Saturday, January 31, 2015

Dah Mulai..dah mulai..


Assalamualaikum Semua dan Salam 10 Rabiulakhir :)

Lately ni dah mulai malas update.hihih..dah mulai..dah mulai..heheh tapi berdikit-dikit jugak gigihkan diri post blog yang ada ilmu dan ilmiah...walah ayat tak tertahan gitu..hehehe..alah..apa susah..aku cut and copy paste dari email kat office je..pastu aku share kat sini.

Saya dapat ilmu.Anda jugak dapat ilmu.Sharing is Caring kan :)

Ok.Itu je nak cakap.

Happy Reading.

Friday, January 30, 2015

Sharing is Caring : Sakit Leher & Belakang Badan


Assalamualaikum Semua dan Salam 9 Rabiulakhir :)




Selain bebanan pada tubuh, masalah ini juga boleh disebabkan saraf tunjang, paru-paru dan abdomen tidak normal. DIANGGARKAN 80 peratus orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang dalam kehidupan mereka dan kira-kira 50 peratus pula mengalami sakit leher atau sakit tengkuk. 

Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan. 

Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
· Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau           menarik sesuatu. 
· Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja. 
· Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat. 
· Berdiri terlalu lama. 
· Membawa barang yang beratnya tidak seimbang. 
· Duduk membongkok di kerusi. 
· Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin. 
· Memakai kasut bertumit tinggi. 

Ahli Fisioterapi Hospital Pakar KPJ Tawakal di ibu negara, Siti Suraiya Yusa, berkata kajian menunjukkan kebanyakan masalah tulang belakang boleh dicegah kerana ia berlaku akibat mekanikal tubuh dan postur atau kedudukan yang tidak baik menyebabkan tulang belakang dibebani tekanan yang tidak normal.


Tekanan tidak normal secara berlarutan boleh membawa kepada perubahan struktur tulang belakang seperti kemerosotan cakera dan sendi, pemanjangan dan pemendekan ligamen dan otot sokongan dan rawan yang haus atau terkoyak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


Penyebab sakit belakang dan leher paling lazim bermula pada tisu lembut seperti otot, tendon dan ligamen dalam struktur ini. Ia berlaku akibat kecederaan yang menimpa struktur ini. Masalah seperti Arthritis Degeneratif pada spina di leher (spina cervical) boleh mencengkam saraf dan menyebabkan leher dan bahu sakit. Penyakit cakera degeneratif pada bahu (cervical spondylosis) pula boleh menyebabkan sakit leher setempat yang tidak membabitkan kawasan lain.

Siti Suraiya berkata, keadaan tidak normal membabitkan saraf tunjang, jantung, paru-paru dan beberapa organ abdomen juga boleh menyebabkan masalah leher dan belakang. Namun, apakah pilihan atau kaedah bagi mengelak kemungkinan mengalami masalah sakit leher dan bahu?

Kunci utama dalam menjaga kesihatan belakang badan dan leher menumpu kepada tiga perkara iaitu belajar mempraktikkan postur yang baik, bijak menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti seharian dan kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai),” katanya.


Malah, tegas Siti Suraiya, asas penjagaan kesihatan leher dan belakang bermula dengan postur. Ini kerana kedudukan badan yang tidak betul adalah antara penyebab masalah spina dan boleh menyebabkan kesakitan sedia ada semakin teruk. Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara berpanjangan. Katanya, penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang belakang atau spina yang neutral iaitu memastikan tiga lengkuk semula jadinya berada pada kedudukan betul.

Tiga lengkuk itu merujuk kepada lengkuk kecil pada dasar leher, bulatan kecil di tengah bahagian belakang dan lengkuk kecil di bawah belakang badan. Spina yang neutral tidak terlalu bulat ke depan mahupun terlalu melengkung ke belakang.Faktor utama yang mempengaruhi spina yang sihat ialah senaman. Kajian menunjukkan individu yang selalu bersenam kurang mengalami kecederaan atau sakit belakang. Kalangan individu yang gemar bersukan ini juga lebih mudah pulih daripada kecederaan yang dialami berbanding individu yang kurang terbabit dengan aktiviti fizikal,” katanya. 


INFO: Petua elak sakit belakang :


· Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam. 
· Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang. 
· Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri. 
· Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja. 
· Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan                 anda. 
· Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap         90 minit. 
· Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah. 
· Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat             kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama. 
· Pegang objek yang berat rapat ke badan anda. 
· Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha               anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil                 dengan selesa. 

Cara rawatan di rumah:


· Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika         ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke                 bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh               atau tegang otot. 
· Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk                   selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal. 
· Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan             memandu terlalu lama. 
· Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang               mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. 
· Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda                     mencegah kecederaan daripada berulang.



Sumber: Posted by Muhammad Hafiz (muslim-sihat.blogspot.com)





Wednesday, January 21, 2015

Sharing is Caring : Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia Ialah Kerana Adanya Mazmummah Di Dalam Hati


Assalamualaikum Semua dan Salam 25 Rabiulawal :)


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di HATI ialah :


1. Pemarah

 Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan HATI tentunya tidak tenang.

2. Pendendam

 Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki

 Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil

 Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkalarezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak

 Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tidak habis juga.. lagipun orang yang tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar

 Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego

 Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin... pasal semua org ada egonya sendiri.. cuma tinggi ataupun rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak

 Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada.

9. Cinta dunia

 Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

**Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi danakhirat dibawa mati.

Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.




Sumber: by Asrol Sahabat Hati  (http://diasahabatku.blogspot.com)




Friday, January 09, 2015

Sharing Is Caring : 7 Makanan Kurangkan Kolestrol





Assalamualaikum Semua dan Salam 18 Rabiulawal :)





Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

1. Buah kering
- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

2. Epal
- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak

3. Ikan Tuna
- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL

4. Kacang tanah
- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung

5. Buah Mangga
- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi

6. Kismis
- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus

7. Jambu batu
- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan




sumber: infokesihatan4u.blogspot.com