Thursday, December 01, 2011

"HPV"

Assalamualaikum Semua dan Salam 5 Muharram :)

Semalam saya dan dua orang kawan, ambil injection HPV untuk dos yang pertama.Ada tiga dos kesemuanya.Dos yang kedua selang sebulan iaitu 30hb Dis nanti..dan dos yang ketiga selang 5 bulan iaitu 30 May 2012.

Apa itu HPV?
Virus papiloma manusia (HPV) ialah sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum.Setengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu.HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser 'berisiko tinggi'.

Apakah hubungkait antara HPV dan Kanser Pangkal Rahim?
Kebanyakan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapan bulan.Jangkitan oleh  HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) perlu berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim.Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan.Tetapi dalam kes tertentu, jangkitan akan berterusan menyebabkan ia menular menjadi kanser pangkal rahim.Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun.Justeru langkah mendapatkan perlindungan daripada HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) adalah amat penting.

Bagaimana HPV disebarkan?
HPV ialah sejenis virus umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan, oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita, tanpa mengenal usia atau gaya hidup.Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan.Dianggarkan bahawa kira² empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka, walaupun jika mereka hanya ada seorang atau dua orang pasangan seks.

Adakah saya/anda masih menghadapi risiko jangkitan HPV jika sudah berkahwin?
Risiko jangkitan HPV bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita.Dianggarkan bahawa sehingga 80% daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka.

Adakah kondom mengurangkan risiko jangkitan HPV?
Kondom mengurangkan risiko tetapi tidak memberikan perlindungan sepenuhnya.Sepanjang hayat, setiap wanita menghadapi risiko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim.

Apakah Pap Smear?
Pap Smear ialah satu ujian yang pantas dan mudah untuk mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim.Biasanya sel diambil daripada pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan.

Bolehkah Kanser Pangkal Rahim dicegah?
Sehingga baru² ini, satu-satunya cara untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah menerusi ujian Pap Smear dari masa ke semasa untuk mengesan tanda awal penyakit.

Apakah Kanser Pangkal Rahim?
Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus), justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks.Serviks mengubungkan badan uterus kepada vagina (salur kelahiran).Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal.Kanser boleh merebak ke bahagian lain badan.



Tetapi tahukah saya/anda...Kanser pangkal rahim boleh dicegah.Kita semua boleh memainkan peranan membantu menyelamatkan wanita daripada kanser pangkal rahim.Vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV dan Kanser pangkal rahim boleh didapati sekarang.Berbincanglah dengan Doktor anda untuk melindungi diri anda dan orang yang tersayang.

LINDUNGI DUNIAMU
BANTU BASMI KANSER PANGKAL RAHIM

Sebuah pesanan kesihatan awam yang dibawakan kepada anda oleh:



Saya pernah menghadiri 'Talk' mengenai Kanser Pangkal Rahim ini di klinik ofis saya bekerja.Sesuatu yang mengejutkan kami ialah, wanita berisiko menghidap Kanser Pangkal Rahim adalah berpunca dari lelaki (pembawa).Dimana wanita sebagai (penghidap) kerana memiliki pangkal rahim.



Saya sudah.Anda bila lagi?

p/s: lenguh bahu selepas ambil injection semalam :)



8 comments:

munna said...

last sekali munna buat pap smear tahun lepas... tahun ni blm lagi walaupun dah nak hujung tahun..

Anum said...

wah bagusnya

ct shah said...

jue,boleh gi bila2 masa jer ker amek injection ni?tak yah wat appointment bagai?cover ek?
huh,byk nau soalan saya.harap ampun.

..::SangRatoo::.. said...

munna: hiks..jue lom wat pap smear..nanti nak buat jugak :)

..::SangRatoo::.. said...

Anum: jom anum..mari mari :)

..::SangRatoo::.. said...

ct shah : yes che yam..anytime you want..hehehe..and its foc :D

abah khalisha said...

info yang cukup bagus

Perkara yang Biasa Dilakukan oleh Perempuan Bila Putus Cinta

..::SangRatoo::.. said...

Abah Khalisha: sharing is caring.. :)