Tuesday, October 14, 2014

"Ayam Jack"



Assalamualaikum semua.
Hai.hehehe

Serius.LAMA betul dah tak makan ayam goreng yang satu lagi tu.Bila dah besar² ni rasa muak aja.Dapat pun Alhamdulillah.Tak dapat pun takpela.Sebab dah muak sangat.Mungkin faktor umur.hihihihih..

Masa sebuk² hal Palestine tu, memang tak makan jugakla ayam goreng yang satu lagi tu.Sampailah kita diperkenalkan dengan ayam goreng yang satu lagi ni.Aha itu dia.Namanya Uncle Jack Fried Chicken.Tapi kalau anak bujang ni sebut "Ayam Jack" saja.hehehe..

Murah dan sangat sedap!

Asal saja balik rumah mak kat cheras tu, mesti singgah Giant sebab nak beli Ayam Jack ni.Ada set untuk kanak-kanak yang datang dengan ice-cream sekali.wuih..jangan kata anak-anak, mak ayah pun suka.Hahahaha.Takdela macam kat tempat lain yang ko tak boleh beli set budak sebab takde budak disebelah.Gitu kan.

Setiap set ada nasi, ayam dan air.Jadiklah, yang basic² tu kan.Tapi kalau Mr Ajib tak cukup.Tang nasi tu kata beliau.hahahaha..memang secoet la untuk perot macam tu kan.Tapi untuk anak-anak lepas kenyangla.hihihihi..

uihhh lupa.Lagi satu.Karipap dia sedap ngkoooo...

Rasa-rasa kepingin dengan karipap IKEA tu..bolehla beli kat situ.Cuma beza takde telurla intinya..hihihih..Restoran Uncle Jack Fried Chicken ni kebanyakkan francaisnya ada di Giant² yang tertentu sahaja.


Duta kecil tidak berbayar :P




Oklah.itu je nak cite.
Bye :)



No comments: