Wednesday, February 25, 2009

"Selamat Hari Gaji U Olls"

Situasi Pertama:
Perkahwinan adalah suatu ikatan yg panjang di mana setiap pasangan akan diuji dengan pelbagai dugaan..Aku juga tak terlepas dengan dugaan tersebut.Alhamdulillah setakat ini semuanya masih dalam keadaan baik...Bagi aku, kalau kita berkahwin dengan pasangan kita, sudah tentulah kita memang mencintai dia sebagaimana die mencintai kita.InsyaAllah..harap2 ikatan kasih dan cinta ini membawa ke syurga.Kita berkahwin atas dasar suka sama suka..cinta sama cinta.Kalau kita,cintakan dia, kita juga kene bercinta dengan keluarganya.Tak kirala buruk baik mana pun, keluarga dia adalah sebahagian dari hidup kita juga..Tak kiralah betapa BOSAN nye kita ketika dikalangan keluarga dia,kita tetap cuba untuk menyesuaikan diri.InsyaAllah, kita akan serasi.Tapi,adakah dia serasi dengan keluarga kita?Adakah kita tau lubuk hatinya apa yg dia rasa ketika bersama keluarga kita?Jika sudah terang2 dia berkata dia seolah2 tidak tau nak buat apa (bosankah?), maknanya, dia masih belum bersedia menerima keluarga kita seadaanya..ummm..cubalah..tak kiralah anda adalah seorang isteri atau seorang suami..cubalah utk menerima keluarga si dia jika kita dah berkahwin dengannya..tak salah utk menjadi sebahagian dalam keluarga si dia.Kalau dulu boleh berjanji setia, adakah ini susah?Mungkin anda merasakan keluarga anda lebih ceria,sebab ramai bilangan ahlinya...janganlah anda menyisihkan keluarga yang lagi satu hanya kerana anda "TIDAK TAHU NAK BUAT APA".Sayangi isteri,sayangi suami,sayangi keluarga mereka.Terimalah mereka seadaanya.
Situasi kedua:
Kadang2 jika terlalu ramai, cerita yg buruk lebih banyak kita dengar?umm..kalau anda sebagai si isteri yg mengalaminya, kita tentu takkan lari dari mendengar orang yg pendek akal akan bercerita pasal menantu itu,bakal menantu ini,tunang si dia..Semuanya ada je yg tak kena seolah2 yg bercerita itu sempurna sangat.Sampaikan kita sendiri akan terfikir "sudah tentu pasal aku pun orang bercerita..ala..menantu si anu anu tu.."..umm..tak mustahil..padahal,orang yang mereka mengata tu..tak kacau orang pun..duduk diam kat rumah je.tapii, bagi aku mengalaminya, aku lebih suka hanya mendengar tanpa sepatah pun komen kerana pertama;aku takde masalah dgn orang yg mereka kata.kedua;orang yg mereka kata tu lebih baik dari si pengata.ketiga;aku bercinta dengan keluarga si dia,oleh itu aku lebih suka menerima saja keadaan itu dengan berdiam saja.dan yg keempat;aku juga dah dengar apa yg orang itu kata pasal aku, pedulik hapa aku!!!sebab aku tau apa kelebihan aku berbanding kau yg mengata orang..JADI kepada anda isteri2 yg setia, atau anda bakal2 isteri,ini adalah kehidupan.tanyalah pada ibu,emak,mama,makcik sedara atau sesiapa saja yg pernah bergelar isteri, mereka pasti pernah mengalaminya.Jadi,kita sebagai isteri, bersabarlah.Kerana kita adalah perempuan.Jangan jatuhkan maruah kita dengan orang2 yg pendek akal seperti itu.Kita dah berkahwin dengan suami yg kita cintai,jadi secara otomatiknya kita juga dah berkahwin dengan keluarganya SEKALIGUS dengan saudara maranya.Oleh itu kepada bakal2 isteri, sediakan ilmu di dada, tak salah bertanya pada orang yg berpengalaman kerana itu pendinding utk kita bahagia hingga ke akhir hayat.InsyaAllah, jika kita dah masuk dalam keluarga si dia, kita takkan terkejut.Seolah2 kita sudah belajar menerima keadaan itu."kerana kita adalah pencinta yang SETIA"...
Situasi ketiga:
Hari ini hari gaji.Hari membayar hutang piutang sedunia!!huhu~

2 comments:

wardah @ fie shah said...

:) .. sy simpan nasihat awk ni..

SangRatoo said...

baiklah..terima kasih.apa yg saya cerita(walau tak sepenuhnya lagi mungkin belum masanya dan tak sesuai lagi)..awak boleh nilai sendiri.yg baik jadikan teladan..yg buruk jadikan sempadan..wahh..heheheh