Wednesday, October 31, 2012

"SangRatoo's Wordless Wednesday #24"


♥miowww miowww♥


Monday, October 29, 2012

"Hari Tasyrik"

Assalamualaikum Semua dan Salam 13 Zulhijjah :)

Saya biasa dengar hari tersebut..masa zaman sekolah rendah agama dulu lah..Sekarang ni..bila dah besar²....makin jarang² kedengaran..MasyaAllah.. *tutup muka* hehehe.."maafkan saya" :) Hari Tasyrik adalah antara hari² yang diharamkan berpuasa.Mari kita berkongsi ilmu hari ini.

Mari kita baca info di bawah.Ini pon saya google di Jabatan Agama Islam Selangor :)


Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :
    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.
u olls boleh klik link ini untuk maklumat lebih lanjut JAIS   ..Tq to Biras yg bagi link :)

so, arini..especially utk DIVAS..silalah "selamat berbuka puasa"..hohoh..takpe takpe..esok leh puasa ok..untuk kuruskan badan yang setelah beberapa hari makan banyak..hohohohoh ~


Happy Reading :)

Friday, October 19, 2012

"Zinger Double Down"



Assalamualaikum Semua dan Salam 3 Zulhijjah :)


U olls dah makan ni?saya belum..jadiknya saya jakun..deme kata sedap..deme kata mengenyangkan..sampai muak..sampai tak abis la..ermm..saya tatau saya abis ke tak..dah makan baru tau..pffttttttt~


ok..tu je nak ckp..ni macam sessi luahan hati la ni..hohohohohoh..

p/s: slow² BW semua rumah..sabar ye menanti kedatangan saya..cekidaudddd!~


Wednesday, October 17, 2012

"Biskut"

Assalamualaikum Semua dan Salam 1 Zulhijjah :)

sungguh...maafkan saya..saya betul² macam biskut lately ni..bukan dibuat²..tapi mmg sibuk..seminggu lepas saya bertugas di KLCC Convention Centre sempena IGEM 2012..sempat juga merasa check in di Impiana Hotel..tapi saya check in siang je..hohohoh..tak sampai hati nak tido hotel..kenangkan anak kesayangan..okla tu..dpt breakfast, dpt lunch..dapat dinner..dapat baring² golek² atas tilam hotel..tapiiiiiii..kaki saya lenguh sebabnye..dah lama tak naik lrt..berjalan kaki dari klcc ke impiana..ulang alik..adeh.. (saya perlukan foot massage) tsskk..gambar² ada simpan..tapi penyakit M untuk Malas nak tepek..

ummm apo laie ye..ha lagi satu..internet pun kurang memberangsangkan di opis ni..so mood nak update tu dari idea datang mencurah²..ibarat tercurah ke daun keladi..so terus jadi M untuk Malas..hohoho..

ouh ye..untuk kawan seopis saya wahida..ko ada tanye kan...



kalau u olls baca kat entry sebelum ni..yg saya tepek gambar tu..umm jawapannye nokss..ko gi kat ADOBE photoshope..dan sila edit sepuluh kali..cuba la..cubala noks..cubala....hohohohoh

jangan mareeee nokss.. i ♥ u more (ala² nabila huda) :P


Thursday, October 04, 2012

"Kalau Aku..."

Assalamualaikum Semua dan Salam 18 Zulkaedah :)


Kalau aku jadi doktor gigi....umm mmg tak bolehla..takde sijil doctor..plus gigi aku pon tak cukup kat geraham..gara² suka "pepah" ais masa muda² dulu..aku sendiri pun mmg penakut dgn doktor cemana nak cabut gigi orang..hohohohoh..

Kalau aku jadi cikgu...umm..anak murid mesti takuiikkk dgn aku..sebab aku garang..grr grrrr hns hnss.. :D *pembaris kayu panjanggggg sentiasa di tangan* ada berani?

Kalau aku jadi pramugari....*tingin benor nak pakek baju pramugari sebab terima kasih slim slim..ramping kann* tapi tidak mungkinla..kalau ada open interview aku pasti tidak akan pergi kerana aku akan gagal pusingan pertama *maaf awak rendah pendek sila balik sekarang*..  hhuuhuuh..(nanges jurai² air mata)

Kalau aku jadi ustazah....masa aku sekolah rendah agama darjah 1-6 markah selalu high score tau..abah aku bangga..tapi bila nak masuk sekolah menengah, abah suh masuk sekolah menengah agama..tapi aku tanak..nak masuk sekolah menengah biasa..*bajet mcm sohsial sgt*..makanyaa..aku perlu mendalami ilmu agama secukupnya..insyaAllah..amin :)

Kalau aku jadi peguam.....ummmm..aku mmg le suka cakap banyak..tapi aku tak pandai putar belit...eh kalau jadi peguam mmg kena banyak putar belit ke?tak pasti kita..hohoh..yg pasti aku tak belajar sampai oversea :P









Saya ada di kesemua di atas..bukan!bukan yang itu..maksud saya.. gigi geraham saya tak cukup...saya penakut...saya garang...saya rendah jeeee (sambil tutup muka)..saya masih belajar...saya suka ckp..tapi saya pemalu..apa lagi..saya seorang ibu..saya seorang isteri..saya seorang anak..saya seorang kakak..dan saya juga seorang kerani yang berkaliber..dan yang lebih penting..saya jadi diri sendiri..ewahh..


motif bubuh gambar?

 S.A.J.A!
hohohoh


p/s: tengkiu Nuffnang..sebab bagi bonus ..tengkiu banyak².. i ♥ Nuffnang.. hohoho *kipas lipas*

Wednesday, October 03, 2012

"Beras"

Assalamualaikum Semua dan Salam 17 Zulkaedah :)

Selalu sangat saya duk sebut biras saya si fie ni..beras@biras cap faiza poney...petang semalam balik dari kerja..teruss singgah Ong Tai Kim beli beras ni..hohoho..Mr Ajib ckp "ma ni..macam² la"

er..tak ingat cilok maa..yg pasti kat Google :)

RM35.30

tapi saya beli satu jela..takdela mcm dlm gambar ni..hohohoh...
SELAMAT MEMBACA!





P/S: Alhamdullilahh..Nuffnang bermurah hati bagi kita semua bonus ye..saya punya pun dah bertambah jumlah..amin..kalau boleh dan dan tu juga nak cash out..hohoh :)