Friday, February 03, 2012

"Pangkor"

Assalamualaikum Semua dan Salam 10 Rabiulawal :)
dan....
Hari Ahad ni hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang ke -12 Rabiulawal.
sama² lah kita berselawat ke atas Nabi junjungan kita.




A.M.A.R.A.N

Entry kali ni banyak gambar dan panjang.Silalah rajin :)

Saya fikirkan tidak akan ada percutian lain dalam waktu sehingga saya bakal fly ke Sabah bulan 4 nanti insyaAllah bersama suami dan anak.Tak sangka kami 3 beranak sudah selamat sampai ke Pangkor sabtu ahad baru² ni.heheh..seronok..Mr Ajib biasa saja..yelah..orang lelaki takkan tunjuk excited mereka..anak pulak..sudah pasti terlonjak²...mak? hehehe.lebih lagi!

Sebelum hari² nak dekat tarikh especially dlm minggu itu..saya sangat berdebar.Saya takut nak rasa seronok lebih.Saya takut nak rasa teruja lebih.Sebab takut jadi apa².Saya prepare segala macam ubat²an dan kudap²an untuk Aaron.Dan yang paling saya berdebar, takut Aaron buat hal dalam bas.Yelah, pertama kali nak naik bas dan bot/feri.ishkk..janganla kau mintak nak balikk pulak..janganlaa menangiss dlm bas atau bot/feri..harus mak yg nanges lebih..heheh

Kami ikut rombongan ofis.Bertolak jumaat malam sabtu.Ikut perancangan dalam pukul 1 pagi bas akan bertolak dari ofis.Dan dah tentu Aaron Ridzqy sudah nyenyak tidur.Hampir jam 11 malam, saya dan Mr Ajib sudah siap².Tepat jam 12 malam, kami 3 beranak bergerak dari rumah ke ofis.Aaron masih tidur dan saya masih berdebar².Terfikir² apala agaknye keadaan nanti.

Sampai di ofis, kawan² lain semua dah ada.Ada jugak kawan² yang bawa pasangan masing² dan anak².Termasuk Aaron ada 4 kanak² semuanya.hehehe..Saat yang ditunggu pun tiba.Bas sampai dan haruslah saya dokong si kecik tu masuk dalam bas.Tapi die mcm tau² je.Terus sedar. "Mummy, aaron nak naik bas ke?" Saya pun borak² dengan dia untuk tenangkan.Alhamdulillah.Dalam bas die ok je.Sesekali die tercari² Mr Ajib yang sibuk kemas beg kat bawah. "Mana papa?papa mana?" camtu je soalan die..terbalik² kan je..hehehe.Tepat jam 1 pagi, bas pun bergerak.

Sepanjang jalan die asyik ngk lampu² kat luar tu..siap puji diri sendiri.
"Pandai Aaron naik bas.Aaron tak nangis kan mami"
hehehe..yelaa nakk oii..ckpla apa pun..jangan melalak sudah..heheheh

Dalam pukul 2 lebih barulah Aaron mintak "milo"..dan terlelap..mmg dua seat tu die saja.Demi anak, takpelah mummy duduk senget sikit..heheheh..4 jam woooo..lenguhh wooo..

Saya pulak, jenis memang takkan boleh tidur kalau pergi mana².Siang ke malam ke.Selagi tak sampai destinasi.Tataula kenapa.Maybe peristiwa pernah eksiden dengan family dulu buat saya fobia.So, sepanjang malam saya tak tidur.Duduk agak depan.Mata asik kerling ngk jam.Baru seminit seminit jam tu bergerak.hehehe..Sesekali ngk pemandu.Kalau saya rasa pemandu bas tu mcm mengantuk, harus saya menjerit biar semua org bangun.hehehe..Tapi, so far pemandu sangat ok dan berkaliber :P

Ada dua kali berhenti rehat.Dalam dua kali berhenti tu juga Aaron masih lena.Sempat saya layan vcd.Cerita Rha-One dengan Shark Night.Orang lain semua dah membuta.Saya rasa cuma ada 3-4 orang je tak tidur termasuk pemandu dengan kawan dia.Kali kedua berhenti solat subuh kat masjid.Aaron masih lena juga.Saya bergilir² turun dgn Mr Ajib.Hampir jam 7 pagi (Sabtu) lebih kami sampai di Jeti Marina.






Jeti Marina ni tempat baru.Kawasannya luas.Tapi belum pesat membangun berbanding Lumut.Yang bestnya Jeti Marina ni, nampak tak gambar Aaron dengan Papa die kat atas ni.Sebelah sana tu lah Jeti Pangkor.Dekat kan.Cuma ambil masa 10-15 minit saja.Kalau Lumut, dah nyenyak tidur pun masih kat tengah laut lagi..hehe.dalam 45minit kalau tak silap saya.

Mami: Aaron, kite nak naik apa ni?
Aaron: Naik boat.
Mami:Kaler apa boat ni?
Aaron: yellllooowww (slang bajet omputeh sgt) :)

Alhamdulillah Aaron ok je dlm boat/feri ni.Tak meragam langsung.Syok sangat.Apa yang saya fikirkan sebelum ni langsung tak terjadi.Alhamdulillah.Papa sibuk telefon orang kl bagitau dah nak masuk Pangkor.hehehe..
*ok..muka agak sememeh sikit di waktu pagi.abaikan*


hoh~ kejap je dah sampai.Macam berenang je..heheh (ayat bajett)

Saya last ke Pangkor tahun 2007 ke 2008 mcm tu sebab kursus team building.Kami naik bas mini mcm ni lah sepanjang kursus berjalan.Dan kali ni, tak sangka naik lagi sekali utk ke Pangkor Rimba Camp.Tempat kami bermalam nanti.Mami Aaron syok betul naik bas.nyeh nyeh nyeh.. :P





Sampai dah kat Chalet.Ada jenis rumah kayu.Ada jenis batu."Rumah" kami 3 beranak yang atas tu jenis batu.Betul² paling tepi dekat dgn orang² baju kuning ni berkumpul.hehehe..Sebenarnya, aktiviti pagi itu adalah jungle tracking selepas breakfast.Tapi, tak dapeklaa nak menolong sebab den bawak "henbeg kekal"..den nengok dari kejauhan sajalah..hehehe..Sementara dorang² ni nak dgr briefing utk aktiviti pagi tu, kami² yang bawak "henbeg kekal" ni bawakla henbeg masing² ke tepi pantai.heheheh..Kami diberi kelonggaran untuk buat aktiviti masing²..tengkiu encik² dan cik² urusetia.


Anak² syok maen pasir.Aaron pun mcm terkejut mula² main pasir.Sebab selalu Mami die marah kalau main pasir.Kali ni mami bagi izin.Mainla sampai muak..hehe..
Kawan² baru Aaron.Abang Irfan dan Zarif.


hoh..muka bajet Mami dengan topi pantai.(dicilok dari rumah cheras) hehehe.Pakai topi seluas alam ini ingat dpt membantu supaya saya tak burn dek cahaya matahari.Alangkah terkejutnye saya bila masuk bilik chalet dan bukak tudung..pergh..ada garisan kutub timur dan barat di dahi..demmm~ kecewa saya..Walau tak jelas, tapi dah menjejaskan kualiti kulit saya..hehehe..siapla..petang karang lumur lagi lotion tu banyak²..




Lepas lunch, aktiviti adalah bebas.Sebebas-bebasnya.heheh..mcm biasa, Papa sebelum nak memancing, layan anak dulu.Main² pasir sekali lagi. Ouh, Aaron dapat hadiah dari Untie Wan Su.Set mainan pasir tu.hehe Tq Untie Wan Su.Jeles Mami ngk Untie Sally, Untie Rai ngan Untie Nadi berendam dalam tu.Kemaen.Kebanyakkan gambar dalam laut tidak diambil sebab Mami malas pegang kamera sambil pegang anak.Sebab Mami pun nak rendam juga..heheh :)



Malam. Barbeque Nite.Ada party karoks sekali.Tapi saya tak dptla menyumbangkan suara yang sumbang nih.Sebab henbeg kekal saya dah ajak balik bilik.Jadi, saya antara orang terawal..oppss pertama ye yang makan tatkala orang semua sibuk barbeque.Sorryy..hehehe..Gambar² ni kebanyakkan saya mintak dari kawan² lain.Tq u olls :)

*wah papa..kemaen menyanyi..anak bini kat bilik.syok tido dah*




Pagi Ahad.Selepas breakfast, aktiviti adalah snorkling di Pulau Penyu.Tempat biasa untuk snorkling.Ikutkan hati saya nak pergi.Tapi tataulah kenapa mcm tak sedap hati.Jadi, saya ngan Aaron je stay di chalet.Yang lain² termasuk 3 anak²  semua pergi.Aaron memang sendula sebab ngk papa die naik bot.Saya pujuk die juga nanti kita main pasir.Tapi masih sendu sebab ngk Abg Irfan, Adik Ikram ngan Zarif pergi naik bot.Sedihla kawan² dia semua pergi.hehehe.





Hoh..kalau ngk kepada gambar atas ni, rasa menyampah juga.hehehe.Takpela Pa. Ma dah penah snorkling kat situ 2 kali sebelum ni.Masa zaman Ma muda mudi dulu.takpela..tak kisah pun (ceh..ayat bajet dengan campuran sedikit cemburu) hehehehe :P

Nak dijadikan kisah, patutla rasa mcm tak sedap hati.Elok je lepas semua orang dah ke Pulau Penyu tu, saya yang tengah kuis² pasir sambil pujuk Aaron.Tiba² Aaron buat muka berkerut. "Mamii..aaron berak.jom balik bilik mami"...hehehe..oh ocay ocay..jom..haha..kalau la kat atas bot kau buat perangai mcm ni..manala saya nak buang "khazanah" die tu kan..hehehe...

Dalam bilik, lepas cuci dia saya mandikan dia terus.Agaknye badan dah segar ringan.Terus mintak "milo". Ok jam hampir 11 pagi.Dia pun terlelap.Saya pulak rasa mcm nak memberut.Teringat kata orang tua², kalau memberut tempat yang bukan kita biasa pergi, kita akan datang balik.hahah..yes..Terus saya mandi dan siap².Kami akan check out dalam pukul 1tghari.Jadi, sementara Mr Ajib dan geng² lain belum sampai, baiklah saya kemas barang² apa yang patut.

Hampir jam 12tghari Mr Ajib pun balik..Bersiap packing barang.Tapi Aaron masih lena.Nak dekat pukul 1tghari pun die masih lena.Terpaksa juga saya kejutkan dia untuk lunch.Ada tak saya ckp, makanan yang disediakan pihak chalet tu sedap belaka?ye..enak banget.heheh..

Sebelum bertolak balik, kami jenjalan dulu kat sekitar Pangkor Town.
Kami ke Kota Belanda.



Baca ni.Sejarah tau :)



*Muka budak ini ada banyak happy*

Dah puas bergambar kat Kota Belanda tu, kami ke Muzium Pangkor pula.Masuk adalah percuma.yeayy..

Aaron seronok betul dgn Untie Wan Su, Untie Sally, Untie Rai dan Untie Nadi.
Tapi, bila sampai kl nama dah bertukar².Mami, untie Syida (Rai) mana?Mami, untie Nada (Nadi) mana?..heheh..dengan Wan Su dan Sally mmg Aaron dah biasa jumpa.hehehe

kat luar muzium.Bak kata Aaron.. "its very hott ' tek.."
ada kolkolah huruf K hujungnye..
*bajet*

Puas bergambar, kami ke kilang yang membuat ikan bilis, sate ikan dan sebagainya.




Lepas dah puas bergambar dan sopim, time to say goodbye.hehehe..





*Gambar sendu di jeti Pangkor*

Overall, saya boleh katakan percutian kali ni walau singkat tapi sangat bermakna buat saya dan Mr Ajib.Sebab, segala² nya 1st time bagi Aaron.Dan Alhamdulillah semuanya baik² saja.Saya boleh katakan percutian kali ini juga lebih kepada percutian kami 3 beranak walau ikut rombongan ofis.Sebab kami tak terikat dengan jadual.Tengkiu encik² dan cik² urusetia.Ada rezeki bolehla buat lagi.

Yang paling buat saya syok, bila Mr Ajib kata
"umm..lepas ni bolehla bawak Aaron kalau ofis ada buat apa²"

terus saya senyum sampai ke telinga.



Bye² Pangkor.InsyaAllah, kami datang lagi.
Muah muah muah
800 juta kalik!!~


p/s: Rabu minggu depan keluarga mertua menunaikan umrah.Saya dan Mr Ajib cuti sebab nak menghantar.Mak Teh yang jaga Aaron pun pergi sekali..ouh..apakah nasib Aaron nanti?Taska tmpt ofis saya dah penuh.Jadi bagaimana?tunggu minggu depan. chiowww~

Selamat Bercuti.
Yang memandu, pandulah dengan selamat.Jiwa selamat.
Think About Your Love Ones :)
Assalamualaikum.

4 comments:

kurus said...

bestnyaaa akak x pernah sampai pangkor layie huhuh

Bitt (double IS) said...

pernah sampai waktu remaja tapi tak melawat pon tempat2 tu semua...hehehhe ingat mau repeat sebab best tengok mcm2 aktiviti kann

SangRatoo said...

ieda: hehehe..sesekali jalan syok juga kak ieda :)

SangRatoo said...

Bitt: hehe..syok layan laut..cuma tak syok kalau kulit gelap..eheeheh