Sunday, July 27, 2014

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin"


Assalamualaikum Semua dan Salam 29 Ramadhan :)

Alhamdulillah..esok raya dah... 

Puasa cukup tak? hehehehe..pada yang nak pulang ke kampung tu..drive elok²..kalau penat ke..mengantuk ke..rehat dulu..kalau jalan raya jem, pastikan jarak kenderaan anda ye..

Ofice aku pun ada jugak gamba² raya..every year aku simpan gambar² raya semenjak kerja kat MATRADE nih..so ni antara gambar² yang ada..tahun sebelum² nya tak bolehla aku tunjuk sebab masa tu Gayah lom pakai tudung ko..hehehehe..


2012

2013

2014

Aku sendiri nak tergelak ngk gambar raya ofis tahun ni..mmg ikut peredaran zaman betul..Tema Selfie..Director pun ikut je layan perangai anak² buah yang gilos..terutamanya bos aku yang pegang monopod ni lah..hhehehe lawak..

So, korang tengah sebukla ni.. tgh masak rendang lah ni..tgh nganyam ketupat lah ni...tgh kacau dodol lah ni...tgh pasang langsiorr lah ni..gituuu..beraya sakan ye..hehehe..apa² pon..time raya jangan makan banyak² sangat..hehehe kolestrol gitu..hahahaha..ok Bye!

S E L A M A T   H A R I    R A Y A   A I D I L F I T R I   M A A F   Z A H I R & B A T I N
K O S O N G -  K O S O N G






Thursday, July 24, 2014

"Sejarah Bumi Palestine-Save Gaza"

Assalamualaikum Semua dan Salam 26 Ramadhan 

Sekejapan saja Ramadhan nak tinggalkan kita.Harap² amalan kita diterima Allah SWT.insyaAllah amin.

Kita dikejutkan dengan kisah #MH17..satu dunia ambil peduli..Al-FATIHAH untuk mangsa² yang beragama Islam.Semoga ahli keluarga mangsa semua tabah dan kuat terutamanya dalam menghadapi suasana hari raya yang bakal tiba..serius..nak menaip pun sedih..terasa betul...Kisah #MH370 pun belum reda...tapi sebagai umat Islam..kite kene yakin dan redha..bahawa Allah itu ada perancangan sebaik² Nya..insyaAllah..amin.

Kisah Gaza ini , aku ambil dari sudut yang lagi satu.Kenapa ya, satu dunia tidak ambil peduli sama peduli kisah #MH17 atau #MH370 ? Ntahla..siapalah aku nak fikirkan atau nak lontarkan perkara² begini...Tadi terajin godhek² internet baca pasal #MH17 dan #MH370..pastu aku teringat nak baca sejarah Gaza juga..dan aku jumpa ini..

Maybe ramai yang dah tau..tapi sajalah aku post kat sini untuk pemahaman kita.Dari satu negara yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa..dari satu negara yang aman damai..bertukar menjadi negara yang porak peranda..perang di sana sini..wanita dan anak² yang tidak berdosa jadi mangsa.Kaum lelaki menjadi benteng untuk mempertahankan negara tercinta. *semangat patriotik*..rasa berbangga dan bersyukur aku masih duduk di Bumi Malaysia yang aman dan damai..tapi terdetik juga hati kalau Malaysia jadi begitu? renung² kan lah... aku dengar bunyik orang main mercun pum pam pum pam sana sini pon aku dah takut..inikan pula..apa perasaan mereka yang duduk kat Gaza tu..dengar bunyi bom hari² :(( uwaa..sedihnyeeeeee...

Ambil sedikit masa..dan baca sejarah bumi Palestine ini..Tak rugi pun..dalam Al-Qurran pun ada diterangkan kisah² Nabi yang berkaitan dengan bumi Palestine ini yang dulu didiami Umat Bani Israel.

Sumber: iluvislam

Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan ‘Tanah Yang Dijanjikan Tuhan’ kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.
Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).
Sejarah Awal
Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.
Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).
Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.
Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.
Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.
Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.
Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.
Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan ‘fatwa’ mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.
Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.
Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.
Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.
Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.
Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.
Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.
Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.
Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.
Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.
Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.
Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.
Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.
Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.
Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.
Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, “Hari ini, Perang Salib sudah berakhir”.
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.
Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.
Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.
Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.
Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.
British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah
Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.
Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.
Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”
Lord Curzon menjawab, “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam”.
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.
Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.
Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.
Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler.
Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.
Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel.
Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.
Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.
Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.
Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.
Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.
Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang
Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.
Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.
Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.
Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.
Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.
Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.
Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.
Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.
Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.
Fikir-fikirkan.

Friday, July 18, 2014

"Pray for Both"

Assalamualaikum Semua dan Salam 20 Ramadhan

10 Ramadhan terakhir untuk kita..Allah beri apa saja untuk kita pinta..Doakan kesejahteraan Umat Islam di seluruh muka bumi ini...Doakan ibu bapa kita..doakan umat Islam yang telah pergi dahulu..Doakan anak-anak kita menjadi umat mukminin dan mukminat yang beramal soleh..Doakan kemenangan yang besar kepada Umat Islam..Doakan Malaysia sentiasa aman dan bersatu padu..dan sedekahkan ayat-ayat suci Al Qurran buat mereka semua ini....doa dan berdoa..

Sumber: Google


#prayforMH17 / MH370
#prayforGaza

Kerana satu-satunya senjata Umat Islam adalah DOA.

AL-FATIHAH.




notakaki: peringatan untuk diri sendiri juga..insyaAllah.. 



Wednesday, July 16, 2014

"Kerana Terpaksa Aku Relakan"

Assalamualaikum Semua dan Salam 18 Ramadhan.

Semalam syokla tak kerjakan..cuti duk sesaja kat rumah..hihihih..Tahun ni officially Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ambil cuti Sempena Nuzul Al-Qurran.Alhamdulillah..dapat rehat² di rumah bersama keluarga tercinta :*


Balik kerja tu..kadang² layan jugak cerita drama pukul 7 petang tu..Kalau dah terlayan dari 1st episod memang bagai digam pungkoq tu depan tv.Tapi time iklan, cepat² ready amik wudhu nak solat.Sebab nanti Mr Najib dah jeling..hihih..kadang² terjebak jugak sampai abis cerita baru nak solat maghrib..astagfirullahalazim..adehh.. (tunduk kepala)..

So, ini cerita memang aku terlayan dari 1st episod sampailah hari Isnin baru ni..ada jugak termissed 2-3 episod tu..sebab balik lambatlah..so, duk tanye anak² buah yang melayan jugak cerita ni sebabkan depa tau aku layan..heheheh..budak² bercerita jujur..so aku boleh percayalah..

Sumber: Google
Tapi, awatnye hari isnin yang last episod tu..macam cepat sangatt nak diabiskan..haih..tensen mak..aku punyalah masak awal² untuk berbuka dan get ready depan tv..yela..sebab last kan..tanak missed la satu dialog pun..(ewah..beriaa gayah)..hahahah~ dengan aku berebut remote dengan Aaron Ridzqy..tu lagi satu..katun katun katun kaaaatunnn aje.. pandai request kat aku.."mami..616 please"...tom n jerry la...oggy lahh..adventure time lah..stress ....hahahaha..gaduh dengan anak berebut remote tv..heheheh..takpela..mami akan merindui moment ni jika kamu besar nanti..kamu dah beranak pinak takkan mami nak berebut remote dgn kamu lagi kan.. :P pfttt~

Ouh berbalik cerita ni...ummmm macam tergantung...so sad...tiba² je last tu..datuk kata..die kenal mak Indah..dan tau mak Indah kat mana..pastu teetttttt..abisss..hoh...harap² TV3 buat sambungan ke..telemovie ke..mcm Nur Kasih dulu tu..hahaha..boleh je aku beli novel atau google saja kat internet apa cerita dalam novel tu...tapi saja je malas..ummmm..surprised kat diri sendiri... :P

oklah..sekian luahan hati hari ni..memang betul2 terpaksa dan rela lah :P

Assalamualaikum dan Buhbye :)


Thursday, July 10, 2014

"Cara mudah nak ke MATRADE"

Assalamualaikum Semua dan Salam 13 Ramadhan :)

Sekejapan saja masa berlalu.Alhamdulillah kita masih merasai bulan ramadhan tahun ini.

Ok.Sempena entry sebelum ini..berkenaan Vendeur Festival tu..hehehe..aku nak bagitau korang satu² nya public transport yg mudah nak ke sini selain bawak kereta atau naik taxi adalah..BAS!

Untuk yang nak datang sendiri naik kereta ke moto ke lori ke..hehehe..ni map dia..kalau korang google pun boleh saja.

sumber: Google
aku tak pandai nak explain..korang ngk sendiri je la ek..hehehe
Ok.untuk u olls yang nak datang naik public transport iaitu BAS..silalah gunakan alternatif ini di Stesen Titiwangsa.Dulu² aku penah naik bas kat situ..dulula..masa lom kawen..hihihi..masa tu MATRADE baru beroperasi kat bangunan baru kat Jalan Duta ni lah..sebelum ni kat Wisma Sime Darby..Ouh..rinddunyaaa Wisma Sime Darby dulu..huk huk huk :P


Sumber: Laman Web Rapid
so, inilah route bas tu dari Titiwangsa membawak ke Solaris Duta Kiara. 

Sumber: Laman Web Rapid
ok.yang nak drive sendiri pun bolehla ikut map ni wat reference..ahaha jangan korang ikut jalan bas pulak..karang kene saman. hohohoh~

bas ni akan jalan ikut laluan yg kaler hijau tu :)

ok.dari tadi bas..bas bas..babas bagai..nombor bas apa daa? hehehe..(gayah sangattt)..choii..ok ok nombor bas adalah Bas Rapid U618.  no leng seng..no city linear..no bas mini..no bas sekolah..only bas rapid tau.. :P

Ok.Jumpa Sabtu Ahad ni.insyaAllah..Bye!

"nyerongen nyerogen jugerrr...moh kite berame"



Monday, July 07, 2014

"Vendeur Festival 2.0"

Assalamualaikum Semua dan Salam 9 Ramadhan :)

macam mana puasa setakat ini? hehehehe..ada yang yok yang yok tak?mestilah tak kan..dah beso panjang ghoper ini..kalau time kecik² dulu....kat sekolah "dah berbuka"..kat rumah time tunggu berbuka tu..alahaii..macam puasaa sangatt..hehe..eh?sapa ek? ntah..tataula sapa buat macam tu..hohoho..#oppsss gitu

dah shopping untuk raya?dah beli jubah raya?tudung raya?baju raya segala² nya?jangan gusar..sebabbbb..VENDEUR FESTIVAL akan buat jualan hebat kat MATRADE..eh mcm penah dengar je nama MATRADE ni.........laaaa..kat office aku keje jee..hohoho.. (bajet saspen sangat) :P


sumber: Google / Instagram

see..ada macam² brand kan..menarik kan..hehehe harap²lah deme jual murah²..kalau mahei benor..aku mampu nengok jela..huhuhuhuhu~plissss..tolonglaa jual murah²..

Sooooooooooooooooooo...Letttttsssss Jommmmmmmmmmmmmmm Sabtu dan Ahad ini 
(amboii..ayatt mcm gayah² sangat..hahaha~)
teruja sebab buat kat ofis tempat kerja kan.. 

Jumpa u olls di ofis ye :P


12 & 13 JULAI, 2014
10AM- 10PM
MATRADE EXHIBITION AND CONVENTION CENTRE



Saturday, July 05, 2014

"Rezeki"


Assalamualaikum Semua dan Salam 7 Ramadhan :)

Lately ni rajin pulak nak update blog.Bersemangat rasanya..hihihihi.Tapi!!!...kalau datang penyakit "M" aku tu..humphhh..abislah..mau makan bulan nak buat satu cerita pun payah..senduuu je nengok kan..rasa nak penampo kan aje..hihihihi

Aritu ada jugak post blog pasal ni. Sila baca ni Dapat BE . Walau tak banyak jumlahnya cukup buat aku rasa bersyukur sangat.Nak bersaing dengan blogger lain jauh sekali.Lagipun aku nak kata aku blogger pun ... maluuuueeww..hahaha..biasa² sajalah..update pun seketul dua ketul je..aku pun sederhana orangnya..ngeeee..

Lama tak godek² blog..pastu update bio, hobi etc kat profile nuffnang tu..pastu google camne nak hantar ticket...Nampak.. lama sangat tak update bio sampai aku lupa nak buat benda tu..pastu hantar ticket tanya itu ini..hohohoh..bajetla konon..eh tapi betullah..tips² yang blogger² berjaya bagi tu..nampaknya berjaya dan terlajak mujarab dannnnnn ianya betul² terjadi kat blog aku.

tak caya meh nengok ni..compared dari entry Dapat BE ni...dengan yang baru ni..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





see..dari 2 BE..tambah lagi 3 BE yang berenang² di tepian kat blog picisan ni..Alhamdulillah.harap² BE ni tak berenang di tepian terus..Moga² terus berenang² ke hulu ke hilir sampai ke lautan Hindi.Moga ianya KEKAL AKTIF! wah..macam baca script iklan.hehehe

ala...mmg betullah tak banyak mana pun kan..tapi just nak share dgn korang..korang rajin² buat k.Sebab aku memang M untuk malas..hihihih..Harap semua tak salah faham.Ini bukan entry riak atau takbur.Cuma aku nak bagitau apa yang blogger² berjaya beritahu tentang tips² tu adalah betul dan terjadi kat blog aku.Its really work! Meh aku mention blog sapa yang aku ikut tips tu..taraaaaaaa.. si cantek manis :)

Apa² pun..korang cuba dulu k.InsyaAllah rezeki berpihak pada kita.Tak banyak pun..sedikit jumlahnya lama² jadi bukit juga.Selamat Berbuka Puasa u olls.. aaaanndddddddddd.......




T H A N K Y O U N U F F N A N G!!!




Tuesday, July 01, 2014

"Salam Ramadhan"

Assalamualaikum Semua dan Salam 3 Ramadhan :)



Sumber: Google

Sumber: Google/spreadsalam.com


Sumber:Google/spreadsalam.com


Sumber: Google /spreadsalam.com



semoga puasa dan amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT .amin ya rabbal alamin .

S e l a m a t B e r p u a s a & S e l a m a t B e r b u k a P u a s a :)