Monday, October 29, 2012

"Hari Tasyrik"

Assalamualaikum Semua dan Salam 13 Zulhijjah :)

Saya biasa dengar hari tersebut..masa zaman sekolah rendah agama dulu lah..Sekarang ni..bila dah besar²....makin jarang² kedengaran..MasyaAllah.. *tutup muka* hehehe.."maafkan saya" :) Hari Tasyrik adalah antara hari² yang diharamkan berpuasa.Mari kita berkongsi ilmu hari ini.

Mari kita baca info di bawah.Ini pon saya google di Jabatan Agama Islam Selangor :)


Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :
    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.
u olls boleh klik link ini untuk maklumat lebih lanjut JAIS   ..Tq to Biras yg bagi link :)

so, arini..especially utk DIVAS..silalah "selamat berbuka puasa"..hohoh..takpe takpe..esok leh puasa ok..untuk kuruskan badan yang setelah beberapa hari makan banyak..hohohohoh ~


Happy Reading :)

2 comments:

kurus said...

TQ dik sharing ;)
salam aidiladaha

cheqna said...

tq sharing
slamat hari raya
banyak makan daging korban ke???