Sunday, June 22, 2014

"Langkawi (21 - 24 Mei, 2014) Day 2"

Assalamualaikum Semua dan Salam 24 Syaaban :)

Lagi seminggu lebih u olls kita nak sambut Ramadhan Al-Mubarrak.InsyaAllah semoga kita semua dapat merasai Ramadhan kali ini.Dah ganti pose lom? hihihih ..kalau yg perempuan..fidyah dah bayar..puasa tetap kene ganti ye.. :P alololo..cam ustajah je..takla..saling mengingati tak gitu ^_*

Ok.Sambung entry Langkawi ni ye.Hari kedua.Pagi tiada agenda.Tapi Mr Ajib dah ada agenda sendiri.Seawal pagi kawan beliau yang duduk kat Langkawi ni dah amik beliau.Ke mana? humpphhhh kemana lagi..memancing la gitu..tak boleh disekat dah hobi beliau ni.hihihhi..ok ok..tanpa beliau takkan kita duduk diam saja ye tak..Pagi tu aku buat nasi goreng dan megi goreng.Ada juga roti telur.Sekali air teh panas.Abis.Sempat Mr Ajib jamah megi goreng ngan roti telur tu.

Lepas aku dah bagi Aaron bfast dia pun dah kenyang..tugas adik² layan dia sekejap sementara aku basuh baju..siap sidai..haa..ala² kat rumah gitu..abah santai² nengok tv..sambil² tu aku dan mak sambung bertungkus lumus memasak lauk tghari pulak.Ayam kurma, sayur kobis masak bening, telor sambal, ikan goreng.Masak banyak sekali utk makan malam.Ok.Part makan² ni kitorang memang save kat sini.Beli barang basah pun tak mahal.Dalam pukul 10.00 pagi perjalanan pun bermula.


pose dulu :P

ewah mak..siap lambai² kat monopod..
mak kata: asal monopod ni macam batang payung je..hihihih..

Destinasi pertama pada pagi hari kedua ke DATARAN LANG LANGKAWI.
Sila bergambar di sini sebagai bukti sampai Langkawi :)
Wuih..panas berdeting abak ang..hihihih..sapa² datang sini kalau bawak anak²..better datang awal pagi atau petang sikit..tapi takpela..bagi anak belajar erti panas sikit..chewah..aku pun duk carik tempat redup.. :P


Sumber: http://www.mplbp.gov.my/dataran-lang
Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.





Destina kedua adalah Taman Lagenda Langkawi.
Mak bergambar dengan anak² bujang beliau.
Masa ni Aaron dalam kereta dengan Tok Ann..malas nak keluarlah tu sebab dah panas sangat. 

Sumber: http://www.mplbp.gov.my/taman-lagenda
Taman Lagenda ini berhampiran dengan pantai dan kira-kira 400 meter dari Pekan Kuah.Ia juga terletak bersebelahan  taman CHOGM dan Masjid AL-Hana. Taman Lagenda  dibina untuk menceritakan sejarah Langkawi. Di dalam taman ini terdapat 4 buah tasik buatan , 17 monumen yang mempunyai cerita yang tersendiri, pantai buatan dan beberapa buah tempat rehat untuk orang awam.


Sekadar informasi: Dataran Lang, Langkawi dan Taman Lagenda Langkawi adalah free entrance. :)

Sebelum tu, kitorang ada juga pusing² sekitar terminal feri.Saja nengok² keadaan keliling.Alang² dah sampaikan.Tapi belum ada rasa lagi nak membeli walau mak aku mata dia dah ke kiri kanan nampak cawangan HIG..hehehe..sabar mak..sabarr.. :P

Jam masa tu hampir 12 tghari.Abah kata jom jalan area Pekan Kuah.Sampai situ kitorang cari gerai makan dan bersantap sebentar.Adalah drama dari si Aaron ni..tau jela budak kalau dah panas berpeluh² ni cranky datang sekelip mata...huh..Ku paksa jugak dia makan walau muka dia ketat je..hihihi..

Ringan mulut sekejap tanya orang tempatan *eceh macam ko tourist kan* kat mana bangunan HIG tu..sampai je tempat dituju "ouhhh..takla susah sangat nak cari..tepi jalan je dah nampak bangunan dia..siap hotel lagi kat sebelah..hihihi..

Masuk je bangunan..wah ..gitu...mak macam hilang pedoman dah.hihih.Laju je dia tinggalkan aku bersama trolinya.Aaron aku tugaskan Tok Ann utk memerhati.Tapi sekejap aje.Dia dah panggil² aku.."mamiii nak ikuttt" kuat plak tu..huh..terus aku dudukkan dia dalam troli.Aku teruskan acara survey.Belum ada rasa nak membeli.Tarikh aku pegi tu..adalah seminggu lebih sebelum cuti sekolah bermula.So aku tatau harga² coklat yang aku ngk tu adalah murah atau mahal atau biasa² saja..korang decide ok :)










Aku bukanlah seorang peminat coklat tegar.Setakat makan² gitu jela..Aku tak penah makan pepero tu.Dan aku tatau pun harga kat KL adalah double dari harga kat Langkawi..hihih jakun sekejap.So ada jugak beli time tu utk buat rasa.Kebetulan masa kitorang pergi tu...isu Cadbury sedang jadi viral dalam internet..hihihih..aku dan family takde beli utk diri sendiri makan.Tapi aku ada beli utk kawan² yang kirim.Skrg isu nya dah clear.Dan disahkan HALAL.so, tepuk dada tanya selera.Kalau was²..usah ye :P

Sebabkan pemandu dah penat.Jam pun dah hampir pukul 2 petang masa tu.Risau pulak Mr Ajib dah balik homestay.Dahla telefon dia buat hal masa tu.Sim card rosak apa ntah.Lagi satu sebab kunci rumah aku yang pegang.So Abah kata jom balik.Aaron dah layan mata dalam kereta.Sampai² je kat homestay dah nampak Mr Ajib kat depan rumah.Tengah basuh² kaki..hehehe miss u lah! :P

taraaaa..hasil pancingan beliau aritu.Ikan Talang dapat 3 ekor.Besar² tau..Aku geli nak nyiang nye.terasa macam ikan tu hidup.So yang nyiang ikan mak le..hihihih..
Bagi semua orang berehat² dulu..baring² tido²..Aaron macam mana angkat dari kereta..macam tulah sampai ke katil..penat sangat agaknya..hihih..adik² aku pon semua dah membuta..sedaplah tido bilik memasing ada aircond kan..Aku terus kemas²..panaskan lauk yang dah dimasak tadi. Mr Ajib pun menjamah juga nasi.Lapar katanya. Sian pemancing i :P

Dalam pukul 4.30 petang semua orang dah segar bugar..dah mandi² dah minum² petang..kitorang siap² ke Langkawi SkyCab dan Oriental Village.Expectation aku kat sini adalah hanya berjalan² dan ambil gambar.Sebab, mak aku ni ada darah tinggi.Beliau takut.Jadi takdela nak naik cable car tu.Konsep aku pulak, kalau pegi family, sorang tanak naik.Semua takyah.Walau mak aku kata dia nak tunggu bawah..uih..idakla sampai hati aku nak biorkan dia tunggu sensorang kat bawah kan..hihihih...tapi aku takla ralat sangat sebab aku pon penakut jugak..hahahaha~ but next time..kalau ada rezeki lagi ke Langkawi..i will insyaAllah :)


Aaron punya stail amik gambar skrg mcm tu pulak..apa yg best ntah..hihih bestt besttt :P

Oriental Village
Cantik tempat ni :)
Langkawi Skycab dan Oriental Village ni adalah tempat yang sama.Cumanya kalau nak naik cable car ni kene bayarlah.So kitorang masuk dulu Oriental Village.Jalan² makan angin di waktu petang kala sambil ambil gambar.Cantik ok :)


Tok Ann and Nani berlatarbelakangkan CableCar :)



Yu Jin dan Jun Xiang masa tua :P

nak jugakkk..hihihihih :P

Aaron kata dia jumpa Olaf dalam cerita Frozen :)


Dalam Oriental Village ni ada macam² lagi tempat.Ada tempat menunggang gajah,Taman Arnab, Cinema 6D, Duck Tour termasuklah tempat ala² Korea tadi.Nami Island gitu :P

Berdepan dengan Oriental Village ni lah pintu masuk kaunter Langkawi SkyCab.Kosong je masa tu.Sebab dah petang pun.Maybe dorang pun dah tak bagi naik.Agaknyelah kan..





Otw nak keluar tu bagi can Aaron main dulu.
So agenda aritu adalah jalan² makan angin di waktu petang.Not so bad.Kira sampailah tempat jangan tidak orang kata.hehehe..cuma tak naik aje lah Cable Car tu..its ocay..ada rezeki kite naiklah ek..Otw balik tu..ada satu area tu mcm banyak kapal² cantik dan mewah.So Mr Ajib stop jap jalan² kat situ plak.Syok jugak ok.

Best Aaron kata..gitulah~ :P


kat sebelah padang yang luas tu..ada orang nunggang kuda.syok woo tengok.Tempat orang kaya barangkali :P

Gambar bajet 1..hohoho :P



Gambar bajet 2..hohohoh

awat terkedip mata sebelah ni :P

 

Dah puas amik gambar..masa untuk pulang ke sarang homestay..hihihih..boleh tahan penat juga ye..Makan malam dan berehat²..ada yang tido dah..layan mimpi.Tapi aku takleh tido lagi.Plan asal..bagi Aaron tido pastu nak detim berdua dgn Mr Ajib jalan² kat area Chenang..nampaknya tidak menjadi.Sebab si kecik tu macam ada firasat dapat tau yang mak bapaknye nak detim berdua..tak bagi can langsung.So angkut jugakla beliau dalam pukul 10.30 malam kitorang keluar.

Malam.Area Chenang memang happening ye.Macam cerita baywatch pulak aku rasa..hihihih..Kalau siang macam takde apa je situ..kedai² pun tak banyak bukak..Jalan punya jalan..aku rembat sebiji beg luggage.Dapat harga RM110.ummm..hihih..ok belum beli apa² lagi aku dah buat beg beranak..hihih..


Tapi tulah..kalau dah malam..bawak budak berjalan...memang begitulah.Abis dipaksanya dukung.Mami memang tak larat la sayang..So papa la jawabnya..Sepanjang jalan tu asikla mulut die cakap.."bila nak balik ni mami...Aaron nak tido..Aaron ngantuk..." pfttttttt~ so no detim²..hahaha..teros balik homestay...

Nanti sambung lagi ye..daaaa~
bye ^_^



2 comments:

wardah @ fie shah said...

Terima kasih keran sudi melayan permintaan birasmu ini..ahaha. Jue, selfie mata ko pandang skrin kan..bkn pndg kamera. Hahhaa.

SangRatoo said...

wardah: ahahaha..aku takleh tunjuk sangat yg aku suka selfie..mcm ala² malu tapi mahu gitu :D