Saturday, June 28, 2014

"Langkawi (21 - 24 Mei, 2014) Day 4"


Assalamualaikum Semua dan Salam 30 Syaaban :)

Alhamdulillah..esok kite dah mula puasa.Malam ni pun dah mula tarawikh yang pertama.InsyaAllah, moga Ramadhan kali ini beri berkat pada kita semua.Takmo puasa yang yok ye..Ok!.Moh kite abiskan part Langkawi ni..last day..hihih :P


Flight adalah 3.20 pm so pagi tu tiada agenda.Hanya masak²..mengemas barang dan berehat².Tepat 12 tghari kitorang pun check out.Kebetulan homestay kitorang duduk tu..pukul 2 tghari dah ada orang nak masuk.So, ada orang dah datang nak kemas².Lepas serah kunci, kitorang pun bergerak.Buhbye.....Ada rezeki kami mai lagi..ihihih :P

Sebelum tu, pusing punya pusing cari kedai makan.Merata pusing area Chenang time siang ni.Memang payah.Sebab siang macam takde apa.Last² sampailah area airport tu, kedai yang mula² kitorang datang tu jugak jadi tempat makan tengahari.Makan pun simple² je.Yang penting ada nasi untuk Aaron Ridzqy.Bagi dia kenyang senang dia tidoq ateh kapal terbang.


Lepas abis makan, terus ke airport.Untuk serah kunci dan kereta.Dah selesai, debaran pun bermula.Berzikirlah mulut aku ni dalam hati, berdoa agar berat beg tak melebihi yang aku beli sebelum ni.Pengalaman kat Sarawak dulu, cukup buat aku trauma..hohohoh :P

Mula² timbang luggage biru, luggage grey (beg beranak) dengan luggage mak abah tu.wuih..sempot menengoknye..pheww..ada belen.Cuba letak satu beg lagi yang aku plan nak handcarry.wow..total adalah seperti di bawah.Alhamdulillah....lega hati mak..total semua 55.8kg..kurang dari 60kg yang aku beli..sib baik tak lebih.Tu pun kalau ilang pedoman masa memborong boleh jadi lebih jugak tu..pheww..terus senang hati..




Mentara nak tunggu pukul 2.30ptg, kitorang lepak dulu sebelum masuk ke Balai Berlepas.Mr Ajib sempat pakai kerusi mesin urut tu.Aku plak pusing² sempat snap gambar Pepero ni.hehehe..sajalah ngk harga kat airport Langkawi ni berapa...RM21.90..masih murahlah..kalau airport di KL? hummphh.. :P


Hampir pukul 3 petang di balai berlepas.Cuasa mulai mendung.Hati aku dah berbisik.Alamak hujan ek..mesti naik kapal terbang bergegar² nih..cuak mula datang dalam hati..macam² ada dalam benak fikiran aku..choii....takleh bla.....tiba² ada announcement kata flight AK6311 delayed ke 3.45pm..ok..lega jugak..maybe hujan reda sikit dah time tu..huhuhu..

Hampir 3.30pm...hujan mulai lebat..hai cuak den..tiba²..lagi sekali announcement kata delayed ke 4.10..huih..lamo gak nak tunggu ni.Terus beli air and kudap² an untuk mak abah..and adik²..Aku tak berapa lalu nak jamah..yela..terkenangkan nak naik kapal terbang ni..masa tu cuaca masih gelap dan ujan lebat...Aaron Ridzqy dah berlari²..Mr Ajibla uruskan dia.Tak larat aku nak kejor..nak melayan cuak aku ni..hohohoho

Ok.Hampir pukul 4.00 petang cuaca dah reda.Alhamdulillah.Macam rebas² aje la..Pastu dah boleh masuk kapal terbang.Humpph..macam biasa Aaron Ridzqy duduk tepi tingkap.Nak babai Langkawi katanya..sedih ek..rasa tak puas je..hihih :D

Bye Langkawi.We misshh yiuuu :*

Eh eh..sweet gambar ni..paling mahal inspektor sahab tu senyum dan pandang kamera..hohohoh :P
Alhamdulillah, kitorang sampai dengan selamatnya kat KLIA2.Driver Taxilimo dah sampai awal lagi.Yelah, nak buat macam mana.Flight delayed sampai dua kali ye tak..sib baik driver tu paham.Ouh time balik, bukan Abg Din yang amik kitorang.Kebetulan Abg Din ada hal, so dia sub pada kawan dia. So, perjalanan pun bermula dari KLIA2-Cheras-Gombak. Sampai Cheras, salam² mak abah..adik² semua...terus ke Gombak pulak..Bayaran untuk caj taxilimo time balik tu, kira aku bayar pada driver hari itu lah..hihihi..dorang pun ada konsep kawan tolong kawan..gitulah kan..

Sampai² je kat rumah, aku terus bukak semua barang² yang aku beli tu.Alhamdulillah, semua barang² berkeadaan elok walaupun ada yang masuk kargo.Lega hati ini.So, berakhirlah episod cuti² kat Langkawi ni..hehehee..so harap² dapat beri info kat korang bila² nak bercuti ke sana.Paling tidak pun, beri info untuk aku jugak, sebab aku suka cek balik berat luggage pergi dan balik untuk bila² punya next trip.Sekadar rujukan gitu.

===================================================================================================================
Entry Khas untuk Homestay :)
Zulina Homestay

Sepanjang penginapan kat Langkawi, inilah tempat tido makan bagai semua..hihihi..selesa dan dijamin kebersihannya.Homestay ni aku book awal.Sebab kebanyakkan preview yang aku baca memang selalu cepat fully booked.Even hari aku check out aritu pun, dah ada orang nak masuk. Zulina Homestay ni bukan betul² depan area pantai Chenang.Kalau nak ke pantai lebih kurang 5 minit drive.Zulina Homestay betul² tepi jalan arah ke kawasan rumah kampung²..tak susah pun nak cari.Tapi kalau ada signboard rasanya lagi cun.

Asalnye aku ada juga book kat chalet dan hotel yang lain.Tapi memandangkan ciri² yang mak abah aku suka tu takde kat chalet dan hotel yang aku book, maka aku kene cari dan cari..sampailahh kawan office aku baru balik dari Langkawi bulan Januari lepas dan dia buat review tentang homestay tu terus aku tertarik..Ada juga aku review sendiri sebelum ni tapi hati tak puas sebab tak banyak gambar.Even kat google pun macam tak puas aku menengoknye.Tapi dari review blog kawan office aku tu..terus terbuka hati ini..wahh gitu..tq Mama Sherry :)

Meh aku tunjuk kawasan luar homestay dan dalam homestay.Eh..takde bayaran tau untuk promo ni.Saja suka dan very recommended :) Untuk yang suka suasana kampung dan suka masak sendiri, datanglah sini ek.


Sumber: Google
ni bahagian luar rumah.Ada dua unit sebenarnya.Aku duduk kat unit yang ada orang bukak pintu tu.Ok ni gambar bukan aku snap.Tapi amik kat Google.Lupa plak nak snap sendiri :)

Ok.Bermula gambar ni sampai bawah² aku nye gambar ok :)

Ni Bahagian dalam rumah.Kira Living room lah..lengkap Tv dan set sofa

Lengkap model sekali..best kata dia :P hahaha~

Bilik yang terbuka merah menyala tu..master bedroom..ada bilik air sekali.Tu mak dan abah honeymoon kat situ..hihih..bilik bertutup tu kira bilik no 3..dua katil single dalam tu.Sentiasa bertutup sebab adik² aku banyak membuta.Ouh..sebab adik lelaki aku ada 3..maka aku request tilam toto..so sorang yg bongsu tido bawah..hehehe..tapi toto tu tebal..selesala tido :)

pandangan luas sikit dari living room.nampak ruang meja makan dan dapo :)
model masih enterframe :P

pandangan dari living room juga.Ok bersebelahan dapur ada satu bilik lagi kira bilik ke2..situlah 3 beranak yang cantik dan jelita, kasyak dan bergaya cute dan best berhimpit² dalam tu..hahaha~

ouh..tiba² ada model :P
abaikan beliau

masih dalam bilik no 2
Katil Queen size,ada meja solek..tikar sejadah dan tanda arah kiblat ..juga almari siap hanger ..ada juga bantal extra dalam tu..

telekung atau kain pelikat sila bawa sendiri ok :)


yang merah menyala abakk angg ni..master bedroom.
Katil Queen Size, Meja Solek ,Bilik air dan ada iron board.Tapi iron board tu aku tarik letak kat luar bilik aku tido tu.Sebab aku je yang menggosok.Yang lain asal berbaju..hihih :P


bilik air bertutup sebab Inspektor sahab aka Tok Ann aka Abah tengah mandi..hohohoh :P
Just nak inform, ketiga-tiga bilik tidur ada air-cond.Sejuk abak angggg..hihih :P

ni ruang makan dan dapur.Tengah tu bilik air..

untuk yang plan nak main masak² di sini, ni saja peralatan memasak yang ada.Kuali, periuk, jug kettle and rice cooker.Sudu garpu limited, untuk small family macam kitorang okla..kalau ramai² boleh beli sudu garpu plastik.Nak memasak semua jenis rencah kene hiris².Takdela blender ke lesung batu ke..hehehe..alaa..mak² kita kan ada..dorang terer punya bab² masak ni..kitorang aritu..boleh masak Sup Ayam, kurma ayam, ayam kicap..sambal telur..heheheh..asal boleh makan aje kan :)

kain lap tu setiap kali aku abis masak..aku basuh..rindu plak kat kain lap tu..hehehe.. :)

ni cawan gelas, pinggan mangkuk yang ada..cute² je..ala² inggeris gitu.
Kat bawah ada lagi satu besen ngan periuk.

Peti ais yang banyak membantu.hahaha..segala ikan ayam..coklat² semua sumbat dalam ni.

eh..ada mesin basuh..yeee kawan²..inilah mesin yang banyak membantu..memang macam kat rumah..hari² basuh baju..bila balik..tak banyak baju kotor nak kene basuh sampai KL :) 


dalam bilik air..takde jakuzi ek..hehehe..

So,inilah serba sedikit tentang homestay selama aku n family menginap kat Langkawi ni.very recommended.Harga, bergantung pada hari korang stay.Lagi banyak hari, rasanya lagi murah kot.Rate dalam RM200 ke RM250 satu malam.Silalah call beliau utk book ;)

Kak Ina (Owner) Zulina Homestay : 019-4263457


====================================================================================================================

Dan yang ini, transport sepanjang perjalanan kitorang di Langkawi.Kereta inilah yang bawak kitorang berjalan ke sana ke mari.Condition 9/10.Sangat baik dan masih baru...Ok..takdelah nak jimat sangat sampai sebijik je bawak sampai 8 org penuh² dalam tu kan..hehehe..so adalah dua bijik vios ni..satu lagi ada kat belakang kereta biru tu..dedua vios warna putih..Sebabkan kitorang pergi bukan time cuti sekolah atau cuti am, harga sehari adalah RM70.Kalau tak, harga biasa adalah RM90.So, boleh deal dgn Kak Ina juga (orang yang lain ek)..hehehe



Kak Ina (Moslina Morat) :  012-4807797


So, baiklah. Bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba esok ni, saya (eh tadi type aku kan)..hehehe..saya nak mohon maaf.Jika selama ini ada terkasar bahasa, tersilap laku sepanjang saya berbicara di dalam blog ini.Maafkan saya sekiranya saya ada menyinggung perasaan anda semua.Sesungguhnya saya juga insan biasa.InsyaAllah, jumpa lagi di lain entry.

Assalamualaikum :)






2 comments:

NM03 said...

arrrrr tetiber rindu kat homestay tu

masa kita pegi, iron board ngan iron ada dalam bilik kamu tido tu... dah tekaleh ke bilik lain ye.. hehehe

rindu pinggan mangkuk, mesin basuh, periuk, sinki, kerusi meja dll... wah melampau nih... hahahaha

SangRatoo said...

NM03: hihhih terkalihla agaknya...melampauu rinduu tu..maknanya kene dtg lagilah tu :D