Tuesday, August 10, 2010

"Sampai hati mak....."

Mak dah pakaikan saya baju cantek2..warna putih dan kuning..Seronok saya...
Usia saya sudah dua bulan..tapi keseronokan saya tak lama...
dalam usia begini..mak tinggalkan saya..mak letak dan tinggalkan saya kat tempat buang sampah..mak tutup hidung saya dgn kapas..mak nak saya mati???sampai hati mak...

Mak..masa mak pakaikan saya baju tu..mak tak ngk ke wajah saya?kan saya lahir cukup sifat segalanya..mak ada bagi nama tak pada saya?takpelaa..walau takde nama sekalipon..tapi tergamaknye mak tinggalkan saya..kenapa mak?saya buruk sangat ke?saya cacat ke mak?...sampai hati mak...

Mak...masa mak letak saya kat situ..mak tak sedey ke?takde langsung ke simpati dalam diri mak?takde langsung ke setitis air mata yg mengalir dari mata mak?takde ke mak?mak tak risau ke saya kene gigit anjing liar...mak tak risau ke saya kesejukan..mak tak risau ke saya kelaparan dan dahaga?takde ke mak?sampai hati mak....

Mak...saya rindukan mak..rindu sangat..saya inginkan belaian dari mak..saya dahagakan susu mak..saya nak mak pakaikan saya baju cantek2 lagi..saya nak lihat mak senyum pada saya..saya nak mak panggil nama saya..tapiiii..saya tak dpt semua tu..saya dah mati...dah mati dalam hidup mak..dah mati dalam perasaan mak..sampaiiinye hati mak...


mayat bayi ditemui di kawasan pelupusan sampah di Bercham, Perak, semalam.




Bayi dibunuh kejam!
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

utusanperak@utusan.com.my


IPOH 9 Ogos - Usianya baru dua bulan dan sudah dilahirkan dengan selamat tetapi apalah dosanya sehingga bayi lelaki ini sanggup dibuang sehingga menemui ajal.
Dibalut dengan lampin, tudung putih dan kain batik, bayi itu dibungkus dalam plastik sampah hitam sebelum ditemui di tempat pelupusan sampah di Bercham dekat sini hari ini.
Mujurlah ia ditemui seorang pencari barang lusuh, Ahmad Sufian Zulkifli, 30, kira-kira pukul 1.45 petang ini selepas ia dipercayai dikutip lori pengangkut sampah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
"Saya menemui satu beg plastik. Ketika dipegang, kandungan seperti lembik.
"Saya mula syak sesuatu dan membukanya sebelum menemui mayat seorang bayi lelaki," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.
Rakannya, Rohimah Bani Amin, 25, pula berkata, mayat bayi itu kelihatan seperti dijaga rapi apabila ia dipakaikan baju berwarna putih dan kuning.
Dia yang menghubungi polis sebaik sahaja Ahmad Sufian menemui bayi itu memberitahu, lubang hidung bayi tersebut bagaimanapun disumbat dengan kapas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, polis masih menunggu laporan forensik ke atas mayat bayi lelaki tersebut yang turut mempunyai kesan lebam di seluruh tubuhnya.
Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di talian 05-2451222 bagi membantu siasatan.

10 comments:

my-niezzareena said...

yang dah halal, payah nak dapat. yang haram tu lah memang senang sangat nak 'menjadi'

apelah dosamu wahai anak kecil. syurgalah tempatmu. moga kamu tenang disane.

huhuhu... air mataku mengalir.. oh tidak!

SangRatoo said...

mama sherry: kite tak kering lagi airmata ni..sedey sgt.. :((

wardah @ fie shah said...

huhu. takleh tengok. sedey kite. ni lah umat akhir zaman. takda otak!

wahida said...

sedih n3 ni...x sanggup aku tgk mayat baby kene buang neh...billion damn pd yg buang anak tu!!

SangRatoo said...

wardah: sedey..aku sedey sambil karang ayat ni..

SangRatoo said...

wahida: bukan billion lagi..kalaulaa dpt jumpa org camni..aku buat die camtu jugak..uwaa..sedeyy kite!

Galuh Cendra Kirana said...

hmm... jari2nye lengkap.. cantik.. runcing.. sempurna.. kenapa lah tergamak emak dier buat mcm ni ya. kesian sgt2. sedihnya...

SangRatoo said...

Galuh: tataula kenapa sampai hati mak dia..hanya Allah Maha Mengetahui.. :(

ct shah said...

speechless!!

SangRatoo said...

ct shah : umm..sedey.. :(