdeka itu lagi?

Ya Allah, semoga negara Malaysia ini akan makmur dan damai seperti ini selalunya.Semoga anak² merdeka ini akan meneruskan kemerdekaan yang diusahakan oleh umatMu yang terdahulu Ya Allah. Semoga bumi Malaysia akan terhindar dari segala kemungkaran dan kemusnahan. Amin Ya Rabbil alamin.

sebenarnya seronok lihat anak² happy..senyum sentiasa..seronok beraya..walau kita penat berlari kejar anak sana sini..tapi berbaloi-baloi.. :)

semoga negara Malaysia akan terus aman dan makmur *ok mode patriotik terlebih²* tak salah kan :)

byeeee~