Tuesday, June 24, 2014

"Langkawi (21 - 24 Mei,2014) Day 3"

Assalamualaikum Semua dan Salam 26 Syaaban :)
Hari ini, orang² kerja gomen.Siap sedialah...gaji dah masuk..hihihih..selesaikan dan lunaskan hal² yang wajib dulu yek (hutang piutang)..huhuhu *peringatan untuk diri sendiri juga*

Wokeyyyy..kita sambung cerita Langkawi..zsssssssstttttttt!~


Hari ketiga.Sepatutnya perancangan adalah island hoping atau mangrove tour.Dah siap survey bagai.Dah dapat harga kawan² lagi memandangkan Mr Ajib ada kawan kat Langkawi ni kan.Tapi macam aku mention sebelum ni lah..konsep aku kalau family matter gini sorang taknak naik..maka semua takyah naik..Benornya mak kesiankan kitorang..dia sanggup tunggu tapi takkanlah kami ni tergamak nak biarkan die menunggu.So, sebagai seorang tourist guide..aku rombak program yang aku dah bikin dari KL lagi..tak susah mana pun.. :)

So, pagi tu lepas dah breakfast (macam biasa bikin nasi goreng dan roti telur dan air milo), tempat pertama adalah Underwater World Langkawi.Preview yang aku baca² dalam internet/blog semua kata, takyah pegi pun takpe..nak pegi pun takde masalah..tak berbaloi dengan harga tiketlah..berbeza dgn Aquaria KLCC la..bla bla bla..ok takpe..bagi aku..terpulang pada masing² lah kot..alang² dah sampai sana kan..where else to go..jangan tidak orang kata..so mari :)

sumber: Google


sumber: Google

with MyKad/MyKid
Adult: RM30
Child: RM20


Selain tu, u olls boleh tengok di sini juga.Laman web rasmi Underwater World Langkawi :)
Info:
Underwater World Langkawi adalah salah satu marin dan aquaria air tawar terbesar di Asia Tenggara. Sejak permulaan operasinya pada 26 Ogos 1995, ia telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang mesti dilawati di Langkawi dan telah menarik sebilangan besar pelancong asing serta tempatan.














Dalam tu ada macam² lah..for kids dorang of course akan teruja. Bagus untuk knowledge dorang jugak.Pandangan aku, alang² dah sampai sini tak salah rasanya nak jejak.Takde salah pon kalau tanak pergi.Kalau nak banding dengan Aquaria KLCC memang jauhla bezanya.Tapi bagi aku , okla nak isi masa lapang kat Langkawi ni kan.So, kalau ada rezeki lebih, silalah datang sini ok :) Ouh ye..dekat entrance sebelum korang masuk ni, akan ada sorang aweks atau balaks yang akan ambil gambar korang.At the end of korang dah abis tour tu nanti..ada satu kaunter jual benda² ni..hihihih




Pandai betul ek dorang buat duit.Tapi ini satu tarikan jugaklah..sebabkan kitorang takde gambar beramai² sangat..maka, aku n adik aku share beli dedua ni.Tak sampai hati pulak tak beli disebabkan wajah yang jelita dan kacak itu nak ditinggalkan..hihihih~..tak ingat plak berapa ongkosnya utk kedua² ni..rasa dalam RM50 jugak kot.. :P

Agenda seterusnya ke Beras Terbakar.

Info: Beras Terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di Padang Matsirat.


Inilah bezanya kalau orang amikkan gambar kita.Kita amikkan elok je..lemuihhh je...penuh je..macam ateh ni..huh~ pffttt



Tak lama kat area sini..sebab panas berdeting.Tapi rasa kagum..dulu² pergi rasanya tak meriah macam ni..Penuh kedai makan kiri kanan..Kedai jual² baju, kain batik, kraftangan, keychain segala..Tapi...kain batik area sini murah! Silalah beli :) ouh aku tak beli.Menebeng aje.Mak Abah je yang memborong kat sini untuk diri dan sedara mara.

Dedulu pergi, lapang je kawasan ni.Dari kejauhan dah nampak rumah cantik ni kan.Sekarang kene tempuh dulu kedai² yang jual barangan ni untuk bagi kita leka.Bagus.Satu tarikan yang menarik di sini..hohohoho~



satu lagi contoh kalau orang amikkan gambar kau..nampak tak beza gambar ni dengan gambar atas?
#$%^&*!@# choooiiii..
hahahah


bahagian depan sebelum nak masuk ke kawasan rumah cantik ni /beras terbakar


yang ni lah deretan kedai² yang facing dengan rumah cantik tadi..
melekakan..hihihih enjoy :)

Sebabkan aritu hari Jumaat, maka kitorang berkejar masa. Sempat isi perut makan nasi + sup ayam power kat luar tu.Ada sup daging, sup ekor..semua² tula..Huih sedaplah..serius tak tipu.Gerai makan tu adalah sebelum korang nak enter ke Beras Terbakar.Bahagian luar tu la.Belah kanan sekali yang mengadap entrance Beras Terbakar tu tau.

Agenda diteruskan ke...





Masjid untuk solat Jumaat.Para Pria bergerak berjemaah ke situ.Tinggallah para wanita duduk dalam kereta menemani seorang baby yang sedang tidur dengan lena :)

Selesai, maka perjalanan dimulakan semula ke Kota Mahsuri.Tempat wajib singgah kalau ke Langkawi ni.

Sumber: Kota Mahsuri

Info: Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Harga tiket masuk untuk dewasa RM7.Kanak² macam Aaron aku lupa.hihih..tapi Aaron tak kene bayar sebab dia tanye umur berapa aku ckplah bulan 11 nanti baru genap 5 thn.Pastu dia cakap..ouh takpe..tak kene bayar.So ok..mari masuk :)




bajet betul yang berspek duaorang tu..punca gambar² along ko tak jadik grrr :P


Lagi sekali, sebelum korang nak enter je masuk dalam tu, ada aweks akan ambilkan gambar.Kat penghujung nanti, ada kaunter jual gambar begini. Kali ni abah/tok ann yang beli..hihih :) Sayang katanya kalau tak beli.Tak ingat berapa.Lupa tanye Abah.

Ni lah Makam Mahsuri.Al-Fatihah.
 Sepanjang dalam Kota Mahsuri ni bau wangi je.Bau bunga kubur tula.Bunga kemboja tu ke namanya ek? Yang aku tepek kat telinga aku tu..hihihi :) Lepas Mr Ajib usik..terus aku campakkan. :P


Aaron dengan Papa dah dalam rumah tu :)





orang kata kalau minum/atau buat basuh muka dari air perigi ni awet muda.wallahualam.
pokok pangkal, hati kene bersih.insyaAllah.

Rumah Penghulu.




Dekat area Kota Mahsuri ni dah cantik.Ada landskap yang menarik untuk korang amik gambar.Ada buai, ada congkak besar gedabak tu..siap ada batu sekali, mainlah puas²..hihi :)


bahagian luar Kota Mahsuri. cantek :)

Ok.Dah puas jalan².Dah petang masa tu.Dah lengit masing².Singgah lagi sekali ke bangunan Haji Ismail Group.Borong dan borong tanpa pedoman..pffttt :P Tapi aku ada agenda lagi yang perlu diteruskan.Sebabkan hari sebelum tu ke Dataran Lang tanpa Mr Ajib, ku paksa mereka ke situ lagi hanya semata² untuk ini.Yang lain tunggu dalam kereta je.


hihiih.. :P
 Mak abah dah surrender. Sampai area homestay drop mak abah, kitorang terus gigih lagi ke area pantai.Sebab lom mandi² laut lagi kan..Aaron Ridzqy asal celik je mata dari tidur terus tanya "papa, bila nak gi mandi laut ni" asikla berzikir benda yang sama.So lets jom!~




parasailing :)

ok.Mami dan Papa dah tunai janji.mainla pasir.mandilah puas²..hihih :P

Tapi aku pun bukan seorang yang suka sangat mandi laut.Terhenyeh² kat tepi laut bolehlah..hihihih..kalau santai² begini aku suka bajet jela sambil amik gambar.Kalau buat aktiviti macam snorkling ke..mau jugak kan..tingin gak nak buat aktiviti parasailing tu..tapi mampu nengok je :P

Malam, lepas makan dan semua orang berehat² sambil tengok tv.Aaron Ridzqy pun dah tido.Tugas aku bemula.Kemas barang² untuk balik esoknya.Berpinar bijik mata dan sakit kepala nak fikir susunan dalam beg.

Beg biru adalah beg yang datang dari KL.Beg grey tu adalah beg beranak dari Langkawi..hihih mmg kosong.Tujuannya nak isi barang² kat bawah ni..

Gila kentang....kene bebel aku dgn Mr Ajib..hehehe..tapi bebel punya bebel pun..yang buat sayang kat beliau adalah..

tolong bagi idea kat isteri beliau cemana nak susun...hihihih..

tolong bungkus kan..hehehe..tapi yela..aku mmg kene jaga betul² semua ni..sebab ni harta orang.Kebanyakkan yang aku beli hasil kiriman orang.So mcm mana aku beli..mcm tu jugak aku kene bagi elok²..ibarat amanah :)

Tapi, kalau ada yang sompek² sikit tu..maafkan lah ek..dah ku cuba yang terbaik..huhuhuh~


taraa..ni lah dia hasilnya...hehehe..beg beranak dari Langkawi..hohohoh..haii tataula berapa berat ko ye kat airport esok nye tu..hazab kalau lebih dari berat yang aku beli..adeh deh..


nanti sambung ek..
buhbye
:)




No comments: