Monday, March 16, 2015

Teh




Assalamualaikum Semua.



Aku bukanlah seorang penggemar teh.Pada pandangan aku,air teh akan menyebabkan aku angin dalam badan yang bukan calang² nya angin. Sampai kepala membawaknya.Tataulah..perasaan aku saja atau memang begitu sifatnya pada diri aku.Bukanlah tak penah minum teh.Kalau teh tarik tu aku suka.Tapi hadaplah kesan angin selepas tu.Kalau aku lupa daratan, aku akan togok teh tarik tu sambil buat² lupa...tih tih tih tih.. :P

Adalah sesekali aku google pasal penjagaan badan dan kesihatan diri (eh mcm bukan sesekali je)..tih tih tih..Teh juga memainkan peranan penting dalam kesihatan badan.Terutama nak melangsingkan badan.wow! mata terus mengeluarkan cahaya.hahaha..Teh Orang Kampung tu penah je aku minum dulu masa zaman anak dara.Fuh..hazabedah bila datang aura nak memberut tu..dasyat kau.Nak lagi bila saat tiba tu adalah ketika kau sedang berdiri dalam bas intrakota atau citylinear (flashback waktu dulu) yang sarat dengan manusia di mana destinasi yang kau nak tuju amatlah jauh lagi.perghhhhhhhhhh..meremang² bulu yang ada kat badan.

Bila sampai je destinasi, takde tempat lain yang kau tuju melainkan bilik tandas yang amatlah kau dambakan ketika itu...tih tih tih tih..itu zaman dulu lah..zaman aku layan teh orang kampung.Sekarang ini aku rasa, teh orang kampung dah tak lut kat badan aku.Apa punya badan dah.hehehehehe..So alternatifnye adalah..TEH HIJAU.

Aku jenis kalau nak mencuba sesuatu akan aku kaji dan study dulu.Aku puas hati baru aku cuba.Lepas godek itu ini tanye itu ini baca itu ini.Maka terbelilah dua benda ini.




Testimoni dari aku: Dedua ok.Sedaplah.Nak kata sedap sangat..sedap lagi teh tarik.hihihih..Alah..ibarat kau beli teh uncang biasa tapi takyah buh gula.Haa..gitulah..tih tih tih tih tih.. Begitulah kisah aku dan TEH. Takde lah apa sangat pun.Sekadar up entry yang semakin sendu.tih tih tih tih.




Tapi aku suka mengeTEH walau hakikatnya aku minum milo. tih tih tih tih :P











Happy Reading :)




2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

kena cuba nie

SangRatoo said...

Nurzakiah Hanum: ha cuba cuba..hehehehe.. :)