Friday, February 27, 2009

"Teka siapa saya?"

Wednesday, February 25, 2009

"Selamat Hari Gaji U Olls"

Situasi Pertama:
Perkahwinan adalah suatu ikatan yg panjang di mana setiap pasangan akan diuji dengan pelbagai dugaan..Aku juga tak terlepas dengan dugaan tersebut.Alhamdulillah setakat ini semuanya masih dalam keadaan baik...Bagi aku, kalau kita berkahwin dengan pasangan kita, sudah tentulah kita memang mencintai dia sebagaimana die mencintai kita.InsyaAllah..harap2 ikatan kasih dan cinta ini membawa ke syurga.Kita berkahwin atas dasar suka sama suka..cinta sama cinta.Kalau kita,cintakan dia, kita juga kene bercinta dengan keluarganya.Tak kirala buruk baik mana pun, keluarga dia adalah sebahagian dari hidup kita juga..Tak kiralah betapa BOSAN nye kita ketika dikalangan keluarga dia,kita tetap cuba untuk menyesuaikan diri.InsyaAllah, kita akan serasi.Tapi,adakah dia serasi dengan keluarga kita?Adakah kita tau lubuk hatinya apa yg dia rasa ketika bersama keluarga kita?Jika sudah terang2 dia berkata dia seolah2 tidak tau nak buat apa (bosankah?), maknanya, dia masih belum bersedia menerima keluarga kita seadaanya..ummm..cubalah..tak kiralah anda adalah seorang isteri atau seorang suami..cubalah utk menerima keluarga si dia jika kita dah berkahwin dengannya..tak salah utk menjadi sebahagian dalam keluarga si dia.Kalau dulu boleh berjanji setia, adakah ini susah?Mungkin anda merasakan keluarga anda lebih ceria,sebab ramai bilangan ahlinya...janganlah anda menyisihkan keluarga yang lagi satu hanya kerana anda "TIDAK TAHU NAK BUAT APA".Sayangi isteri,sayangi suami,sayangi keluarga mereka.Terimalah mereka seadaanya.
Situasi kedua:
Kadang2 jika terlalu ramai, cerita yg buruk lebih banyak kita dengar?umm..kalau anda sebagai si isteri yg mengalaminya, kita tentu takkan lari dari mendengar orang yg pendek akal akan bercerita pasal menantu itu,bakal menantu ini,tunang si dia..Semuanya ada je yg tak kena seolah2 yg bercerita itu sempurna sangat.Sampaikan kita sendiri akan terfikir "sudah tentu pasal aku pun orang bercerita..ala..menantu si anu anu tu.."..umm..tak mustahil..padahal,orang yang mereka mengata tu..tak kacau orang pun..duduk diam kat rumah je.tapii, bagi aku mengalaminya, aku lebih suka hanya mendengar tanpa sepatah pun komen kerana pertama;aku takde masalah dgn orang yg mereka kata.kedua;orang yg mereka kata tu lebih baik dari si pengata.ketiga;aku bercinta dengan keluarga si dia,oleh itu aku lebih suka menerima saja keadaan itu dengan berdiam saja.dan yg keempat;aku juga dah dengar apa yg orang itu kata pasal aku, pedulik hapa aku!!!sebab aku tau apa kelebihan aku berbanding kau yg mengata orang..JADI kepada anda isteri2 yg setia, atau anda bakal2 isteri,ini adalah kehidupan.tanyalah pada ibu,emak,mama,makcik sedara atau sesiapa saja yg pernah bergelar isteri, mereka pasti pernah mengalaminya.Jadi,kita sebagai isteri, bersabarlah.Kerana kita adalah perempuan.Jangan jatuhkan maruah kita dengan orang2 yg pendek akal seperti itu.Kita dah berkahwin dengan suami yg kita cintai,jadi secara otomatiknya kita juga dah berkahwin dengan keluarganya SEKALIGUS dengan saudara maranya.Oleh itu kepada bakal2 isteri, sediakan ilmu di dada, tak salah bertanya pada orang yg berpengalaman kerana itu pendinding utk kita bahagia hingga ke akhir hayat.InsyaAllah, jika kita dah masuk dalam keluarga si dia, kita takkan terkejut.Seolah2 kita sudah belajar menerima keadaan itu."kerana kita adalah pencinta yang SETIA"...
Situasi ketiga:
Hari ini hari gaji.Hari membayar hutang piutang sedunia!!huhu~

Monday, February 23, 2009

"Duit duit..di mana kau duit"


Dgn pertolongan si Lagenda aka panda opss.., sib baik sempat buat PV kat blog ni..kalau tak, adalaa anasir2 jahat yg coba menggodam nye..MENYAM DUK BELAH!! horeyyy..minggu ni aku nak balik umah my mother n my father (err..cam geli je ayat ni)hehe..uwaa..rindu sangat..rindu ngan Toti .. (kucing berekor kontot si mata biru) pehtu aku plan, ada rezeki lebih nak bawak my sis n my brothers (cam geli jugak je ayat ni) pegi nengok wayang cite upin ipin..pehtu kalau ada rezeki lebih, makan kenny rogers..umm..syedapp..hehehe..kalau ikutkan tajuk ateh tu..huhhh...mengeluh pun tak baik..bulan ni terasa panjang sebab dari gaji bulan lepas 19.1 nak menyampaikan ke bulan ni 25.2 tak ke lama tu..hehehe~apa2 pun..tinggal berapa hari saja.Alhamdulillah..hari ni aku puasa.menyambung puasa yg tergendala..hari tu sempat ganti 6 hari saja..ada lagi 24 hari nak ganti..fuyoo..tu laa..sapa suh aku tak puasa..hehehe..ada sebab ye tuan2 puan2 aku tak puasa..umm..ingatkan kalau berdaya dan kuat mental serta fizikal nak sambung puasa ni berderet..tapi..mampukah aku!! huhu~

Nak seribu daya..tak nak..seribu alasan.

Thursday, February 19, 2009

"Liku-liku kehidupan"



Semalam aku cuti gi hospital..teman husband gi check-up..balik dari tu..singgah rumah mertua..adalaa barang yg husband aku nak amek..dalam kul 3.00 ptg baru gerak ke rumah kitorang..tu cite semalam la..hari nii..dari pagi sampailaa tadi ni..aku sibuk wat keje..biasala kerja2 kerani..tapi skang ni aku free skitla..sebab tu ada masa nak "hapdet" benda ni.alah..memula ada blog..biasala..sibukla nak menghapdet..karang..dah lemau..tak maunya..


"Ya Allah Ya Rahim, ampunilah dosaku,dosa suamiku,dosa kedua ibubapaku,dosa adik beradikku,dosa saudara maraku,dosa guru2ku,dosa rakan2ku dan dosa seluruh umat Islam yg lain..
Ya Allah Ya Rahman, kurniakanlah kami agar menjadi umat Mu yang soleh mencintai Islam.
Ya Allah Ya Razzak, limpahkan kami dengan rahmat Mu,kurniakanlah kami rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Ya Allah Ya Jabbar,makbulkanlah hajat kami semoga kami tergolong dalam golongan yang beriman dan ditempatkan di dalam Syurga Mu.
Ya Allah Ya Mutaqabbir, jauhkanlah kami dari azab api neraka,jauhkanlah kami dari perbuatan syaitan dan iblis yg direjam,jauhkanlah kami dari segala penyakit, jauhkanlah kami dari sifat khianat dan munafiq serta kemiskinan.
Ya Allah Ya Wadud, kurniakan kami dengan kesihatan yang baik zahir dan batin.
Ya Allah Ya Zaljala Liwal Ikram, makbulkanlah semua hajat kami dan semoga kami menjadi umat MU yang taat dan bertaqwa serta satukanlah hati kami ke jalan MU yg diredhai.
Amin Ya Robbil Alamin... "

Tuesday, February 17, 2009

"Ermmm"

Hari ni tak sempat nak buat banyak perkara yg selalu aku buat..heheh..(alah..setakat buka pc pehtu cek-cek apa2 yang patut)..kerja pun tak buat hari ni..bukan apa..jadi usherettes (huh..kalau orang lain ni..siap tulis macam die yg pegawai..siap tulis macam die laa yg buat event tu event ni)hehehe..aku cuma kakitangan kerajaan gred N17 aka kerani aka pembantu tadbir..buat apa nak malu..betul tak? ada kerja juga..kasihan pada mereka2 yg belum dpt kerja..padahal graduan2 yg lagi pandai dari aku..belum rezeki lagi agaknya..okey..aku nak kemas2..esok cuti..

Selamat Membaca!!!!

Monday, February 16, 2009

"Tanda Kebahagiaan Sebelas Perkara"


1. Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat.
2. Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-Quran.
3. Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu.
4. Sentiasa memelihara solat lima waktu.
5. Warak terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak.
6. Bersahabat dengan orang yang baik-baik.
7. Bersikat tawaduk, tidak sombong.
8. Dermawan lagi pemurah.
9. Bersifat belas kasih terhadap makhluk yang dicintai Allah S.W.T
10. Menjadi orang yang bermanfaat bagi makhluk.
11. Banyak mengingati mati.

...dan Tanda Kecelakaan...
1. Rakus dalam mengumpulkan harta.
2. Keinginan hanya utk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia.
3. Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang.
4. Meremehkan solat lima waktu.
5. Bergaul dengan orang-orang yang berbuat dosa.
6. Buruk budi pekertinya.
7. Berlaku bongkak dan sombong.
8. Tidak memberi manfaat kepada manusia.
9. Sedikit belas kasih terhadap orang-orang yang beriman.
10. Kikir.
11. Tidak ingat mati.

Al-Fatihah kepada umat islam yang sudah tiada di dunia ini.Semoga mereka tergolong dalam golongan yang beriman.Amin.

Thursday, February 12, 2009

"Rumahku Syurgaku"



Cakap pasal rumah, aku pun teringin nak beli rumah.Tapi nak beli rumah kene cukup duit (tak elok ckp takde duit..nanti betul2 takde) Hari2 survey nengok rumah. xde yg murahnya..rumah ni makin lama makin naik harganya.skang ni aku masih menyewa lagi..kalau nak dpt rumah idaman tu..belum rezeki lagi..InsyaAllah..rezeki kan cepat atau lambat saja..jadinya bersabar..tapi bersabar pun tidak boleh tanpa usaha..yang kelakarnya..aku rajin ngk rumah sana, ngk rumah sini...siap jumpa agent lagi..tapi, duit dlm tangan tidak kecukupan..hehehe...ntahlah...orang beli baju..kite sibuk nak beli baju..orang beli sofa..kite pun sibuk nak tukar sofa..orang beli rumah..kite pun teringin nak ada rumah.. (Alhamdulillah..aku dah ber"rumah" tangga)..ada rumah jugak!..hehehe..moral of the story: buat baju tu..ukur2 lah badan sendiri..janji..kita hidup dgn kesederhanaan..susah2 dulu..bersenang kemudian..
bak kata zizi: "benda2 macam ni kan takleh janji..insyaAllah"...

Wednesday, February 11, 2009

"Kisah Wanita Purdah"


Renung-renungkan... dan Selamat Beramal.




Tuesday, February 10, 2009

"Cinta Sang Ratu"


Nama blog ni aku pilih sempena tajuk buku hasil karya novelis thriller terkemuka Malaysia "Ramlee Awang Murshid"..best woo cite ni..ni bukan cerita tangkap cintan punya...cerita ni bersiri...sampai aku sendiri jatuh cinta dgn watak-watak yg ada dalam cerita ni..hampir semua cerita yg die tulis, aku dah baca..tapi ending Cinta Sang Ratu ni, ada adegan mati pulak...takpe, sure ada sambungan lagi...


"Laksamana Sunan berkata: Sebagai manusia, aku sayang pada mu".

Friday, February 06, 2009

"Selamat Memblogger You Olls"






Urmm...takde apa2 yg menarik dlm blog ni..Buat blog ni pun sebab nak jadi one of the followers dalam blog Gegel hehehe...