Friday, October 31, 2014

"3 Hari"




Assalamualaikum Semua dan Salam 7 Muharram :)


RENUNGAN PAGI JUMAAT : ... HANYA ADA TIGA HARI DALAM HIDUP INI ... 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah .. 

Yang Pertama : HARI KELMARIN...
Kita tak bisa mengubah apapun yang telah terjadi ...
Kita tak bisa menarik perkataan yang telah terucap ....

Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan
mengulangi kegembiraan yang kamu rasakan kelmarin ...
Biarkan hari kelmarin lewat ..;
LEPASKAN saja....

Yang kedua : HARI ESOK ...
Hingga mentari terbit esok hari, ..
Kita tak tahu apa yang akan terjadi ...
Kita belum bisa melakukan apa-apa untuk esok hari ...
Kita tak mungkin tahu .., sedih atau ceria di esok hari ...
Karena Esok hari belumlah tiba ..;
BIARKAN saja ...

Yang tersisa kini hanyalah : HARI INI ...
Pintu masa lalu telah tertutup ...
Pintu masa depan pun belum tiba ...
Pusatkan saja diri kita untuk hari ini ...
Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal untuk hari ini ...,
Bila kita mampu melupakan hari kelmarin ...
Dan melepaskan ketakutan akan esok hari ...

Hiduplah HARI INI ...
Kerana, masa lalu .. dan masa depan .. hanyalah permainan fikiran yang rumit ....
Hiduplah dengan apa yang ada ...

Kerana yang ada hanyalah hari ini ...
Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat ..,

Meski mereka berlaku buruk kepada kita ...
Sayangilah seseorang sepenuh hati hari ini ..,
kerana mungkin esok cerita sudah berganti ....
Ingatlah bahwa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain ...
bukan kerana siapa mereka ..., tetapi kerana siapakah diri kita sendiri ....

Jadi, jangan biarkan masa lalu mengekang kita ...
Atau masa depan membuat kita bingung ....
Apapun juga yang patut kita buat ..,
buatlah dengan segenap hati dan Sepenuh jiwa raga ..

Berterima kasihlah pada orang yang telah melukai hati kita ..,
kerana dia telah membuat hati kita menjadi kuat ....
Berterima kasilah pada orang yang telah membohongi kita ..,
kerana dia membuat hidup kita semakin bijaksana ...

Berterima kasihlah pada orang yang membenci kita ..,
kerana dia yang mengasah ketegaran kita ...
Berterima kasihlah pada orang yang telah menyayangi kita ..,
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidup kita ...

Dan jangan lupa berterima kasihlah selalu kepada Sang Pencipta ..,
kerana itulah KUNCI KEBERKAHAN dalam hidup kita ...

Dari Seorang Sahabat Untuk Sahabat ..... 


credit: biroagamakerohanian.blogspot.com



Saturday, October 25, 2014

"Drama sangat"




Assalamualaikum Semua dan Salam 3 Muharram :)

Aku ni jarang layan drama² sangat.Bila dah terlayan satu drama, aku akan terjebak.Tak boleh tidak.Kalau tertinggal satu episod, gigih tanye orang² yang dah tengok.Pastu yang menyampah nye kalau dah terjebak cerita dalam drama ni, siap feel sekali. hohohoh..


Lepas abis cerita Rindu Awak 200% , aku macam sombong dan tak layan sangat cerita ni.hahaha..sebab mood zill faezrul tu masih membara dalam diri..hohohoh..tapi lama² makin layan plak cerita Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni.Mula² tak jugak sebab tengok si fahrin ahmad ni macam..umm bowrinkla.. hahah sorry abg luq..pastu ngk si Sara Ali ni..adoiii..senyumla sikit awak..Tapi bila part dorang dah berbaik² gi honeymoon kat Sabah tu..alahai..sweet pulak ek..Pastu aku geram ngk si Zita tu (Tasha Shila)..ieee..geram!!..pastu Sarah (Ika Nabila)..ieeee gerammnyeeeee..sebuk nak henyeh2..hahaha..emosi plak aku..cite ni nak abis dah..kelmarin nye episod buat aku geram sebab dorang nikah jugak sebabnye kene tangkap basah kat hotel.Huh! tatau sapa punya keje..Zita atau Sarah sendiri.So, tunggu hari isnin ok..hahaha..


Malam² sekarang aku layan drama jugak.Haa tu yang malas tu..Bila dah ikut satu cerita..terpaksa follow episod yang lain²..hehe terpaksa ek..choii sangat.Kasih Berbisik ni aku tak salahkan perempuan.Perempuan selalu jadi mangsa.Huh! Kesian tau.Kesian bini pertama.Kesian bini kedua.Sebab masing² tatau dorang dah dimadukan.Yang paling kesian bila dah ada anak..huhuhuh.. Rasanya nanti bini indonesia si remy ni Sulastri mati lemas kot ke camne aku ngk iklan dia aritu sebab kene serang dengan bekas kekasih dia lakonan keith foo..pastu remy terpaksa bawak anak dia ke singapore duduk dengan bini pertama.Memang meletopla kan..tiba² laki dia bawak balik anak..umur dah 5 tahun..huhuhuh..sedihnye kene tipu dengan cara macam tu kan.. :(


AMARAN: siapa ada darah tinggi janganlah tengok cerita ni..hahahaha.

Selamat Pengantin Madu.Ikutkan aku tak minat sangat pelakon² dia.Macam Fasha Sandha okla..Memang dia berkaliber dan sangat menjiwai watak.Tapi tak sangka dalam cerita ni..Eina Azman yang penuh kontroversi dulu dan Aiman Hakim Redza ni betul² best berlakon dalam cerita ni.hoiii..memang aku geramla dengan si Masmira (Eina Azman)..orang dah bagi betis..ko nak peha ek..iee geram betol.Watak Hana (Fasha) sangat baik dan tabah sangat.huhuhu..Kuat betul Hana.humm..kalau aku..aku ganyang dulu si Mas tu..hahaha..Tapi rasanya watak Kak Diha (Kuza) paling baik.Sebab dia tak api² kan Hana.Mungkin sebab dia taknak Hana terima nasib macam dia dulu.huhuhuh..episod malam kelmarin rasa menyampah giler sebab Zul (Aiman) dah maafkan si Mas..uwekk..menyampah..hahaha..



Oklah.Sekian review tak berbayar dari saya yang emos! hihihi...


                                                         Selamat Beristirehat :)
   


Friday, October 24, 2014

"Solat Dhuha"



Assalamualaikum Semua dan Salam 29 Zulhijjah :)



Mungkin ramai yang tahu atau yang tidak tahu Solat Sunat Dhuha adalah satu cara kita menjemput rezeki.Tapi ada satu rahsia yang saya amalkan iaitu buat solat sunat dhuha 4 rakaat berbanding 2 rakaat. Anda akan dapat rasakan perbezaannnya.

Ruang waktu dan waktu afdal:

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


Cara melaksanakannya:

Niat Solat Sunat Dhuha

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.Semasa sujud terakhir (jika boleh hafal) bacalah sebanyak 40 kali:

Tasbih Solat Sunat Dhuha
Doa yang disarankan


Doa-solat-sunat-dhuha
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”


Credit: http://nursyirah.wordpress.com/
http://shafiqolbu.wordpress.com/










Tuesday, October 14, 2014

"Ayam Jack"



Assalamualaikum semua.
Hai.hehehe

Serius.LAMA betul dah tak makan ayam goreng yang satu lagi tu.Bila dah besar² ni rasa muak aja.Dapat pun Alhamdulillah.Tak dapat pun takpela.Sebab dah muak sangat.Mungkin faktor umur.hihihihih..

Masa sebuk² hal Palestine tu, memang tak makan jugakla ayam goreng yang satu lagi tu.Sampailah kita diperkenalkan dengan ayam goreng yang satu lagi ni.Aha itu dia.Namanya Uncle Jack Fried Chicken.Tapi kalau anak bujang ni sebut "Ayam Jack" saja.hehehe..

Murah dan sangat sedap!

Asal saja balik rumah mak kat cheras tu, mesti singgah Giant sebab nak beli Ayam Jack ni.Ada set untuk kanak-kanak yang datang dengan ice-cream sekali.wuih..jangan kata anak-anak, mak ayah pun suka.Hahahaha.Takdela macam kat tempat lain yang ko tak boleh beli set budak sebab takde budak disebelah.Gitu kan.

Setiap set ada nasi, ayam dan air.Jadiklah, yang basic² tu kan.Tapi kalau Mr Ajib tak cukup.Tang nasi tu kata beliau.hahahaha..memang secoet la untuk perot macam tu kan.Tapi untuk anak-anak lepas kenyangla.hihihihi..

uihhh lupa.Lagi satu.Karipap dia sedap ngkoooo...

Rasa-rasa kepingin dengan karipap IKEA tu..bolehla beli kat situ.Cuma beza takde telurla intinya..hihihih..Restoran Uncle Jack Fried Chicken ni kebanyakkan francaisnya ada di Giant² yang tertentu sahaja.


Duta kecil tidak berbayar :P




Oklah.itu je nak cite.
Bye :)