Friday, June 24, 2011

"Kadang²....

Salam Jumaat...


Entry kali ini saya guna perkataan "aku"..Aku tatau apa yg aku rasa ni..pernah atau tidak ada dalam diri korang...

Pernah ke satu ketika korang/aku ada rasa mcm nak insaf?insaf dari perbuatan yang lalu/lampau?rasa tanak ulangi kesilapan yang selalu korang/aku buat?apa yang korang/aku rasa ketika waktu itu?menangis sepuas² hati tanda korang/aku insaf?baru ingat nak solat lima waktu yang selama ni korang/aku jarang² buat atau langsung tak buat?

Aku rasa jawapan itu semua ada pada diri masing²...pada aku..kadang² sampai ketika..aku rasa kecil sangat diri ni..ya Allah..betapa banyaknya dosa...kadang² kita/aku dah set dalam otak.."mulai hari ni..aku tanak mengumpatlah..tanak ckp pasal oranglahh.." tiba² satu ketika/keadaan..kawan² kau boleh plak cerita pasal itu ini dan kau berada di situ..atau pada satu ketika/keadaan kau bukak satu website ruangan gossip dan kau pulak boleh panjangkan cerita tersebut pada orang lain?

Kadang² kita/aku dah set dalam diri.. "aku nak jadik seorang yg baik..tanak tinggal solat".. tapi dek kerana sibuk kejarkan hal dunia..terus terlupa malah buat² lupa tentang perkara wajib itu..mmg perkara dosa pahala sapalah kita/aku sebagai manusia utk tentukan..kadang² kita/aku rasa nak pakai tudung sebab dah rasa sampai waktunye utk pakai tudung..nak² lagi ngk fesyen tudung cantik² sangat malah model yang pakai pun cantik² belaka..tapi kita/aku boleh kata balik pada diri sendiri "tak jadikla..belum sampai seru..nanti²lah.."   manusia..masih lengah² lagi walau perasaan ingin berubah itu sudah ada..

kalau nak dibincangkan, pasti berjela dan pasti ada perdebatan..aku tanak mcm tu..sebab aku rasa aku masih kurang ilmu utk berdebat dengan orang yang banyak ilmu..walau kecik² mak bapak aku anta aku gi sekolah agama..sudah khatam bagai, tapi kenapa aku tak praktikkan? malas/leceh?

Kadang² kita/aku dan pasang niat nak jadi isteri atau suami yang patuh pada pasangan masing².. "nak cakap lembut² lah dgn suami/isteri"...tapi disebabkan satu hal terus berkasar..terus gaduh..terus ilang niat nak jadik suami/isteri yang patuh....manusia..setiap perkara menuju kebaikan, pasti ada perkara yang menduga sama ada tabah/sabar/kuat menghadapinya..

Kadang² kita/aku rasa nak berubah/insaf..tapi kita/aku takut nak berubah dek kerana padangan orang sekeliling.."bolehke dorang terima perubahan aku ni?takpe ke aku mcm ni?"...bila fikir itu ini..terus tak jadi..hanya kerana orang sekeliling..malu mungkin...

Kadang² kita/aku rasa kuat utk menghadapi sesuatu perkara/dugaan..kita/aku nak jadi manusia yang tabah..kita/aku nak lawan perasaan negatif itu..tapi semakin kita ingin merasai kekuatan itu..semakin juga kita lemah menghadapinya.. "manusia..selalu tewas dengan bisikan syaitannirrojim..

Aku selalu terfikir, kadang² sampai menangis..maybe apa yang aku idamkan tak dapat² atau segala perkara/dugaan yang terjadi dek kerana perbuatan aku yang lalu.. manusia..setiap perkara yang terjadi adalah kerana perbuatan yang lalu...




"manusia yang mendapat hidayah namun jika memalingkan muka, mungkin tiada lagi hidayah utknya..."

Assalamualaikum :)

7 comments:

ct shah said...

saya pun banyak kali rasa perasaan macam tu.sejak abah saya meninggal dunia ni,saya betul2 takut.sebab first time terjadi dlm keluarga.sebelum ni dengar citer kematian keluarga org lain.bila dh jadi kat keluarga sendiri,baru rasa 'manusia tu tetap akan mati' semakin kuat.bila nak insaf pun tak taulah.:-(

ZSqueenbee said...

Kita manusia biasa kak jue..xlari dr wat silap tp sbg manusia jugak kita ade kelebihan & kekurangan..selagi kita hidup mcm² dugaan mcm² cerita akn dtg..kita just perlu tabah meharunginya..niat tuk berubah itu pon dh cukup mulia dh ckup baik..org xleh menerima itu niat mereka..mereka berkata² mereka dpt dosa..org DENGKI sentiasa ada d cc kita..tp kita trs mendoakn yg terbaik utk semua..insyaAllah..kita sma² bljr..(ckp² jumaat lain macham bunyinya)hihi..HAPPY slalu..muahhhhhh

kurus said...

insyaallah dikkk kita berdoalahh agar kita dapat jadi yg terbaik buat anak2 dan suami .. :)

NM02 said...

ape yg jue cakap semuanya betul.. ai ni, lagi lah.. kat opis tutup kepala, kat luar amek... itu bukan insaf namanya.. hidayah tak cukup sampai namanya ye..

kekadang terpk, naper masih skang susah nak dapat anak.. mungkin sebab kesilapan lampau tu sebab Allah turunkan ujian mcm ni.

namun, ape pun jue, lepas solat, mohonlah padanya agar hati kita betul2 kuat utk menerima petunjuk dan hidayah dariNya..

say juga tak sempurna sebab tu saya mohon tegurlah saya jika ada kesilapan dan kekurangan.

wardah @ fie shah said...

dengan lagu yang syahdu sebagai bekgreound, lagilah rasa nak insaf.

perubahan ke arah kebaikan itu tak mudah sebenanrnya. apa pun orang sekeliling nak cakap pedulikan.

sematkan dalam hati 'aku berubah kerana Allah'

Insya'Allah semua akan jadi mudah.

dari akak long mu,

-wardah-

eceh...

SangRatoo said...

terima kasih u olls..semoga apa saja urusan kita diberkati oleh Allah S.W.T ..semoga kita masih diberi petunjuk dan hidayah dari Nya. amin :)

Nazri Razra said...

Kad dang- kad dang... *Teringat citer P.Ramlee la plak*