Sunday, June 22, 2014

"Langkawi (21 - 24 Mei, 2014) Day 2"

Assalamualaikum Semua dan Salam 24 Syaaban :)

Lagi seminggu lebih u olls kita nak sambut Ramadhan Al-Mubarrak.InsyaAllah semoga kita semua dapat merasai Ramadhan kali ini.Dah ganti pose lom? hihihih ..kalau yg perempuan..fidyah dah bayar..puasa tetap kene ganti ye.. :P alololo..cam ustajah je..takla..saling mengingati tak gitu ^_*

Ok.Sambung entry Langkawi ni ye.Hari kedua.Pagi tiada agenda.Tapi Mr Ajib dah ada agenda sendiri.Seawal pagi kawan beliau yang duduk kat Langkawi ni dah amik beliau.Ke mana? humpphhhh kemana lagi..memancing la gitu..tak boleh disekat dah hobi beliau ni.hihihhi..ok ok..tanpa beliau takkan kita duduk diam saja ye tak..Pagi tu aku buat nasi goreng dan megi goreng.Ada juga roti telur.Sekali air teh panas.Abis.Sempat Mr Ajib jamah megi goreng ngan roti telur tu.

Lepas aku dah bagi Aaron bfast dia pun dah kenyang..tugas adik² layan dia sekejap sementara aku basuh baju..siap sidai..haa..ala² kat rumah gitu..abah santai² nengok tv..sambil² tu aku dan mak sambung bertungkus lumus memasak lauk tghari pulak.Ayam kurma, sayur kobis masak bening, telor sambal, ikan goreng.Masak banyak sekali utk makan malam.Ok.Part makan² ni kitorang memang save kat sini.Beli barang basah pun tak mahal.Dalam pukul 10.00 pagi perjalanan pun bermula.


pose dulu :P

ewah mak..siap lambai² kat monopod..
mak kata: asal monopod ni macam batang payung je..hihihih..

Destinasi pertama pada pagi hari kedua ke DATARAN LANG LANGKAWI.
Sila bergambar di sini sebagai bukti sampai Langkawi :)
Wuih..panas berdeting abak ang..hihihih..sapa² datang sini kalau bawak anak²..better datang awal pagi atau petang sikit..tapi takpela..bagi anak belajar erti panas sikit..chewah..aku pun duk carik tempat redup.. :P


Sumber: http://www.mplbp.gov.my/dataran-lang
Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.





Destina kedua adalah Taman Lagenda Langkawi.
Mak bergambar dengan anak² bujang beliau.
Masa ni Aaron dalam kereta dengan Tok Ann..malas nak keluarlah tu sebab dah panas sangat. 

Sumber: http://www.mplbp.gov.my/taman-lagenda
Taman Lagenda ini berhampiran dengan pantai dan kira-kira 400 meter dari Pekan Kuah.Ia juga terletak bersebelahan  taman CHOGM dan Masjid AL-Hana. Taman Lagenda  dibina untuk menceritakan sejarah Langkawi. Di dalam taman ini terdapat 4 buah tasik buatan , 17 monumen yang mempunyai cerita yang tersendiri, pantai buatan dan beberapa buah tempat rehat untuk orang awam.


Sekadar informasi: Dataran Lang, Langkawi dan Taman Lagenda Langkawi adalah free entrance. :)

Sebelum tu, kitorang ada juga pusing² sekitar terminal feri.Saja nengok² keadaan keliling.Alang² dah sampaikan.Tapi belum ada rasa lagi nak membeli walau mak aku mata dia dah ke kiri kanan nampak cawangan HIG..hehehe..sabar mak..sabarr.. :P

Jam masa tu hampir 12 tghari.Abah kata jom jalan area Pekan Kuah.Sampai situ kitorang cari gerai makan dan bersantap sebentar.Adalah drama dari si Aaron ni..tau jela budak kalau dah panas berpeluh² ni cranky datang sekelip mata...huh..Ku paksa jugak dia makan walau muka dia ketat je..hihihi..

Ringan mulut sekejap tanya orang tempatan *eceh macam ko tourist kan* kat mana bangunan HIG tu..sampai je tempat dituju "ouhhh..takla susah sangat nak cari..tepi jalan je dah nampak bangunan dia..siap hotel lagi kat sebelah..hihihi..

Masuk je bangunan..wah ..gitu...mak macam hilang pedoman dah.hihih.Laju je dia tinggalkan aku bersama trolinya.Aaron aku tugaskan Tok Ann utk memerhati.Tapi sekejap aje.Dia dah panggil² aku.."mamiii nak ikuttt" kuat plak tu..huh..terus aku dudukkan dia dalam troli.Aku teruskan acara survey.Belum ada rasa nak membeli.Tarikh aku pegi tu..adalah seminggu lebih sebelum cuti sekolah bermula.So aku tatau harga² coklat yang aku ngk tu adalah murah atau mahal atau biasa² saja..korang decide ok :)










Aku bukanlah seorang peminat coklat tegar.Setakat makan² gitu jela..Aku tak penah makan pepero tu.Dan aku tatau pun harga kat KL adalah double dari harga kat Langkawi..hihih jakun sekejap.So ada jugak beli time tu utk buat rasa.Kebetulan masa kitorang pergi tu...isu Cadbury sedang jadi viral dalam internet..hihihih..aku dan family takde beli utk diri sendiri makan.Tapi aku ada beli utk kawan² yang kirim.Skrg isu nya dah clear.Dan disahkan HALAL.so, tepuk dada tanya selera.Kalau was²..usah ye :P

Sebabkan pemandu dah penat.Jam pun dah hampir pukul 2 petang masa tu.Risau pulak Mr Ajib dah balik homestay.Dahla telefon dia buat hal masa tu.Sim card rosak apa ntah.Lagi satu sebab kunci rumah aku yang pegang.So Abah kata jom balik.Aaron dah layan mata dalam kereta.Sampai² je kat homestay dah nampak Mr Ajib kat depan rumah.Tengah basuh² kaki..hehehe miss u lah! :P

taraaaa..hasil pancingan beliau aritu.Ikan Talang dapat 3 ekor.Besar² tau..Aku geli nak nyiang nye.terasa macam ikan tu hidup.So yang nyiang ikan mak le..hihihih..
Bagi semua orang berehat² dulu..baring² tido²..Aaron macam mana angkat dari kereta..macam tulah sampai ke katil..penat sangat agaknya..hihih..adik² aku pon semua dah membuta..sedaplah tido bilik memasing ada aircond kan..Aku terus kemas²..panaskan lauk yang dah dimasak tadi. Mr Ajib pun menjamah juga nasi.Lapar katanya. Sian pemancing i :P

Dalam pukul 4.30 petang semua orang dah segar bugar..dah mandi² dah minum² petang..kitorang siap² ke Langkawi SkyCab dan Oriental Village.Expectation aku kat sini adalah hanya berjalan² dan ambil gambar.Sebab, mak aku ni ada darah tinggi.Beliau takut.Jadi takdela nak naik cable car tu.Konsep aku pulak, kalau pegi family, sorang tanak naik.Semua takyah.Walau mak aku kata dia nak tunggu bawah..uih..idakla sampai hati aku nak biorkan dia tunggu sensorang kat bawah kan..hihihih...tapi aku takla ralat sangat sebab aku pon penakut jugak..hahahaha~ but next time..kalau ada rezeki lagi ke Langkawi..i will insyaAllah :)


Aaron punya stail amik gambar skrg mcm tu pulak..apa yg best ntah..hihih bestt besttt :P

Oriental Village
Cantik tempat ni :)
Langkawi Skycab dan Oriental Village ni adalah tempat yang sama.Cumanya kalau nak naik cable car ni kene bayarlah.So kitorang masuk dulu Oriental Village.Jalan² makan angin di waktu petang kala sambil ambil gambar.Cantik ok :)


Tok Ann and Nani berlatarbelakangkan CableCar :)



Yu Jin dan Jun Xiang masa tua :P

nak jugakkk..hihihihih :P

Aaron kata dia jumpa Olaf dalam cerita Frozen :)


Dalam Oriental Village ni ada macam² lagi tempat.Ada tempat menunggang gajah,Taman Arnab, Cinema 6D, Duck Tour termasuklah tempat ala² Korea tadi.Nami Island gitu :P

Berdepan dengan Oriental Village ni lah pintu masuk kaunter Langkawi SkyCab.Kosong je masa tu.Sebab dah petang pun.Maybe dorang pun dah tak bagi naik.Agaknyelah kan..





Otw nak keluar tu bagi can Aaron main dulu.
So agenda aritu adalah jalan² makan angin di waktu petang.Not so bad.Kira sampailah tempat jangan tidak orang kata.hehehe..cuma tak naik aje lah Cable Car tu..its ocay..ada rezeki kite naiklah ek..Otw balik tu..ada satu area tu mcm banyak kapal² cantik dan mewah.So Mr Ajib stop jap jalan² kat situ plak.Syok jugak ok.

Best Aaron kata..gitulah~ :P


kat sebelah padang yang luas tu..ada orang nunggang kuda.syok woo tengok.Tempat orang kaya barangkali :P

Gambar bajet 1..hohoho :P



Gambar bajet 2..hohohoh

awat terkedip mata sebelah ni :P

 

Dah puas amik gambar..masa untuk pulang ke sarang homestay..hihihih..boleh tahan penat juga ye..Makan malam dan berehat²..ada yang tido dah..layan mimpi.Tapi aku takleh tido lagi.Plan asal..bagi Aaron tido pastu nak detim berdua dgn Mr Ajib jalan² kat area Chenang..nampaknya tidak menjadi.Sebab si kecik tu macam ada firasat dapat tau yang mak bapaknye nak detim berdua..tak bagi can langsung.So angkut jugakla beliau dalam pukul 10.30 malam kitorang keluar.

Malam.Area Chenang memang happening ye.Macam cerita baywatch pulak aku rasa..hihihih..Kalau siang macam takde apa je situ..kedai² pun tak banyak bukak..Jalan punya jalan..aku rembat sebiji beg luggage.Dapat harga RM110.ummm..hihih..ok belum beli apa² lagi aku dah buat beg beranak..hihih..


Tapi tulah..kalau dah malam..bawak budak berjalan...memang begitulah.Abis dipaksanya dukung.Mami memang tak larat la sayang..So papa la jawabnya..Sepanjang jalan tu asikla mulut die cakap.."bila nak balik ni mami...Aaron nak tido..Aaron ngantuk..." pfttttttt~ so no detim²..hahaha..teros balik homestay...

Nanti sambung lagi ye..daaaa~
bye ^_^



Friday, June 20, 2014

"Langkawi (21 - 24 Mei, 2014) Day 1 "

Assalamualaikum Semua dan Salam 22 Syaaban :)

Bila datang rajin tu..berderet² pula entry nya ye..hehehe..

Aku dah lama tak pergi Langkawi.Sangat lama.Rasanya last masa aku kecik² kot.Aritu ada rezeki lebih sikit.So bawaklah mak abah jalan²..sekali hangkot adik beradik..cumanya..adik perempuan and suami beliau saja yang tak dpt mengjuinkan diri sebab kekangan masa dan kerja.Yela..tarikh yang aku pilih pun mmg time kerja..siap paksa abah, Mr Ajib and adik² aku yg keje dan belajar tu cuti jugak..Aaron pun kene ponteng tadika..hehehe.. "bila kak long kawasan tunjuk kuasa" :D"

Tiket flight macam biasa beli dari tahun lepas masa promo..AirAsia la..so, masa tu KLIA2 dah dibuka pada 9hb Mei..so tarikh aku tu memang dah kat situlah nanti..takyah hegeh² gi lcct pulak kan..Ok.Perjalanan bermula pada pukul 9.00 pagi dari Gombak menuju ke Cheras terus ke KLIA2..flight adalah pukul 12.45 tghari..sebabkan hari tu waktu bekerja dan sebab tanak nyusahkan sesapa di dalam hal percutian ini..maka aku chartered satu van pergi dan balik..tapi orang airport sebut taxilimo..aku ngk mcm van je..pregio kot..boleh muat dalam 10-12 orang tapi maybe agak padat..kitorang 8 orang saja so selesa jugakla..hehehe..aku dpt contact taxilimo ni dari sepupu Mr Ajib yang kerja kat MAS..so dptla harga kautim gitu..

Abg Din TaxiLimo : 019-2466889

So, agak² nak menggunakan khidmat taxilimo Abg Din ni..boleh call beliau..ada watsapp sekali :)


punyalah nak cantik dalam gamba..muka anak pun ko 360 kan..hihihi :P


Mr. Ajib duk depan utk kawankan dengan Abg Din


abah mesti tak pandang kamera..mak happy..
Alhamdulillah :)


Iklan Gigi
Perkenalkan adik² lelaki dalam keluarga ..dari Kiri anda..
Baju Hitam :Adik No.3 Amirul skrg kerja Polis Trafik di Balai Polis Kluang Johor,
Baju Merah: Adik No.5 si bongsu Azrul belajar di Kolej Komuniti Kuala Langat, Banting
Baju Biru: Adik No.4 Haikal dah abis belajar masih terumbang ambing kadang² kerja ..bila aku balik je cheras..tiba² dah berhenti..pastu mak tepon.."diana..adik ko dh keje bla bla"..ha gitulah.. hihihihi..tapi dialah peneman mak abah kat rumah sekarang ni..

Ok.Kat seat belakang adik² aku ni boleh muat lagi 3-4 orang tapi sebabkan kitorang tak ramai..Abg Din tutup seat dan letak beg dan luggage kitorang je :) Tapi bagi pandangan aku lah..10 orang maksimum rasanya. Tu pun aku rasa dah padat belum campur beg korang kan..belum campur beg beranak pinak lagi balik tu kang..

Selesai je urusan bayaran kat Abg Din, terus kitorang bergerak masuk ke KLIA2..ummmm cantek jugak..tempat baru kan..tapi buat yang tak penah sampai lagi..jangan leka dengan pemandangan di situ sebab korang kene tempuh shopping mall dulu..kalau leka boleh tertinggal flight..agaknyela..hhihihih..sebab aku mmg fokus utk naik kapalterbang so takde nye aku nak pandang² itu ini..semalaman aku pening sampai muntah terkenangkan esoknya nak naik kapalterbang ...gayatttt :P


posing dulu..bukti nak beratur hahaha~

Selalu yang aku tekankan dalam hal nak naik kapalterbang adalah check-in baggage.Aku taknak silap dan terkena mcm balik Sarawak dulu.Beli dan borong barang secara membabi buta..nah amik ko kene bayar extra luggage..mahal dari beli online..choii..so kali ni aku sangat strict dan fokus..dari KL - Langkawi aku beli siap² 15kg+20kg=35kg..lepas dh timbang Alhamdulillah..luggage mak abah dgn luggage aku anak beranak only 31kg..pheww..selamat..selalunya..mmg selamat utk time tu..balik yang kes beg beranak tu yang telan air liur..adehh...adik² aku paksa dorang bawak beg sandang masing² utk handcarry je dalam cabin :P sorry..along tak kejam.. hihihi

Lepas dah selesai urusan beg..terus jalan lagi..tempuh shopping mall lagi jalan jauhh ke dalam untuk ke gate kita berlepas lah..

ha..abah pandang kamera..tapi tak senyum plak..hihihih :P
walau dari semalaman aku tak selera makan dek kerana pening dan muntah² sebab gayat nak naik aeroplane..tapi tetap nak pose..360 plis! :P

wah mak..eksen nye cara pegang henpon tu..hehehe..masa ni ada lagi sejam menunggu utk depart..oklah tu kan..awal sejam..leh lepak²..jalan² dalam tu.. :)


permandangan luar dari gate berlepas :)

tu gate kitorang pada hari itu J6.patut kitorang duduk dalam tapi semua nak duduk luar dekat dgn toilet senang nak ter shi shi ke..nak ter uk uk ke..nak lagi ada bawak budak kecik kan.. :)

Uncle John/Amirul bermurah hati belanja makan baskin robbins..yuhu..


Tepat dalam jadual pukul 12.45 kitorang berlepas.Satu gambar dalam flight atau gambar yang berdekatan aku tak ambik sebab tgh pening..berdebar²..nak muntah dan sewaktunya..yang aku tau aku baca doa banyak²..dan tengok jam "biloo nak sampai nii" haha..walau 45minit perjalanan tapi aku rasa mcm 45 jam je..huhuhu..aku beli jugak makanan dalam flight utk semua..kebanyakkannya Nasi Lemak Pak Nasser lah..sajalah beli bagi adik² aku merasa makan dlm flight..kesiann deme..ye dak..hihihi..tapi dorang ok je..takla jakun..aku je kejap² ngk
dorang..ok ke tak..siap tido lagi..padahal..diri sendiri :P

Phew..Bila Kapten kata dah nak landing..lega hati mak..huhuh..rasa nak diciom² je kapten tu..hohohohoh..Perkara pertama yang perlu aku buat bila dah landing tu..aku kene on hp semula.Aku kene call agen kereta dan owner homestay yang aku dh book sebelum tu.Sebabkan dah lama tak pergi Langkawi, aku tataupun dalam airport Langkawi tu ada deretan agen² kereta sewa.Punyalah aku call Kak Ina ni tanye die kat mana..Rupanya dia dah nampak aku dari kejauhan..hihihi..lepas dah amik kunci dan setel bayaran, dapat kereta terus ke homestay yang aku dah book tu.

Menyusuri perjalanan di sepanjang Pantai Chenang amatlah mendamaikan..serius..macam..wahh..Langkawi dah majulah..hihih..padahal aku aje yang dah lama tak jejak..ada Chenang Mall bagai..sebelum ni duk tengok dan preview kat blog²..mmg mcm itulah..ok.Tak susah pun cari homestay tu.tepi jalan aje.cantik.homestay ni aku dpt review dari blog² semua kata ok.Sebelum ni aku survey kat hotel, chalet tapi tak menepati citarasa aku.Lagipun abah aku tak suka sangat makan kat luar sebab dia cerewet sikit.So aku booklah homestay yang ada dapur.Dah dapat kunci dari owner..dah setel bayaran..terus kuak lentang atas katil..ehehehe..

Pukul 4.00 petang macam tu..kitorang kuar dan jalan².Sambil cari barang basah untuk masak malam tu.Singgah sebentar kat jalan tepi airport yang popular dengan laksa ikan seekor tu.tapi yela..aku tak makan laksa so tak hairan sangat..hehehe..

sebenarnye selain laksa..ada banyak menu lagi kat situ..kitorang masa tu makan mee hun sup..wuihh sedap habak ang! hihihih kot lapar kan.. pastu oder kepak ayam 2 mangkuk..pedasss..sedappp..:P

cantik view kat sini..Subhanallah.Berlatarbelakangkan Gunung MatChincang..situlah kereta kabel naik sampai atas puncak :)
Ok.Dah puas minum² petang..terus cargas cari barang dapur.Tips ye untuk u olls yang datang Langkawi nak main masak²..kat area Chenang susah cari barang basah.Sila cari area Kedawang atau area kampung² tu..pasti ada ;)

Lauk malam tu:
Sup Ayam, Ikan goreng, Telur Goreng, Sayur kobis soon, dan keropok ikan belen makan dalam kereta :P
Alhamdulillah ABIS!
Abah lauk begini dia lagi suka dari makan kat luar.. :P
Malam tu..aktiviti berehat² saja.Sambil fikir esok punya agenda.Huh! Macam joyah tangan ni menaip.Laju.so bila datang kerajinan..akan di update next entry ye :

Bye :)
Assalamualaikum :)
:)
^_*




Thursday, June 19, 2014

"Tak Sangka Kita :) "


Assalamualaikum Semua dan Salam 21 Syaaban :)

Lama tak jenguk blog ni..baru semalaman 1st entry setelah berbulan² terperap..hihihi..Tadi try bukak nuffnang tu..konon nak cek² berapa jumlah masuk walau dah tau berapalah sen sangat yg ada kan..eh sampai tersilap password lah...nampak sangat dah lama tak bukak..cemanala nuffnang nak bagi "cring cring" kat ko kan.. :P

Punyalah sedaya upaya mengingati semula password..sampai set itu ini..Alhamdulillah akhirnya dapatla jugak bukak..nahhhhh...aku dipertontonkan dengan sesuatu yang sangat aku kagumkan...


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


taraaaaaa...



Sebagai seorang blogger picisan ... huruf kene kecil sebab terasa macam..blogger ke ko.. hahaha..rasa mcm bersyukur sangat..Alhamdulillah..ada juga 2 campaign yang sedang menari² joget lambak kat blog aku ni..hehehe..semoga terus menari² dan berjoget lambak di sini ye..terima kasih Nuffnang kerana sudi beri..yuhuuuu..semangat semangattt niihh :D


Pastu yang putih tu aku saja buh situ..bajet mcm banyak..hahaha malu nak tunjuk sebenarnye..hihiih..malu kite :P eh korang sure lagi banyak kan...jadiklah ye tak..sapa nak bagi pon.. :)

ok BYE! :)



Wednesday, June 18, 2014

"SangRatoo's Wordless Wednesday #28"

Assalamualaikum dan Salam 20 Syaaban :)





Mahsuri moden ;)






*selepas Mr Ajib kata "berani ye ma kutip bunga tu...mengikut baru tau" choiiii..teross aku campak bunga tu kat tepi jalan..huh!

hihih..tengah mood nak berblog balik..tunggu ek :)
(macam ada yang menunggu sangat ke pon) hihihih :P


Thursday, February 06, 2014

"Tahun Baru Itu"

Assalamualaikum Semua dan Salam 6 Rabiulakhir :)

Alahai..macam malu je tengok blog sendiri..senduu gitu..hhihihih..bersawang² tak usah cakap..hihihi..takpela..buang perasaan malu..blog sendiri..bukan org lain punya..perasaan nak mengupdate tu ada..tapi bila nak mula tu..ada je halnye..plus MALAS tu memang enggak ada obatnya :P

Al-Kisah awal tahun baru tahun ini..yela  2014 sudah..Alhamdulillah..syukur kite semua masih bernafas di muka bumi Allah ini..masih dipanjangkan umur..masih bersama² suami dan anak²..bersama ibu bapa..keluarga..sahabat handai dan saudara mara tercinta.. (adakah korang mcm baca novel?) hahaha~

Awal tahun baru bagi aku amatlah mencabar.Mencabar kekuatan diri sebagai seorang insan bergelar ibu..ewahh..hihihi..baru sikit dugaan Allah bagi..insyaAllah..moga masih kuat sehingga seterusnya. Sebelum tahun baru menjelma..aku dah demam²..dengan selsema batuk nye..ingatkan ada isi..hahaha~ tapi tak jugak..baru lepas bendera merah masa tu..so mmg tak laratlah kan..penat sangat²..tapi diri ini kuatkan jugakla badan tu...ibarat org kata..kalau ayah atau anak² sakit..masih kuat institusi rumahtangga tu..sebab ada seorang ibu disebaliknye..tapi kalau ibu yg sakit..tunggang langgang jugak rumah dibuatnye..hihih~ ewah..mcmla aku buat semua kerja rumah...sangatttt kann.. :P

Nak dijadikan cerita..masuk je malam tahun baru tepat kul 12 malam..mmg time tu langit berdentum dentum dek kerana panahan fireworks la..anakanda beta demam..haih~ lama jugak beliau tak demam..beta rasa cuak..kejap² terbalikkan tangan..yela takut tersalah rasa..pastu kejutkan suami..suh beliau pegang pakai tangan diala..panas jugak katanya..adoii..terus cuak..mula menggagau cari termometer suhu yang beta beli kat guardian..cek kat ketiak dia..ayoyo..39oc..terus mata aku berair..sedih la..hehehe..aku kalau pasal anak..apa² sikit..aku yg nangis dulu..tanda nak coolkan diri lah tu...naseb ada simpan Voren..terus sapp masuk dlm punggung beliau..ummmm..dalam tempoh 6 jam tu..kurang sikit panas..berpeluh² dia tidur..aku mmg tak boleh tidur..itu keadaan biasa bagi seorang mak..ok jangan tanya keadaan biasa utk seorang ayah ..grrr...grrr..hahaha~

tepat kul 6 pagi khamis tu..Aaron ok je..tapi masih tidurla..maybe sbb suhu pun dah turun..Alhamdulillah..tapi, aku mulalah risau..sbb jumaat tu kene dtg sekolah..kan sekolah baru mula..risau beta..hihihi..(eh kene marah tak pakai gantidiri beta bagai ni)..ok tukarla..hahah~ ok pastu..setat kul 6 pagi tu..aku terus on makan ubat demam..selang 4 jam lah..Alhamdulillah..sampailah hari jumaat pon ok..aku decide bawak die gi sekolah..sbb hari pengenalan sekolah tuk tadika..2 jam saja..masa tu hati berdebar²..harap mau lah die ke sekolah..hehehehe..ok utk hari khamis dan jumaat, aku terus apply cuti manual...terpaksalah sebab nak memantau suhu dan persiapan nak ke sekolah tu nanti..





ni masa 1st day kat sekolah tadika agama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kat Jalan Duta tu..dekatlah dengan office kami laki bini..hihihi :) senang pagi² satu jalan saja..tapi one thing yang aku perasan..even suhu Aaron dah turun..tapi die mcm bukan mcm biasa..mcm tak bermaya..lemah je..pastu muka die mcm merah²...merah² yang macam baru lepas berjemur..hati ni dah terdetik..ummm tapi haish..malas fikir..cuma fikir..suhu die turun..tu je..

abis dua jam sekolah..Mr Ajib datang amik aku and Aaron terus balik rumah..pastu beliau gi keje semula..kat rumah..aku masih on cek suhu dia..suhu normal..tapi ada masalah lain plak aku tgk..timbul bintik² merah kat seluruh badan dia..mula² aku fikir..mcm viral fever..kadang kalau dah terlalu panas..akan kuar bintik² merah mcm measel atau ruam org panggil..so aku fikir..takpela kan..biarje..siap sapu calimine lotion..tapi Aaron satula..mmg tak boleh dgn calimine ni..die mcm jadi bertambah miang..abis digaru² nya..kalau berpeluh lagilah..so aku stop lumur calimine tu..

Masuk hari sabtu..suhu masih normal sampai ke kaki jadinya..jenuh aku perati dan aku kaji bintik² merah tu..ok..bila jadi mcm ni..keadaan biasa seorang ibu ialah..die akan kaji sedetails² nya bila terjadi sesuatu pada anaknya ...hati mula terdetik..apakah..denggi?gulp? ummm hati rasa tak sedap..ah tak mungkinla..tapi makin kata tidak..makin kuat jadinya..terus call Mr Ajib yang berada di kolam pancing *grr grrr grr* bagitau..esok nak bawak anak gi cek darah..bla bla bla..ok kata beliau..

Malam tu..suhu masih ok..Alhamdulillah..tapi perasaan tak sedap hati masih terbit disanubari ini..gituu..adoi..masa anak tidur..kalau kite tgk..mesti sayu...boleh bikin tangisan teresak²..sob sob sob..tsk..Ahad..pagi tu masih ok..suhu pon normal..tapi mcm aku ckp sebelum ni la..nampak dia lain..dari mata die tu..nampak mcm dia tak bermaya..tak aktif seperti biasa..org kata..hati ibu selalunya betul..terdetik hati aku ni..ntah² kene denggi kot..tapi hati yg lagi satu kata..eh bukanlaa..ruam tu..pukul 11 pagi terus gi Pusrawi dengan niat nak cek darahla..dengan tak makan nye tiga beranak terus lah ke hospital..sampai sana dah isi borang bagai sampailah turn jumpa doc..ok amik darah..tunggulah result plak..

Tunggu result lama jugak..kebetulan ramai anak² yang sakit masa tu..sian tengok..budak² kan..antibodi masih lemah..kite yg besar ni kalau kene sakit..lemah juga badan² ni..sampailah nama Aaron dipanggil semula...ok masuk jumpa doc..doc tunjuk result darah..terus berpinar² kepala ni..kan aku dh ckp sebelum ni..kalau apa² hal anak..aku mesti nangis dulu..doc ckp..aaron confirm dengue fever..sbb platelet darah die rendah..aku tak ingat berapa ada doc ckp..tapi aku dh tak dengar sbb dah nangis..doc ckp..kalau ikut org dewasa..platelet darah dia ni normal..tapi utk budak belum kritikal..tapi mild la..doc kata ..puan nak admit anak kat mana² takde masalah..tapi wajib..mesti...masuk air..air tu penting..denggi ni ubat nye air saja puan..kalau kite nak harapkan die minum air..mmg tak banyak mana..bla bla bla..Mr Ajib je yang berckp dgn doc..aku masa tu tengah kendong Aaron yang sedang tidur..plus sambil lap air mata yang menderas laju nya :(( uwaaa...

Dengan keadaan aku yang masih demam selsema batuk tu..bertambah² sakit aku masa tu..bertambah lemah bila satu² nya anakanda kesayangan kene denggi..bukan suspect pulak tu..tapi syukurlah bukan yg kritikal atau denggi berdarah.. tapi cukup buat aku tak betul untuk 3-4 hari tu lah..keluar dari bilik doc pun..longlai je badan ni..Mr Ajib call mak beliau..tatau apa diborakkannya kat luar tu..masa tu aku tgh fikir..bawak gi HKL sajala..senang dah dekat situ kan..kemudian Mr Ajib jumpa nurse tadi..tatau apa dicakapkan..sbb aku dah runsing..tak boleh fikir apa..Aaron masih tidur..sian..tak makan lagi masa tu..aku jadi kenyang..tak boleh makan dah..tekak rasa pahit..

Mr Ajib datang kat aku..sambil peluk bahu diri ini yang sedang kesedihan..dia ckp..mak kata nak bayarkan dulu..senang nak tengok cucu..takpe..mak suruh admit sini je..senang nak melawat..nanti pa bayarla sikit² kat mak..aku dengar je masa tu..takleh nak ckp apa..terharu pon ada..tapi lebih kepada sedih mengenangkan anak yang dikendong ni..tsk tsk..takpela..berkorban sikit..nasib jugak masa tu gomen baru dpt bonus..walau tak banyak..untuk hal² emergency begini..dapat jugak membantu ye tak..Alhamdulillah sangat..aku angguk je la kepala..mana² pon ok sebenarnya..asalkan anak baik cepat..

Terus kitorang dibawa ke bilik belakang...masa tu Aaron dah sedar dari tidur..terpinga² dia tiba² je dah atas katil hospital..Mr Ajib masa tu tgh berurusan utk kemasukan wad..pastu datang nurse nak cucuk kat tangan tu..nak masukkan air tu kan..adoii..sib jugak die tak melalak masa cucuk..dah setel urusan kemasukan ward tu..terus kitorang dibawa naik ke tingkat 6..aaron duk atas katil lah..yg aku perasan..die mcm seronok plak..ayoyoyo..

Maka bermulalah episod menetap di hospital.


sedih masa ni.. tsk tsk..asik menangis je..akula tu :P



ewah..yg seronoknya..ada wifi..mmg lenjanlah ngk Upin Ipin..ngk Oggy & The Cockroaches.. ok..aku pun layan jugaklah masa tu..hihihhi :)



adik perempuan datang bersama suami beliau..hihihih



nani and tok an pon ada..hehehe..nangis² nani bila dpt tau cucu masuk hospital..almaklum..satu² nye cucu..


Sepanjang menetap kat hospital..dari hari Ahad sampailah hari Selasa..takdelah tidur mana..selang 4 jam kene on makan ubat demam even tak demam..tiga hari kat sana..3 botol jugak masuk air..seminggu itu juga kami laki bini bercuti demi anakanda tercinta..seminggu itu juga Aaron tak masuk sekolah lagi..Alhamdulillah platelet makin naik..ikutkan doc nak tahan lagi sampai Rabu..memikirkan bil yg bakal dibayar..Mr Ajib mintak doc release..Alhamdulillah doc bagi sebab result darah pun ok..



sebelum balik..sila cabut jarum dulu yek..huhuhu~


itu dia...Spiderman mami dah sehat..Alhamdulillah...dah boleh balik...hehehe :)

Gitulah kisahnya..terima kasih kawan² yang datang melawat..yang tak melawat tapi bertanya khabar juga pun terima kasih diucapkan..moga Allah membalasNya..

itu cerita hospital..nanti update pasal hari mula persekolahan..Ya Allah....Aaron..aaron..*geleng kepala mami kau*

hehehe..okla..jumpa di lain cerita ye :)

Assalamualaikum ..Happy Ready :P






Tuesday, December 17, 2013

FACTORY OUTLET CARNIVAL II (18 - 22 DECEMBER, 2013)

Assalamualaikum Semua :)

Entry kedua untuk hari ini..hohohoh~

Esok kat office saya ada jualan gudang terbesar..hehehe (kira mcm promosi la ni..) ni kali kedua event ni dijalankan.. so, kepada u olls yang nak datang esok..singgahlah kat MATRADE Exhibition & Convention Centre kat Jalan Duta ni..macham-macham adaaa :)



Ni aturcara sepanjang tarikh program tersebut.Kalau ada sebarang perubahan, u olls call sendiri bahagian penganjur ok :)






untuk kakitangan government, jangan risau..hari Khamis dah gaji..bolehla sopim mopim ye..heheheheh..bawak anak² sekali ada peraduan mewarna utk mereka..selain sopim mopim..boleh juga bawak family tengok Pertandingan Kucing dan Pameran Superbike.

JEMPUT DATANG YA~  :)




Kebaikan Jus Lemon atau Limau

Assalamualaikum Semua dan Salam 14 Safar :)


Minum air limau di waktu pagi mempunyai banyak manfaat. Secara umumnya kita akan mendapatkan secawan kopi atau teh pada waktu pagi, Jadi kenapa kita tidak boleh menggantikannya dengan air limau panas. Berikut adalah manfaat minum air limau suam pada waktu pagi.


1. Ia meningkatkan sistem imun kerana lemon kaya dengan vitamin C yang melawan terhadap kesejukan dan flu. Ia merangsang fungsi otak dan menstabilkan tekanan darah , lemon kaya dengan kalium.

2. Minum air limau setiap hari mengurangkan keasidan keseluruhan badan
Ia membantu untuk mengurangkan berat badan lebih cepat
3. Lemon meningkatkan kadar pekumuhan dalam badan
4.Air Lemon melakukan pembersihan dalaman toksin dari darah yang membantu mengekalkan kulit yang cantik.
5.Membantu melegakan sakit gigi dan gingivitis
6.Kehangatan air limau suam membantu menghilangkan jangkitan di dada dan menghentikan batuk
7.Lemon adalah kaya dengan vitamin C, ia membantu melegakan apabila fikiran dan badan menghadapu tekanan stress ia juga membantu ketagihan tabiat minum kopi


*Resipi ini adalah benar-benar mudah - secawan air suam (tidak panas) dan jus dari separuh daripada limau.


MANFAAT 10 jus lemon

Lemon adalah topik sampingan saya pada hari ini. Saya suka rasa lemon, terutama dalam tea saya.

1. Antibakteria

Apabila anda minum jus limau.. asid daripada jus limau bertindak sebagai kuasa anti-bakteria di dalam perut anda.

Anda juga boleh menggunakan lemon untuk membersihkan papan pemotong dan dapur anda.


2. Vitamin C

Selain meningkatkan sistem imun anda, vitamin C membantu memusnahkan H. pylori, yang merupakan sejenis bakteria dalam perut anda. H. pylori berupaya untuk menyebabkan ulser perut.

Ia adalah tonik yang bagus untuk perut yang boroi dan besar. Ini akan membantu anda pergi ke tandas dan ia akan membantu perut anda melawan mana-mana bakteria yang tidak diingini seperti H. pylori. Tonik ini boleh disediakan: 1 cawan air panas, 1/2 lemon (Juiced), 1 sudu flaxseed (biji bunga).

3. MengAlkali Badan

Percaya atau tidak tetapi limau adalah alkalizing untuk badan. Ramai orang berfikiran kerana lemon adalah masam akan menyebabkan asid dalam badan anda. Bila ia dalam badan anda leomon tidak bertindak menjadi asid, sebaliknya ia telah alkalizing yang boleh mengekalkan keseimbangan pH anda.

Ia terbaik untuk memulakan hari anda... dengan menyediakan air suam dan jus lemon.

4. Pembersih Hati

Lemon merangsang hati anda dan membantu mengusir toksin seperti asid urik dan juga liquefies hempedu. Ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa lemon digunakan sebagai pembersih yang besar.

5. Vitamin P

Vitamin P ialah flavonoid. Flavonoid adalah antioksidan yang kuat yang membantu meneutralkan radials bebas yang berkaitan dengan kerosakan sel dan penuaan. Flavonoids juga membantu mengurangkan keradangan.

6. Lemon Anti-kanser

Lemon mengandungi 22 sifat-sifat anti-kanser seperti limonine yang melambatkan pertumbuhan tumor. (1)

7. Perlindungan Terhadap Artritis Reumatoid

Osteoartritis adalah sejenis penyakit degeneratif yang berlaku dengan penuaan. Makanan yang kaya dengan vitamin C membantu melindungi agains penyakit keradangan seperti artritis reumatoid.

8. Membantu Anda dalam masalah pencernaan

Jus limau seperti jus sayur-sayuran yang paling segar mengandungi serat pektin. Serat Pektin adalah sejenis serat larut air yang membantu mengurangkan LDL (buruk) kolesterol. Satu lagi perkara yang hebat tentang pektin adalah bahawa ia membolehkan anda rasa kenyang dan mengurangkan keinginan untuk Makan dan Makan...

9. Diuretik semulajadi

Jus lemon dan air suam juga membantu meningkatkan kadar kencing. Ini bagus kerana toksin dan bahan-bahan berbahaya yang lain ditolak keluar dari tubuh anda, meninggalkan badan anda dalam keadaan beralkali.

10. Penghidratan Sistem limfa

Air suam dan jus limau menyokong sistem imun dengan menghidratkan dan menggantikan cecair yang hilang oleh badan anda. Apabila badan anda kekurangan air, anda pasti dapat merasakan kesan-kesan sampingan, yang termasuk: rasa letih, lesu, fungsi imun berkurangan, sembelit, kekurangan tenaga, tekanan darah rendah / tinggi, kurang tidur, kekurangan kejelasan mental dan lack of mental clarity and feeling stressed just to name a few.


Apabila anda mempunyai gejala-gejala ini ia mungkin bermakna adrenals anda "penat." Adrenals anda berfungsi dalam merembeskan hormon yang perlu, mengawal tindak balas tekanan, mengawal tekanan darah dan banyak lagi. So keep your adrenals happy by staying hydrated.

P/S: Ingat lemon dan jus limau boleh menanggalkan enamel di gigi juga!
Tambah lemon kepada jus kegemaran anda!

Mesti Kongsi ya...
 

ok..pakai botol air sekolah anak..hohohohoh~


Sunday, November 17, 2013

Macham - Macham ada Episod 3 (Birthday Beliau) :)


Assalamualaikum dan Salam 13 Muharram :)

Begitulah kalau sedang rajin, bertubi² lah entry terbaru yang ada..hihihih..lepas tu..bila datang penyakit M tu..terus senyap berbulan² blog ni..sampai berhabuk²..bersawang²..bak kata Aaron Ridzqy..*mami..is that spider web*..wuuuuuu..speaking sangat..tu jela yg tau..hohohoh~

Lama tak cerita pasal anakanda beta..hahaha ok gurau..ampun..lama tak cerita pasal anak bujang sorang ni..nakal tak usah cakap..waktu² begini memang beliau sedang explore semua perkara disekeliling nya..perkataan KENAPA dah jadi sebutan wajib..budak² kan..banyak benda dia nak tau..sampai lengit laa nak melayan..hihihhi..


tak sangka..main games pas² bola dengan muzik..kamu menang..hohoho..yang paling mami kagum..kamu dah tak takot dengan maskot² tu..er..mami yang masih geli geleman sampai sekarang..haih..kenotlaa~


gambar² ni masa sambut besday dua pupu beliau kat A&W Wangsa Walk. Semenjak Aaron school (taska) ada perubahan yang ketara.Dah pandai nak bersosial dengan kawan² even tak kenal.Kalau dulu..haiii..menyorok belakang mak....anak mak sangat kamu ni..sian bini kamu nanti..hohohoho~ pastu..semua benda nak buat sendiri..okla tu..tapi tetaplah dipantau..kalau tak..ntah benda kamu nak buat nanti..

  
Ini bonding time dua beranak ni..memang ini jela kerjanya.. yang anak, ajak papa dia main lawan²..abis tilam dikembornya..terbalik segala khemah kelambu..tak nampak rupa tilam..menang atau kalah..adat permainan..selalu anak menang..sebab papa bagi can *humpph..maleh layan anak menangis la tu* :P~



kalau balik rumah sewaan, pun ini jugak kerja mereka berdua..papa dia ajak anak pulak main benda ni..umm..bagus...boleh mami tengok tv tanpa gangguan..anak: KARTUN VS papa: SUKAN..



 hoih..ada zizanggg plak..hohohoh..bila berdua di rumah..beginilah..mintak macam²..nak makan roti ngan telur..roti ngan cheese..ratah milo..ayoyoyo..makan megi..adoii..mami memang layan sekali sekala jela permintaan kamu tu..tapi kalau mami takpe..kamu tido..mami layan ratah milo sorang²..nikmatnyeee.. :)

12 November bersamaan hari Selasa lepas..genap 4 thn kamu sayang..sungguh..mami masih teringat² waktu nak memberanakkan kamu..tsk tsk..tak terucap dengan kata² bila misi tunjukkan kamu dalam bilik bedah tu.. "puan..anak apa puan?" tanye misi..mami jawab "baby boy...." gigil mami jawab..sebab dalam bilik bedah tu mak ai..sejuk benar..hihihi..sempat mami ciom kamu yang sedang menguek uwekkk tu.. *serius..mami betul² terkenang time tu sambil menaip ni pon rasa bergenang je air mata*  sendu plak tiba²..hohohoh~

 Sebab kamu dah besar..pandai la mintak macam²..Sebab juga kamu dah school..agaknya sebelum² ni ada parents yang bawak kek letak kat school sambut besday anak² mereka..jadi hari Selasa tu kamu tanya..mami takde kek ke?belilah mami..letak kat Aaron nye school.. sambil buat muka kesian..tsk.tsk..serius mami sayu dengar kamu cakap mcm tu..tapi lagi sayu kalaulah kamu tau..mami sedang berhempas pulas di kala bulan ini yang gaji nye awal bebenar..tsk tsk.. mami iyakan jer apa kamu cakap.."ok..ok" jawab mcm tu..nak sedapkan hati kamu lah..

Tapi..ibu mana yang sampai hati buat anak mereka kecewa....tengahari tu juga..mami mintak tolong kawan mami..bawak gi Tesco Kepong..hohoh..sebab utama mami nak beli ayam blackpepper yang dah siap masak tu..untuk celebrate kat rumah nenek belah papa..buat makan² family sajalah kan...mami tak juin pon kawan² mami makan..lepas dah beli ayam tu..mami pusing² ternampak kedai kek..timbang punya timbang...tolak tambah semua..mami beli jugalah..untuk kamu celeb kat school petang tu..sebenarnya nak beli kek yang gambar minion² tu..tapi alahaii..mahal pulak..hehehe..mami belilah satu kek gambar Bola Kampung..okla tu..hehehe..



balik dari Tesco tu..petang tu jugak mami bawak gi school..tapi mami lupa..every tuesday kamu ada kelas..so teacher kata tak dapat nak celebrate besday petang tu..jadual dah padat untuk semua anak²..tapi teacher kata, dia simpankan dulu sebab school ada fridge besar, so boleh celeb besday kamu keesokkan hari nya (Rabu)..mami kata ok la..janji kamu taula ada kek untuk kamu kat school..boleh makan ramai² dengan kawan² and teacher² :)

Malam tu lepas maghrib..mami and papa buat makan² family untuk sambut besday kamu..selain ayam blackpepper yang mami mintak org Tesco masakkan..hihihih..nenek kamu dah buatkan nasi lemak, kuew tiew goreng dan sedikit pulut..Papa plak sponsor kek..meriah jugak..sebab semua ada.. ibu kamu sponsor aiskrim dua tupperware..meriah ye semua anak² makan aiskrim di malam hari..hohohoh..mama kamu pulak sponsor donut dari Big Apple..macam² lagila ateh meja tu..macam panggil katering plak..hohohoho..rezeki kamu lah tu.. :)





mami selaku event organiser haruslah berada di tempat yang strategik..walau pakai baju tidur je..topi ngan kek bukti kita sedang meraikan besday kamu..hohohoh~ WanDer kat belakang tu pon pakai baju kelawar je.. :P~ seronok malam tu..walau kecil² an..Alhamdulillah..

Esoknya, lepas antar kamu kat school, mami sempat pesan kat teacher, nanti amikkan gambar² sambut besday kamu kat school tu..dalam pukul 10 pagi, teacher whatsapp kan mami gambar² tu :D..hihihiihi






 wah..seronoknyer..hehehehe..bersama teacher yang disayangi..Teacher Nik..hihihhi..adik kamu si Arief Haikal sentiasa menemani..kamu kan kembar..sorang buat apa pon sorang lagi mesti nak ikut..walau beza setahun..nampak kamu macam adik ..hihihih~


Apalah sangat dengan usaha mami dan papa berhempas pulas nak beli sebuah kek untuk kamu sayang..tak tertanding dengan kasih sayang mami dan papa untuk kamu..tiada wang ringgit yang mampu membeli harga kasih sayang itu..mami doakan kamu dilimpahkan dengan rezeki yang halal..diberi kesihatan yang baik..menjadi anak yang taat kepada Allah SWT, berpandukan segala sunnah Nabi SAW, jadi anak yang mendengar kata dan soleh serta beriman..serta sentiasa berada di dalam lindunganNya..amin..

tsk tsk *sendu tiba²*
uwaaaaaaa~


TBC