Wednesday, November 16, 2011

"Marah"

Assalamualaikum Semua dan Salam 20 Zulhijjah :)

Pernah rasa marah?Sebab apa marah?Apa kesan selepas marah itu?Lebih lega?Lebih puas hati?Puas hati dan lega itu lebih kepada diri sendiri..tapi kesan yang menerima amarah itu?Bagaimana?Sakitkah?Menangiskah?Pergaduhan berlaku?Bermusuh mungkin? ye..apa saja kemungkinan selepas marah itu lebih buruk kesannya dari yang baik..

Nampak serius je..takde apa..saya saja nak buat entry berkenaan marah...Mari baca lebih serius selepas ini..



***buat muka serius***



Mengawal dan Menguasai Sifat Marah

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


Cara-Cara Untuk Mengendalikan dan Menguasai Kekuatan Amarah.

             i. Merenung ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis Rasul.

 
Keutamaan menahan marah, bersikap sabar dan memaafkan orang lain adalah sifat peribadi orang-orang mukmin.

Rasulullah juga bersabda:
Tidak ada seorang hamba yang menahan amarahnya melainkan Allah akan memenuhi hatinya dengan keamanan dan keimanan.” (HR Abu Dawud)

 
Sabda baginda lagi:
Janganlah kamu marah, nescaya kamu akan masuk syurga.” (HR Thabrani)

ii. Mengingat kekuasaan Allah Ta’ala

Kekuasaan Allah ke atas diri kita adalah lebih besar daripada kekuasaan kita ke atas orang yang kita marah. Seandainya kita melepaskan rasa marah kepada orang berkenaan, kita tidak akan merasa aman dari murka Allah kepada kita pada hari kiamat. Ini bererti kita harus memaafkan orang lain agar kita mendapat keampunan dan kemaafan dari Allah.




            iii. Mengetahui bahawa menahan marah dan memaafkan bukan bererti lemah.

Menahan marah dan memaafkan orang lain bukan bererti suatu kelemahan dan kehinaan, bahkan merupakan suatu kekuatan dan kemuliaan, baik di mata Allah mahu pun di mata manusia yang berakal. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (Muttafaqun ‘Alaih)


iv. Mengingat Akibat Buruk Melepaskan Rasa Marah

           Memperingatkan diri akibat buruk permusuhan, dendam dan komplot jahat orang yang dimarahinya melakukan pembalasan dendam.

Jika seseorang tidak terpengaruh dengan balasan buruk di akhirat, maka ia perlu membayangkan bahawa bahaya di dunia akan dialaminya akibat melepaskan perasaan marah.




             v. Berlindung kepada Allah.

               Kita perlu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk kerana 

               amarah adalah bisikan syaitan.


             vi. Mengubah Posisi Badan


Nabi S.A.W. bersabda:
Apabila salah seorang kamu marah, sedangkan ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika dengan duduk marahnya belum reda, maka hendaklah berbaring.”


Pentingnya mengubah posisi badan kerana dalam keadaan berdiri seseorang itu lebih bersiap untuk melepaskan marahnya dan lebih mudah untuk melakukan tindakan pembalasan. Berbeza dengan posisi duduk dan berbaring yang relatih lebih jauh untuk melakukan semua itu.




              viii. Berwudhuk


Marah akan menaikkan suhu badan, sehingga darah ‘mendidih’ dan emosi memuncak. Maka dengan berwudhuk, air akan mampu menyejukkannya dan mengembalikannya kepada keadaan normal. Dalam sebuah khutbah, Rasulullah bersabda:
Ketahuilah bahawa marah adalah bara yang menyala-nyala dalam hati anak Adam.” (HR Ahmad)


Di samping itu oleh kerana marah datangnya dari syaitan dan syaitan diperbuat daripada api, maka airlah yang boleh memadamkannya.


Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya marah itu dari syaitan, sedang syaitan diciptakan dari api, dan yang dapat memadamkan api hanyalah air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk.” (HR Ahmad).




vii. Diam

Bila seseorang marah, berusahalah untuk tetap diam dan tidak berkata-kata. Ini adalah kerana apabila seseorang berkata-kata ketika sedang marah, maka hal itu akan lebih mempengaruhi emosinya dan emosi orang yang menjadi lawannya. Di samping itu ia boleh menimbulkan penyesalan ketika emosinya telah reda.

Rasul S.A.W. bersabda:
Apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia diam (beliau mengucapkannya tiga kali).” (HR Abu Dawud)


***saya ambil dari link ini amarah yang marah "  ***

 

pernah tak u olls marah anak? saya pernah marah anak..sebab die baling handphone saya sampai berderai....tskk tssk..kesan akibat marah?die menangis sampai merah² muka..

teringat kata² seorang pakar motivasi.."boleh marah anak..tujuan mengajar tidak mengapa..tapi jangan disebabkan barang , anak² terluka..kesian anak²..barang² pecah/rosak/patah boleh diganti..anak² tiada galang gantinya..tegurlah dengan sabar..marahlah dengan berhemah..."            

tskk tskk..sampai hari ni kalau teringat² mcm kesian...
(tapi budak² sekarang tak boleh bagi muka..hehehe)


-TAMAT-

13 comments:

munna said...

perangai anak2 mmg menduga amarah kita ..... lagi time2 bendera merah cepat je nak marah2

ZSqueenbee said...

kak jue, pia suke yg last skali "jgn marah ank sbb hrta bnda"..huhu..tp pia penah mrh danish mse pantang sbb die xhenti² nanes..pia pon nanes skali..kalo tingat je jdi sedih..tp marah bhemah..tu pon dh rse nyesal sesgt..die baby je kot..uwaaaaa

Anum said...

perkongsian yang menarik sis
:)

ina said...

Saya pernah dgr/baca berkenaan sekali kita jerit kat anak kita masa marah, perkembangan otak dia mengecut. Ambil masa bertahun utk pulih. Jadi anak kita jadi tak pandai sbb salah kita yg selalu jerit2 dia. Saya ingat ni tiap kali marah anak walaupon tersasar jugak kadang2. Kita ni hanya manusia biasa.. isqtifar byk2

wardah @ fie shah said...

Kesian Aaron kena marah, takpe2 kecik2 ni lah nak ajar anak kan. Tapi takdelah sampai pukul berbirat. Melampau lah macam tu.

Btw, hp nyun nyang kau ke yang dia lempar tu? haha

NM02 said...

biar anak2 tahu akan erti kemarahan, kalu tidak depa naik minyak. hehehe

SangRatoo said...

munna: betul tu munna..mmg menduga kesabaran...kalau takde iman..susah juga kan..harap² kita semua menjaga "amanah" Allah ini sebaiknye insyaAllah :)

SangRatoo said...

Zs: biasala tu Pia..mmg stress kalau dengar die menangis tak henti²..tapi tula..kite yg salah..baby cuma seorang baby..yg tatau apa²..smeoga kite menjadi ibu bapa yg tabah mendidik anak² sebagaimana ibu bapa kite dahulu :)

SangRatoo said...

Anum: np anum..semoga menjadi iktibar dan pegangan kita :)

SangRatoo said...

Ina: betul tu kak ina..kalau tak silap jue..sekali kite marah anak, berjuta neuron sel (betul ke aku ckp ni) dlm otak akan mengecut ke mengecil ke mcm tu la.. :) so tegur anak dengan cara yg membina.

SangRatoo said...

Wardah: yg pukul sampai berbirat tu terok sangat tu (weh tapi aku penah kene pukul dulu ngan penyangkut baju dgn mak aku sebab balik dari sekolah rendah agama lama sangat) hahahaha..ok itu dulu.. :D

SangRatoo said...

NM02: betul tu mama sherry..kene ajar juga...hehhheheh..tapi babab manjer manjer :P

Unknown said...

tembak dia. hehee.